Saturday, April 30, 2011

Persoalan Tentang Kentut

Credit to syok.org

pic: google


S: Dari mana datangnya gas kentut? 

J: Gas ini datangnya dari beberapa punca: udara 

yang dihirup, udara yang meresap ke perut dari 

darah, gas yang terhasil dari reaksi kimia dalam 

perut dan gas yang dihasilkan oleh bakteria yang 

tinggal dalam perut. 


S: Apakah yang membuatkan kentut busuk? 

J: Bau kentut yang terdiri dari sejumlah campuran 

gas hidrogen sulfida dan mercaptan. Lebih banyak 

pengambilan diet yang terdiri daripada sulfur, lebih 

banyak sulfida dan mercaptans akan dihasilkan 

oleh bakteria dalam perut dan lebih busuk bau 

kentut. Contoh: telur rebus. Kekacang akan 

menghasilkan kentut kurang busuk tetapi dalam 

jumlah yang besar. 


S: Kenapa kentut menghasilkan bunyi? 

J: Bunyi terhasil disebabkan getaran di pembukaan 

dubur. Kekuatan bunyi bergantung kepada 

kelajuan pelepasan gas dan keketatan otot di 

dubur. Bunyi kentut bukan terjadi disebabkan 

penggeleparan (flapping) pepipi punggung. Ini 

adalah suatu kesilapan. 


S: Kenapa kentut yang busuk selalunya lebih panas dan senyap daripada kentut biasa? 

J: Kebanyakkan kentut ialah dari hirupan udara 

yang terdiri dari nitrogen dan karbon dioksida. Oksigen 

pula diserap sebelum mencapai pembukaan dubur. 

Gas ini tidak berbau walaupun melalui bahagian 

yang kotor didalam perjalanannya ke pembukaan 

dubur. Ianya keluar dalam bentuk seperti bebola 

(bubbles) yang besar dalam suhu tubuh. 

Seseorang boleh mencapai bunyi yang baik 

(pitching tak lari) dengan cara ini. Suatu lagi ialah 

kentut yang dihasilkan oleh tindakan bakteria. 

Pembiakan dan proses penghadaman oleh 

bakteria menghasilkan haba dan pelbagai jenis 

gas tak enak. Bebola gas yang dihasilkan lebih 

kecil, panas dan mempunyai kandungan hasil 

proses tadi yang busuk yang lebih tinggi. Inilah 

yang dinamakan kentut yang nakal, panas, Silent- 

But-Deadly, jumlah yang terlalu kecil untuk 

menghasilkan bunyi tetapi mempunyai bau yang 

hebat. 


S: Berapa kali seseorang itu kentut sehari? 

J: Secara puratanya, seseorang boleh 

menghasilkan setengah liter gas kentut sehari yang dibahagikan 

kepada lebih kurang empat belas kentut sehari. 

Walaupun agak sukar untuk menyukat isipadu 

kentut yang dihasilkan, mengira bilangan kentut 

dalam sehari adalah lebih mudah. 


S: Berapa lama tempoh yang diambil untuk kentut kita dihidu oleh orang lain? 

J: Kentut tersebar bergantung kepada faktor 

atmosfera seperti kelembapan, suhu, kelajuan 

angin dan arahnya, berat molekul kentut itu dan 

jarak antara pengeluar dan penerima. Jika tidak 

dikesan dalam tempoh beberapa saat, ianya akan 

hilang ke persekitaran. Namun ianya terkecuali 

jika perlepasan dilakukan dalam ruang yang kecil 

dan tertutup seperti di dalam lif, kereta atau bilik 

yang kecil. Tempat-tempat ini menghalang 

penyerapan ke persekitaran dan akan kekal 

berbau untuk tempoh yang agak lama sehingga 

diserap oleh dinding-dinding. Kenapa ada sela 

masa 13-20 saat antara pelepasan dan 

pengesanan bau oleh hidung? Sebenarnya kentut 

berbau semenjak ianya keluar lagi, tetapi 

mengambil masa beberapa ketika untuk dihidu 

oleh pengentut itu sendiri. Jika kentut boleh 

bergerak dengan kelajuan bunyi, maka kita boleh 

bau pada masa yang sama kita kentut. 


S: Adakah benar sesetengah orang tak pernah kentut? 

J: Tidak benar selagi mereka hidup

Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?

From Amirah Emir: Facebook (dia suruh share)





"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"
...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."

Friday, April 29, 2011

Ada gak blogger camtu ke?

