Wednesday, August 26, 2015

Adakah vape bahaya?



Sekarang ni, vape menjadi isu. Macam-macam, isu perangai yang vaping, isu bahaya ke tak. Rasanya, vape ni dah lama dah. Member aku sendiri dah 4 tahun 'vaping' ni. Cuma, semakin lama, semakin banyak beralih dari rokok ke vape, dan yang tak merokok pun dah start 'vaping'. Banyak kajian yang menunjukkan, vaping tak bahaya macam merokok. Dalam TV pun ada laporan pasal vape ni. Sebab tu la makin famous.

Untuk yang sebelum ini merokok, banyak yang syorkan bertukar kepada vape. Yela, dalam vape tu ada apa je, dalam rokok ada bermacam bahan kimia yang kita tak tahu yang boleh meransang sel kanser, vape pulak hanya ada vegetable glycerin, sweetener, flavouring, colouring..dan maybe nikotin..itu pun 1/10 daripada nikotin yang ada dalam rokok..ini yg laporan aku dengar la..tapi memang logik la, vape tu guna wap air je pun..

Untuk yang tak merokok, tapi nak start vape, jaga la adab, jangan hisap je tak fikir keselesaan orang lain. Walaupun tak bahaya, tapi jangan sampai ganggu orang sekeliling. Aku tak vaping walaupun tengok macam best. Macam-macam perisa ada, wangi lak tu. Tapi malas la, kalau mula vaping nanti, ketagih lak.

Disebabkan vape ni semakin famous, aku ambil la kesempatan menjual flavors vape di Shah Alam. Maklum la, sekarang study takda bantuan kewangan apa pun, Nak kena cari duit part time. Jualan online je senang, tak ganggu masa study sangat. Kalau ada member yang tengah cari flavor vape, promote la facebook aku ni >> www.facebook.com/vapeliquidSA


0 comments: