Wednesday, July 22, 2015

Sambung master susah ke tak??

Sangat lama tak update blog..bila dah lama tinggal, nak start balik bukan senang...untuk pengetahuan korang, sekarang aku tengah sambung study dalam master in science (mechanical engineering). Banyak jugak orang bertanya, buat master ni macam mana? susah ke tak? kena masuk kelas macam degree jugak ke?

Sumber gambar: google

Untuk yang tengah fikir nak sambung master, di sini aku kongsi sedikit berdasarkan pengalaman. Master rata-rata ada dua jenis, coursework atau full research..tapi ada jugak yang mix, mix aku tak tahu sangat....coursework ni kena masuk kelas la, selalu malam atau hujung minggu..banyak orang buat part time ambik coursework, siang kerja, malam pergi kelas..tapi ada universiti/fakulti yang memerlukan pengalaman bekerja kalau nak sambung under coursework..fresh graduate tak diterima

Untuk full research pulak, memang buat research je la sepanjang masa, setiap bulan..tak perlu masuk kelas....susah atau tak, bergantung kepada tajuk research..bergantung jugak kepada supervisor...reseacrh ni memang solo la, sorang-sorang je buat, supervisor tolong sikit-sikit bagi pendapat, ada sesetengah, supervisor sangat sibuk, lagi susah nak jumpa..motivasi kena tinggi, disiplin tinggi..tak boleh malas-malas...kewangan pulak satu hal..kalau boleh, cari supervisor yang ada grant atau sumber kewangan yang boleh bagi elaun kat korang

Tajuk aku tak dapat grant, nasib baik tajuk aku lebih kepada fundamental...takda perlu beli apa-apa barang ...cuma sakit, sara diri la..makan minum, sewa rumah..yuran lagi..

Itu saja aku boleh kongsi..kalau nak detail, panjang sangat nanti..hehe

4 comments:

Grey Cat said...

Great2! My sis pun sambung master. Chem engineering. Hebat2 belaka. Alhamdulillah.

shafmechy said...

Alhamdulillah.. =)

Inn said...

Knp pilih course mechanical engineering? Kalau blh saya nak tahu lebih lanjut tentang pemilihan course sebab saya agak susah utk deciced course yg susah.

shafmechy said...

sebab minat...nak pilih ni, byk faktor..ada org pilih sbb minat, ada yg pilih sbb nak senang dpt kerja..so, awak tentukan apa yg awak nak in future..pastu baru pilih mana sesuai