Blogger mcm mana yg aku maksudkn? kalau yang bab2 blogger follow org pastu bila org tu follow dia balik, dia unfollow pulak org tu, xtau sbb apa, tp yg tu mungkin isu lama, dh byk aku dgr..so xnk kata apa pasal tu

Yang aku x pnah terfikir:

Ini yang aku alami sendiri semlm time tgh dok sronok blogwalking...aku sampai kt satu blog ni, xnk gtau blog mana, nnt korg bleh kesan lak orgnya (aku pun lupa blog mana satu)...time tu blog ni follower 198, aku lak teringin nk jd follower ke-200 dia, sesaja ja..so aku tggu la dlu sambil blogwalking kat blog org lain, sambil tu dok refresh gak blog td ni...dua tiga kali refresh follower dia dh jd 199, aku pun apa lg, cepat2 tekan follow..dan jadilah aku follower ke-200..

tp ntah cmna terdetik kt hati aku nk refresh blog tu, bila aku fresh, aku terkejut, gambar aku dh berubah tempat dgn follower ke-199 td, maknanya, aku dh jd ke-199, yg follower ke-199 td bertukar jd ke-200..cmna bleh jd cmtu ?? adakah sistem blogspot yg silap/bug.. atau dia unfollow pastu follow balik semata-mata nak jd follower ke-200??

Aku x kisah pun semua tu, cuma rasa 'funny' pun ada bila nmpk ada sanggup buat cmtu...haha..aku sanggup tggu, dia lak sanggup unfollow pastu follow balik..haish..mcm bdk2 kn..hehe

P/S: sorry ye klu ada terasa.

Thursday, April 28, 2011

Message Facebook Dah Update Macam Email ?

Aku jarang tgk2 fb ni..klu buka pun biar online cmtu ja..member byk gak yang dh jarang on fb..lg pun fb dh x HOT mcm awal2 dulu kn..member korg pun mesti ada yang dh stop guna fb, ada yg dh delete account..plg ramai mengadu kata fb boring..aku pun still keep account fb ni just utk keep up-to-date dgn perkembangan2 member lama aku je..yang org aku x knal aku x add..

So, semlm member aku ada antar soalan spot kt msg fb  tp yg naik x sampai 50% yg ada dlm spot tu...  dlm dok baca tu aku terperasan lak bahagian reply msg kt dlm inbox tu ada icon yg aku xpnah nmpk (dh lama x buka inbox fb ni)..ni sama ada baru update, atau pun aku yg x perasan selama ni, korg mesti ada yg dh lama perasan kn...


antara yang aku baru perasan, dia ada icon attach file, sebijik mcm dlm email..so bleh antar apa2 file yg kita guna fb ni..max size yg dibenarkan aku xtau..


ni pulak kita bleh take picture or video guna webcam, pastu send melalui msg fb ni...

walau ada byk pembaharuan yg mcm ni, tp rata-rata org dh boring kan ngan fb..aku pun tertanya2 jugak cmna perkembangan fb ni, klu dulu heboh meningkat dengan mendadak, skrang masih meningkat or dh menurun? hurmm..

Perut Aku ni Pelik la

pic: google

Kenapa ngan perut aku? perut aku mmg banyak meragam...klu time yg urgent ja, time tu la dia nk buat perangai (sakit perut)...td ni haa, bleh lak time tgh jawab exam dia meragam, dh la nk kuar dari dewan exam tu sorg je bleh satu masa, asal aku nk kuar je org lain kuar dulu..sampai abis exam aku x sempat kuar, nasib baik la kesusahan soalan membuatkan aku terlupa perut aku tgh sakit..

Sebelum tu lak, time naik bas dari Perlis nk blk Shah Alam, Isnin lps...bas jln kul 10pg, time tu kul 9.52 pg, 8 minit lg bas nk gerak, bleg lak dia sakit perut..aku fhm benor la perut ni, klu sakit cmtu mmg yg x bleh tahan punya..nk x nk, aku turun jugak cari tandas, budget 7 minit ja melabur...nasib baik sharp aku naik bas tu kul 10, trus bas jln...huh..

yg aku peliknya, setiap kali nk naik transport awam waktu pg, mesti dia meragam..klu KTM tu mmg slalu la, majoriti setiap kali smpai stesen KTM automatik sakit perut, KTM ok la lg, bleh tggu klu terlepas..klu yg bas express terlepas, x ke rugi berpuluh2 ringgit...tp aku dok pergi kelas pagi2 x pulak dia meragam..memang menguji kesabaran btol...

