Tadi aku baru lepas daftar syarikat pemilikan tunggal...atau orang selalu sebut syarikat enterprise. Masa nak fikir nama syarikat tu, pening jugak la..mesti nak nama yang ok, yang best, atau yang mewakilkan diri kita...tapi yang peliknya, mesti hujung nama nak letak enterprise..aku terfikir jugak, nama enterprise tu, adalah title company kita, ataupun kita yang letak sendiri? Atau kita letak nama apa pun, SSM akan bagi title Enterprise?
Setelah diselidik dan bertanya di kaunter SSM, aku dah dapat jawapan. Untuk kawan-kawan yang belum tahu macam aku ni, Enterprise tu termasuk dalam nama syarikat, kalau korang letak enterprise, ada la enterprise dalam nama syarikat, kalau tak letak, takda la..Contoh, korang jual baju, nak nama brand Lady Betty...syarikat pun korang nak nama Lady Betty...tak semestinya korang letak Lady Betty Enterprise, korang boleh ja letak Lady Betty Collection, Lady Betty Trading ke..yang sesuai dengan bisnes korang...kalau letak Lady Betty Collection, bunyi lagi best dari Lady Betty Enterprise bagi aku...
Cara apply sangat senang, pergi ja mintak borang kat kaunter, isi borang tu, tak faham tanya kaunter. Bawak salinan IC, duit RM70.60 untuk nama trade, RM40.60 untuk nama sendiri. Pastu tunggu dalam sejam untuk sijil..kalau tak ramai, dalam 30-40 dah siap.
Nama trade tu selain nama kita. Kalau korang nak daftar yang murah tu, guna nama sendiri macam dalam IC, so belakang tu takkan ada Enterprise, Trading ke apa ke, kalau ada, dah termasuk kategori nama trade dah. Contoh guna nama sendiri; Mohd Saleh Ibrahim, Nurul Ain Osman....Nama tred/trade: Saleh Trading, Saleh Enterprise, Nurul Ain Collection, dan lain-lain (Nama hanya rekaan, jika sama, hanya kebetulan)
So, terhasil la nama syarikat pemilikan tunggal aku, MSA Creative Resources...asalnya aku mintak MSA Creative Solution, tapi dah ada orang guna kat Petaling Jaya, so aku dapat yang pilihan kedua..dia bagi 3 pilihan nama.
Doakan kita sama-sama berjaya ye.
1 week ago