Abg Ben Buat Aku Happy

Aku balik je dari jawab paper pg tadi trus buka blog, lunch pun blum..sebab aku nak tgk sape yg follower aku ke-200, smlm time aku off laptop follower baru 199...aku buka je blog aku, aku terkejut sbb follower ke-200 aku adalah:


yeahh...abg ben sudi jadi follower ke-200 aku, terharu sgt sbb aku langsung x expect abg ben nk follow, mcm blogger baru yg lain, aku pun sgt happy bila seorg otai blog sudi follow junior dia..hehe...lgpun abg ben pun busy ngan kerja dia, blog aku apa la sgt...tp itu la yg aku respect sgt kat abg ben, dia xpnah memilih blogger, dia support je suma yg btol2 nk jadi blogger...klu yg slalu follow abg ben mesti bleh nmpkkn cmna abg ben berusaha nak naikkn dan tlg blogger2 baru ni, diat buat segmen dan lain2 lg...TERIMA KASIH ABG BEN dari blogger baru nak aktifkan diri...

Disebabkan abg ben sgt baik terhadap kita, kita pun marilah sama2 buat baik kt abg ben gak, meh kita undi dia kat SINI. Vote jgn x vote ye...

Wednesday, April 27, 2011

Kenapa Harus Ada Perasaan Hasad Dengki dan Negatif ??

aku dh lama tgk sikap ni dlm bangsa kita, dan sikap perasaan hasad dengki (PHD) ni mmg x pnah lekang dari bangsa kita..knapa la agaknya kn? mugkin sbb tu bangsa kita ssh nk bersaing dgn bangsa lain...aku nk kongsikn apa yg aku tgk PHD ni sentiasa ada walaupun benda tu sgt remeh...

hari Isnin lps aku tgk MHI tv3, member aku ada dijemput utk bercakap ttg demam KPOP yg melanda skrang ni..dia ada gtau, dia dimaklumkan ahad pg, tp isnin pg, kul 5 pg dh kena ada kt media prima..dia mmg x well prepared sgt..dh la dia x pnah live kt mana2 tv...mmg pucat muka dia mlm tu, tmbh2 lak yg kes ada penulis newspaper yg tulis negatif pasal kpop ni..bila dh abis rancangan tu, ini lah comment2 org kt facebook MHI..


kita tgk comment 1st.."uitm boy.." aku xtau mcm mana nada dia, bg aku ayat tu bleh membawa 2 maksud:
1) "eh2, uitm boy la" (nada bangga)
2)"ele....uitm boy....camtu la...." (nada memperlekeh)
so, no comment utk comment yg ni..



1st, tgk yg comment "gelabah abes, rase meloyakan, boleh muntah tau x td"...comment ni membuat aku tertanya2...so what klu dia gelabah, sapa yg x gelabah klu 1st time live yg berjuta2 org tgk?...eh, ko x gelabah ke...hebatnye (sambil letak tgn kt bahu, mata tgk atas)..dan apa yang membuatkan ko loya? gelabah dia?..aku x loya pun..x fhm aku kenapa ko perlu cakap cmtu..sepatutnya ko bg la comment ttg kpop tu mcm yg org lain comment..bukannya ttg bdk tu..aiyooo..


tp apapun lebih byk komen postif berbanding negatif...cuma itulah aku aku masih x fhm sampai skrang, ada ja smthing pelik skit kita buat (silap pakai baju pink + hijau ke), pasti ada segelintir yg akan mengata..dan yg segelintir ini lah yg jadi virus kpd kita..ini baru perkara kecil..klu perkara yg besar aptah lg kn...

P/S: klu ada nama korg termasuk dlm gambar2 di atas ni, minta maaf la ye...

Tuesday, April 26, 2011

BEN ASHAARI KENANG MASA SEKOLAH


Ala..mcm tau2 je semalam aku terkenang zaman sekolah menegah aku dulu...ni 1st segmen abg ben yg aku join..jom la join skali...klik banner atas ye...


Aku nak cerita apa yang aku terigt semalam pasal zaman sekolah aku (x la best sgt). Mula aku terigt adalah first time aku kena rotan dgn PKHEM sekolah..hampeh..baru masuk smggu je kot tingkatan satu...ni gara-gara ikut member aku kuar awal...kelas prep malam sepatutnya abis kul 10.30 mlm..tp member aku tgk senior kitorg dh pakat blah dh, so kitorg pun blah la skali pergi supper kt dewan mkn tu..time tgh mkn tu, kami 2 org je tingkatan satu, yang lain semua senior...tp tetiba ja semua senior lari kuar dari dwn mkn tu, kami ni terpingga-pingga la xtau apa...PIAAPPP!!!...aduh..sakit gila bontot kena rotan..rupanya PKHEM dtg serbu..kena sound kt situ..baru abis orientasi dh pandai buat hal katanya...

Pastu aku terigt pulak time tdo kt asrama, member aku sorg ni mmg kuat sgt mengigau, tdo pun buas..selalu aku terjaga sbb dia..kkdg tumbuk/tendang aku..kkdg dgr dia bercakap...aku igt antara mengigau yg dia cakap adalah, "kak..kak..destinasi kita lps ni mana pulak?"..dia pergi jln2 dgn kakak mana pun xtau la...

pic: google

Kata kat org mengigau, aku pun apa kurangnya, tp bukan mengigau..aku punya kes mamai..separuh sedar...kes ni time aku tgh sedap2 tdo, tetiba member aku saja gerak nak kacau aku..time tu lak aku tgh mimpi..aku mimpi aku main game Ragnarok Online (RO)..dlm mimpi tu aku main tekan2 sejenis item namanya Branch of the Dead Tree..bila aku dlm separuh sedar tu, aku cakap la kat member aku yg aku tertekan..dia punya la serius fikir aku tertekan sebab kerja skolah byk or something yg kaitan dgn perasaan..pastu dia tanya aku.."hang tertekan sebab apa?"..aku dlm masih mamai selamba ja jawab "aku tertekan branch of the dead tree"...perghh..satu dorm aku gelak bagai nk pecah perut..sbb diorg pun main game RO tu, so diorg fhm apa yg aku maksud tu..mmg aku tersedar trus time diorg gelak kuat tu...aduh..kena bahan pastu..

Eh, byk dh ke crita aku ni? jap2..last punya..yg ni kes bangun pagi..kul 7 tiap2 pagi akan ada perhimpunan, so aku slalu set jam kul 6.15 pg..tp, bila sedar alarm bunyi, jadi habit tgk org sebelah kanan aku, dia bangun ke x lg..klu x lg aku sambung tdo lg...yg org sebelah kanan aku tu lak habit dia tgk org sebelah kanan dia jugak..haa..elok la..nasib baik yang kanan skali tu x tgk org sebelah kiri dia..klu yg kanan skali tu lewat bangun..satu dorm tu confirm akan bangun lewat..hehe..

ok.. dah abis..tq kpd yg sudi baca walaupun x best..bg aku yg alami ni kira kenangan manis la...=)

Monday, April 25, 2011

Kisah Benar: Penipu Yang Berjaya

Ini kisah yang disampaikan oleh seorg member aku, kisah mengenai bekas room mate dia disebuah universiti di Johor, aku namakan room mate dia tu Alex...



Universiti dia ada menyuruh beberapa org pelajar utk masuk satu pertandingan inovasi rekaan yang dianjurkan oleh sebuah syarikat dari Perancis, Alex merupakan salah seorg peserta yg masuk, pertandingan tu adalah secara individu..

Sebulan kemudian Alex dpt email dari syarikat tu, email yang memaklumkan dia tak menang dalam pertandingan tu..Alex ni pulak, bleh terpikir nk edit email tu..budak pandai la katakan..dia edit email tu, sampai jd email utk pemenang, ada la perkataan yg lebih kurang mcm ni " we are proud to have you as our winner for the competition............we want to meet you at our company in France this 24 July 2007". Dia print email editted tu, dan dia buat proposal mintak budget nk pergi Perancis.



Of cos la fakulti dia tak banyak soal, diorg yg suruh student join, menang pulak tu, fakulti mana tak sronok, lulus proposal tu, Alex automatik jadi Student Kaya. bukan 2 3 ribu dia minta, puluh-puluh ribu....tp....fakulti cakap, kena bawak seorg pensyarah utk jadi pengiring pada sekian tarikh..Alex buat tak tau je, tgh buta dapat duit byk, fikir enjoy je...

Hari utk ke Perancis makin dekat, Alex pun makin gelabah..confirm kantoi la ngan fakulti yang dia menipu, confirm kena buang universiti..dia pun call la member aku cerita masalah dia dari mula sampai abis. Member aku dgn selamba cakap "ko berani buat, ko brani tanggung la"...langsung tak membantu dia..hehe..nak tak nak, dia beli la tiket pergi balik utk 2 org...

Sampai je di Perancis, dia ajak lecturer tu jejalan dulu, dia cakap esok baru kena pergi company tu..so, diorg enjoy la jejalan kt Perancis tu seharian..esoknya, diorg pergi la kt company tu, sampai situ dia terus tunjuk email dia dpt kt salah sorg kerani, dan disuruh berjumpa sendiri dgn manager.

Yang manager mmg pelik la, setahu dia takda pemenang dari Malaysia. Alex pun dgn confident, berlakon marah la, bukan senang dtg dari jauh, abis puluhan ribu ringgit dan bla bla bla...Manager td pun maybe lurus bendul, dia minta maaf byk2 dan ganti semua perbelanjaan diorg puluhan ribu ringgit tu sebyk 2 kali ganda. masalah settle.

Alex mmg seronok gila la dlm hati, balik Malaysia, report kat fakulti yang email tu kesilapan company tu siap tunjuk surat minta maaf dari company tu, saksi dia lecturer pengiring. Dia tak kantoi menipu, dapat duit byk lg pulak tu. Terus dia call member aku lg sekali cerita tentang 'kejayaan' dia menipu...



Moral: menipu tu dah la berdosa, duit tu pulak haram. jangan la menipu yee...

Sunday, April 24, 2011

Entry Pendek: Power of words

semalam aku ada tgk video yg member aku pos kt fb, mcm mana hanya dgn ubah perkataan, kita boleh ubah hati/perasaan org sekeliling kita..mungkin ada yg dh tgk, utk yg blum tgk, jom kita tgk sama-sama, dan cuba bayangkan anda berada dalam video tersebut...




haa..touching x? 1st ayat tu honestly, aku 50-50, ada duit bg, klu xda duit x bg...tp ayat yg last tu mmg tersentuh abis hati...

CONTEST KITA KAWAN KAN??

hai..penat blogwalking dari pg td..best baca entry member blogger semua tp buku utk final exam 28hb ni aku x baca lg.... pastu Nasz tagged aku utk contest CG..huhu


hadiah pun best..klu nak join cepat2 ye..esok tarikh tutup, 25 April 2011..nak tau lebih lanjut klik banner atas..bawah ni gambar yg aku godek2 td..


aku suka gambar ini sbb:

1) kami bertiga sgt enjoy kat situ
2) 1st time aku pegi cherating ngan best fren aku
3) 1st time jugak aku yg pemalu ni dipaksa buat muka xtau malu menari tepi pantai..piff

Tag line utk blog CG

BLOG YANG GOJES DATANG DARI TUANNYA YG GOJES

aku nak tag

1) budak kampung
2) saini 
3) pja

Sedikit Tips Untuk Main Bowling suka-suka

Bab-bab bowling ni yg aku seronok ni..hehe..kekadang org dok tnya aku mcm mana nak bg bola pegi straight kat pin? haa...meh nak bg tips...aku ni teori bowling byk la jugak, bekas atlit bowling..tp dh bersara buat masa ni..sbb aku kat shah alam xda transport, xda duit nk p berlatih..tips yg aku nak bg ni, klu ikut btol2 bleh la repair score sikit2..dlm 100++ tu xda hal pnya klu btol follow (igt tips ni utk men suka-suka, klu serius nak main bowling, contact aku personal..hehe) (err, jugak x berkesan klu bola korg jenis belok2 bila dekat sampai pin)

Ok, 1st..korg kena kenal lane bowling korg..


klu korg tgk btol2 kt lane tu akan ada dot n arrow (segitiga)

dot yg besar dan arrow plg hadapan adalah mark yg menandakan area tgh-tgh lane

skrang, target kita bukan nak hit pin yg tgh, tp kita nk hit ruang antara pit tgh dan sebelah dia.


next, kaki anda...klu anda right handed, make sure kaki kiri anda berada atas dot yg tgh (dot plg besar selalunya, dlm gambar tu arrow hijau)

bila anda baling, make sure kaki anda masih lg atas laluan dot tgh tu, jgn terbabas...(arrow biru)

time nak release bola tu pastikan kaki kiri dihadapan, kaki kanan dibelakang ye...

haa..yg ini paling penting...pandangan mata anda..pastikan mata anda fokus kat arrow yg ditunjuk dlm gambar di bawah ni, (circle merah) selagi bola x dilepaskan, jgn sesekali mata anda tgk tempat lain selain arrow tu..



igt, anda perlu target ARROW yg ditunjukkan di atas...BUKAN target pin

pastikan bola itu melalui atas arrow tersebut, automatik bola anda akan kena pin yg kita nak...

>> akan ada yg menjadi, akan ada yg x menjadi...klu x menjadi mungkin sbb mata anda masih lg tgk pin time nak baling, ataupun cara anda release bola salah...ala..klu nak cakap pasal boling, satu blog ni x abis aku taip..hehe..yg penting target anda adalah arrow, bukan pin, igt tu ja, Insyallah score anda akan lebih elok..ataupun ajak sy pergi main skali, boleh sy ajarkan..hehe

Selamat Mencuba. Kalau ada pertnyaan, jgn malu bertanya.

Thursday, April 21, 2011

Dunia Dah Terbalik: Perempuan lak kacau lelaki

Entry aku ni bukan nak menyinggung atau kecil hati mana2 pihak, minta maaf kalau ada yang terasa, aku sekadar nak berkongsi apa yang terjadi dari sudut pandangan aku..

Baru-baru ni (x sampai sebulan lg kot) time aku tgh ambik test, phone aku vibrate tanda ada org call, slalunya klu org call aku ni mesti smthing important nk gtau kt aku, jrg sgt org call aku just nk sembang2 kosong (org single la katakan), abis test ja aku call no tu blk...

Aku: hello, sapa ni?
Dia (girl): hello, sapa? org la..
Aku: (loyar buruk plak dia ni) tau la org, takkan kucing bleh jawab tepon kot, td call nk cari sapa? ke silap no?
Dia: cari org..hikhik..sat2..satg msg, nk masak...
Tut....Tut...dia letak tepon.
.............................................................................................................................................................

Pastu dia msg..berikut adalah beberapa msg antara aku dan dia sampai la yg baru-baru ni..dia budak lepasan SPM yg baru abis PLKN....msg yg aku igt...mesti ada tanya apa motif aku nak crita benda...teruskan membaca ye...bayangkan anda ditempat sy
.............................................................................................................................................................
SMS

Dia: sowie masak td
Aku: ha, nak cari sapa ni?
Dia: xda cari sape, saje main tekan2 no pastu dpt no ni. Bleh kawan?
Aku: klu niat nk kwn x kisah.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Dia: awk encem x?
Aku: ha? mana nk tau, depend la kt org tu nk nilai sy cmna
Dia: sy ni nk kata cantik x jugak, x cantik pun x jugak...
Aku.: oookkk....(nape ngan dia ni)
Dia: ok je reply? awk, sy pelik la nape ex bf sy cakap sy cumel?
Aku: tiap2 org kn minat lain2...

>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Dia: sy ni x pandai la awk, awk nk ke sy yg x pandai ni?
Aku: (ah, sudah, xkan dia igt aku suka dia kot) sy xkisah la kwn ngan sesapa pun..
Dia: sy x cantik pun awk x kisah?
Aku: ye..kita kalau nk berkwn jgn memilih...

pastu aku dh mula bz ngan assgment, klu org msg pun aku lambat reply, ambik masa 10-15 minit gak nk reply..dia dgn seronoknya msg aku x sampai 5 min pastu misscall aku, misscall lg dan lg..aku masih bersabar..balas je msg dia..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Dia: awk bleh call sy x?
Aku: nk buat apa? (kredit aku pun topup RM10 je utk 2 bulan)
Dia: saje windu suara awk
Aku: (ouch, ni mcm bkn ayat sorg kwn dh..meremang aku baca) er, x cukup kredit la
Dia: x pe la xnk call, sape la sy ni kan..
Aku: (eh, buat ayat majuk lak dia??) ok la, sy ada asgment perlu disiapkan. bye.
Dia: kalau xnk msg sy gtau la xnak, fhm, bye.
Aku: (erk, aku lak kena marah?)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Dia: awk suka sy x?
Aku: sbgai kwn.
Dia: awk mesti xnk terima sy sbgai gf sbb sy x cantikkn
Aku: setahu sy, dr awal dulu sy cakap nk kwn je kn..
Dia: mmg agak dh awk cakap cmtu. kalau ye pun jgn buat sakit ati org.
Aku: (pening aku ngan dia ni) btol la sy cakap, kawan saje niat sy, lg pun sy baru knal awak 3 hari tau, tau nama saja, rupanya apa semua sy xtau...
Dia: yela, alasan..xyah la nk sedapkan ati sy
Aku: sy minta maaf kalau sakitkan ati awk, tp tu yg sejujurnya
Dia: sy kata jgn pedulikan sy, awk fhm x?
Aku: (ish, rasa mcm nk mencarut ja...sabar shafiq sabar..)

aku trus x reply msg dia sbb aku pun bz dgn asgment n test yg berlambak

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Dia: elo, minta tlg skit.
Aku: (eh, elok plak dia msg aku) ada apa?
Dia: kawan sy nk apply kt uitm, cmna ek nk bg senang dpt?
Aku: make sure dlm borang UPU tu, 4 pilihan utama dia letak uitm saja, at least 2 pilihan utama la klu x bleh 4 pun..
Dia: tp dia nk apply medik..dia dpt 3A je
Aku: ha? 3A susah la nk dapat medik...
Dia: awk kn dok uitm, tlg la rekemen dia masuk sana, dia nak sgt medik ni...
Aku: halo, sy pelajar uitm je, xleh nk membantu bab2 rekemen (klu bleh dh lama adik aku masuk uitm)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Yang last msg dari dia

Dia: cousin sy hilang td, umur 3 tahun
Aku: cmna hilang? dia main mana? dh jumpa blum? (aku jenis concern skit)
Dia: dh jumpa dh..klu sy hilang awk risau x?
Aku: sapa2 hilang pun sy risau
Dia: tp klu sy hilang wak lg risau kn?
Aku: (awat pulak dh dia ni) yeye..cousin awk td org jumpa kt mana? (cuba tukar topik)
Dia: ntah, mak gtau dh jmpa..awk, sy nk tnya skit
Aku: apa?
Dia: nape awk syg sy ea?
Aku: (tgh minum air trus tersedak, ni dh lebih...)

Tup..trus x rply msg dia sampai arini..byk kali dia call, byk kali dia antar msg buat ayat sedih, tp aku terpaksa x layan...kalau btol dia nk kawan mmg aku x kisah, nk bergurau syg2 ke apa ke xpe lg, ni bukan gurauan namanya...bleh bayangkan x, total stranger yg kita knal melalui sms, baru 3 hari, dok buat syok kata kita syg dia, treat kita mcm gf/bf dia? ex-gf aku 4 tahun dulu pun xde buat cmtu...masalahnya dia still x dpt accept yg aku cuba avoid dia, still sms n call aku..dia ada 3 no phone maxis, celcom n digi..aku xtau no digi dia, so kalau ada ja no digi x dikenali call, mmg aku x angkat..takut dia yg call..hehe...xde ke sapa yg bleh call dia gtau "tlg jgn kacau bf sy dh bleh?" ...... =P


Wednesday, April 20, 2011

Mimpi Tak Berwarna ?

Mimpi apa semalam? korg igt x, apa warna yg ada dalam mimpi korg?? Kebykkan takda warna kn? Aritu aku ada terbaca dalam newspaper kt sudut fakta menarik, "tahukah anda sebenarnya mimpi kita tak berwarna?" bila terbaca ayat tu, aku pun cuba recall blk mimpi aku semalam...mmg..mmg x berwarna..menarik fakta ni...TAPI, baru-baru ni, aku bermimpi dan dalam mimpi aku mempunyai warna, tp dua warna ja yg aku igt, pink n biru...sedar-sedar je dari mimpi tu trus terigt fakta td...kata mimpi xda warna, apsal aku punya ada warna..xpe la, biarkan dulu...skali lg semalam aku mimpi, baru mlm td, mimpi transformer, hehe...robot tu warna kuning, mcm bumblebee dh rupanya..

pic from google

So, aku dh btol2 wonder, btol ke mimpi kita x berwarna? tak kn la aku abnormal...aku pun minta pertolongan En. Google..dia tolong carikan website yg mengkaji tentang mimpi...ada satu website ni, dia explain semua ttg mimpi kita, fasa-fasa tidur, kaitan mimpi ngan realiti, dan byk lg...aku cuma baca pasal warna dlm mimpi...yaa..sebenarnya mengikut kajian, mimpi mempunyai berwarna, mcm kita tgk tv..tp kebykkan org cakap x berwarna sbb bla kita bangun dari tidur, kita punya otak lupa warna-warna yg ada dalam mimpi tu...kadang-kadang otak kita lupa trus yg kita bermimpi, bila sedar, rasa mcm x mimpi apa, tp kita mimpi..setiap kali tidur kita akan bermimpi...nk tau lebih lanjut tgk website ni >> Dreammoods
hehe..aku normal..

pic from google

Tuesday, April 19, 2011

Wajah Seiras ???

Pagi td time tgh tggu bas nk blk kg, aku ternmpk la sorg mamat ni dr jauh, nmpk mcm member aku, tp dia buat apa naik bas kt Shah Alam? dia study kt KL, baik dia naik kt pudu yg baru tu ja...lama sikit tgk, bila dia dh dekat, rupanya pelanduk dua serupa, lain sikit..yg klon ni lebih chubby..haha

Terigt aku bab2 pelanduk dua serupa, zaman sekolah menengah dulu byk member aku mirip2 ngan junior kitorg, siap dalam majalah sekolah, kami buat ruang gambar "Kembar SMSTSP" (SMSTSP nama sekolah aku)..selalu diorg la kami usik, jadikan bahan gurauan..aku bernasib baik xdak yg mirip...

Tapi..nasib baik tu x pjg, masuk je diploma kt UiTM Penang, hah, member aku perasan muka aku mirip senior yg jaga mggu orientasi kami..dapat la gelaran abg senior tu smpai skrang (gelaran tu dikalangan housemate aku je yg guna, rahsia), plg x tahan, ada sorg lect time diploma tu cakap muka aku mcm Aliff AF...yg tu mmg x benar, xde persamaan langung k..korg bleh tgk sendiri..

Haa..yg plg baru, member-member aku yg baru aku knal setahun dua cmtu, jrg2 jumpa..diorg cakap muka aku serupanya ngan mamat ni, bg aku x mirip sgt pun,...cuba teka sapa? tgk gambor bawah ni...




Tak sama pun kn? rambut sama la..haha.. klu korg ada baca entry pasal pulau pangkor aku tu, kt pulau pangkor  tu mmg aku jadi bahan usikan la, jumpa je aku pggil "khairul fahmi, nk g mana?"...plg aku nk tergelak, blk dr pangkor, ada member aku ni xtau nama aku walaupun sama2 dari diploma uitm penang, bleh dia tnya aku "nama ko Fahmi ke?"..tergelak aku...selama ni dia xtau nama aku rupanya..sedih pun ada =( ....... plg aku pelik jiran bawah rumah sewa aku (rumah flat jer) pun boleh kata cmtu..aku ada lalu depan rumah minah ni, tgh sidai baju ngan adik dia..lps aku lalu tu aku terdengar la dia tnya adik dia..."dik, td tu muka dia mcm pnah tgk, mcm yg keeper M'sia tu, apa name tah..." adik dia pun jwb "kairul fahmi che mat" pastu diorg gelak berdua..hampeh..tp prestasi khairul fahmi dh jatuh nmpknya...hmm

Pengalaman korg lak cmna?? =)

Monday, April 18, 2011

SAYA NAK JADI BLOGLIST SIMANIS-CADBURYLADY

Boring2 ptg ni, alang2 free skit..aku jejalan kt blog dan terjumpa contest ni.."SAYA NAK JADI BLOGLIST SIMANIS-CADBURYLADY"  hadiah yang ditawarkan mmg best, utk lelaki dan wanita..click banner bawah ni kalau nk tau lebih lanjut..



sy nak tag:
budak kampung
pja
syaza
saini
noorie

JOM JOIN RAMAI-RAMAI

Hasil assignment last minit

Kalau di kalangan student ni, sebut saja pasal ASSIGNMENT, mula la tetiba dtg mood malas. Aku jenis macam tu la, nak buat assignment agak malas, tapi buat jugak macam mana pun, slalu mmg last minit la, bukan sengaja, tapi busy dgn assgment dan kerja-kerja yang lain..hehe..aku sem ni ada satu subjek iaitu CAD (Computer Aided Design), awal-awal sem lagi lecturer dh bg tugasan mini project, buat group 5 org, pastu design satu produk baru (modify dari produk asal, tambah sikit-sikit), of cos produk berkaitan mekanikal la. Design dan modelkan kembali  menggunakan software..yeahh..pagi Isnin kejap lagi kul 9 pg nak kena present, kul 11 mlm td baru siap..baru mula hari Sabtu, 2 hari je buat, bg project mcm ni mmg last minit la..penat je lecturer bg 4 bulan awal..hehe..sebenarnya, bukan niat nak start last minit, terlalu busy dengan report dan test yang dtg berduyun-duyun, so kena siapkan yang mana kena submit dulu..last test aku pun hari Jumaat, sbb tu hari Sabtu baru start buat...

dan......inilah hasilnya...tadaaa...



Penat otak kena imagine cmna nak pusing bahagian tu bahagian ni...terfikir jugak la cmna org yang kerja bahagian design mcm ni...sorg2 mmg tak boleh la..kena ramai-ramai kalau design yg lebih complex...apa-apa pun, I Love Engineering. Heh


Sunday, April 17, 2011

Dinner + supper with best friends

Baru semalam pergi BBQ kat Puncak Perdana dgn member-member persatuan aku, BBQ sempena terima kasih sebab byk membantu fakulti..heh..hari ni best friends aku lak ajak pergi dinner rumah dia, dia masak..



terigt aku satu article yg ada dalam note facebook aku sejak tahun lepas..panjang skit, tapi penuh bermakna..mungking ada yang dah baca kt mana-mana forum atau blog, tapi tak salahkan baca lg skali..renung-renungkan bersama =)


Balang mayonis dan 2 cawan kopi


Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan. Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf. Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang tersebut penuh, dan pelajarnya menjawab “ya!”. Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf. Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab “ya…” Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut. Pasir yang dituang mengisi ruangan diantara batu kelikir dan bola golf. Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada baling tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab “Ya..”


Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan professor tersebut. “Sekarang… ” profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan. “Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda… Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan msemangat anda - Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara- perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil.”


“Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu…”
“… anda tidak akan mempunyai ruang untuk batu kerikil danbola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda
menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil,anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya
lebih penting untuk diri anda.”
“Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan
anda.Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan
pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam,
yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu – iaitu
perkara yang benar-benar penting.
Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir…” Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula
yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum. “Saya gembira
ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana
penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan walau pun anda sudah berada di kedudukan yang tinggi…”

Renungan untuk semua. Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari
seperti tidak mencukupi, ingatlah kisah “Balang Mayonis dan 2 cawan kopi ini…"