Friday, January 18, 2013

Padah riak

Saja aku nk share supaya jadikan pengajaran. Cerita ni berlaku selepas beberapa hari peristiwa bekalan elektrik dipotong berlaku. Masa tu aku nak keluar makan malam dengan member aku. Member bonceng motor aku.

Mulanya, member aku just melawak "wei, satg tayar hang pecah, mampus aku". Aku just kata, "takpa, tubeless tahan"

Kali kedua dia kata "aku rasa tayar hang macam dah pecah ja..."

"Tayar aku tubeless la, kena paku pun tak pecah punya, tahan lagi..." Lepas aku kata macam tu ja, terus motor aku melelong (tahu melelong), terhuyung-hayang ke kiri dan ke kanan..memang rasa macam nak terbabas dah. Aku tak brake, just biar macam tu ja sambil control handle motor tu..Alhamdulillah, selamat berhenti.

Pelik, macam mana boleh tayar tubeless keluar angin secara mendadak macam tu..kalau kena paku, selalunya memang lambat angin keluar. Rupanya, memang kena paku pun, paku tu agak panjang tercucuk dari tengah tayar sampai  sebelah tepi tayar. Disebabkan paku tu tercucuk sebelah tepi tu la, angin keluar secara mendadak.

Jadi, walaupun nak bergurau, jangan la buat ayat riak.

Friday, January 11, 2013

Elektrik kena potong, salah siapa?

pic: google

Awal Januari baru-baru ni, TNB ada buat operasi potong elektrik, bermula di seksyen 7 Shah Alam. Blok aku, 10 buah rumah kena potong bekalan elektrik, termasuk rumah sewa aku. Blok lain taktau banyak mana lagi.

Macam mana bekalan elektrik rumah aku boleh kena potong?

Begini ceritanya, masa awal-awal aku dan rakan-rakan aku pindah masuk, memang dah ada tunggakkan dalam bil elektrik, lebih kurang RM463 kalau tak silap. Kami dah maklumkan kepada tuan rumah, dan tuan rumah cakap dia akan selesaikan. Selepas tu, ajaibnya, bil elektrik tak sampai-sampai. Jadi, setahun lebih kami takda bil elektrik, umpama guna elektrik percuma. Benda free, sapa sanggup pergi tanya TNB kenapa tak dapat bil? Manusia, biasa la..

Dalam pukul 11 pagi, tengah study untuk final test petang tu, tetiba elektrik takda. Memang kami syak kena potong, dah setahun lebih tak bayar. Surat amaran pun baru dapat lepas sembahyang Jumaat (dah potong baru dapat surat amaran). Petang tu, housemate yang takda test, pergi la bayar. Korang tahu sebab apa bil tak pernah sampai??

Sebab, dalam sistem diorang mengatakan yang rumah kami dah dipotong bekalan elektrik sejak tahun 2011 disebabkan tunggakkan RM463 tu (tuan rumah tak bayar pun sebenarnya) sebab tu bil takda. Bila housemate aku pergi bayar, jumlah yang perlu dibayar adalah lebih kurang RM1840 termasuk bila lama tu, kena bayar semua tu, kalau tak, elektrik takkan disambung. Nak tak nak, memang kena keluar duit jugak la sorang RM130 lebih tambah dengan duit rumah yang sedia ada. Tak pasal-pasal melayang seratus lebih...Ramai penduduk kawasan aku ni terkena macam tu, ada yang mengamuk kat TNB, siap ada polis yang kawal dekat pejabat TNB petang tu, takut ada yang marah dan bertindak bukan-bukan.

Salah siapa? tuan rumah yang tak bayar tunggakkan awal? salah kami yang tak tanya TNB kenapa bil tak sampai? atau salah TNB yang tak check betul-betul sama ada rumah kami dah dipotong atau belum masa awal-awal tu?

Thursday, January 10, 2013

Tahun Baru Wajah Baru

Pejam celik pejam celik, dah tahun 2013. Dah lama blog aku ni terbiar. Andai kata blog ni wujud dalam bentuk fizikal, mesti dah berhabuk, bersawang dah..Bukan sengaja nak membiarkan blog ni, tapi sejak aku sibuk masa bulan berapa tah, lepas tu terus hilang idea nk update blog, kalau ada pun, aku tak dapat nak jadikan idea aku tu ke dalam bentuk perkataan. Lama-lama, terbiar la macam ni..

pic: google


Tahun baru 2013 ni, aku cuba nak aktifkan kembali dalam dunia blog ni, walaupun tak aktif macam dulu, sehari 2 hingga 3 post..tapi sekurang-kurangnya 2 hari 1 post kira OK la kan..Sebagai permulaan, aku update template blog aku kepada warna dan design yang lebih cerah, senang untuk dibaca.

Selama berjumpa kembali.

Monday, February 27, 2012

Semut Masuk Telinga


Tengah sedap pagi tadi, terkejut dengan bunyi "kruk.kruk..krak.." dalam telinga. Aku tahu, memang semut la yang masuk tu. Tiap-tiap malam aku kena gigit dengan semut tu, cuma kali ni semut tu bertindak luar kesabaran aku bila masuk telinga. Bilik aku ni banyak dengan semut merah kecil macam dalam gambar di atas, semut tu la yang aku berjaya keluarkan dari telinga. Masa dia bergerak, geli-geli aku boleh tahan, tapi bila sakit tu, macam nak jerit ja.

Mula la nak cari mak kat dapur, mintak petua. Mak bagi kapur suruh sapu keliling telinga. Tapi, tak berkesan pun, lama gak aku tunggu, tak keluar-keluar. Apa lagi, aku cuba 'google' la pulak petua-petua yang lain. Petua pertama aku jumpa, dia cakap, kalau masuk telinga kiri, tutup telinga kanan, tarik nafas, tutup hidung sambil tahan nafas. Aku cuba berkali-kali, tak berjaya jugak.

Petua kedua, dia suruh titikkan minyak masak yang belum digunakan ke dalam telinga. Petua tu aku reject, malas nak pergi cari minyak (dasar pemalas..hehe)

Petua ketiga, lebih kurang macam petua pertama. Kalau semut masuk telinga kiri...tutup telinga kanan, dan baring dengan telinga kiri menghala ke atas. Alasannya, semut selalu bergerak ke atas. Alhamdulillah, seminit lepas tu semut keluar. Nasib baik sekor ja, first time kena dulu, 3 ekor masuk.

Kalau sesapa kena macam aku, boleh la cuba mana-mana petua yang korang berkenan.

Thursday, January 26, 2012

Telemarketing ??


Lama dulu aku pernah buat post tentang sorang wanita yang telefon aku untuk skim insurans etiqa Maybank. Segala perjanjian dan persetujuan hanya dirakam melalui perbualan telefon, tiada hitam putih. Baru-baru ni, aku dapat lagi panggilan telefon, tapi lelaki pulak:

Penelefon: Hello, ni encik Shafiq ke?

Aku: Ye, saya.

Penelefon: Ok, tahniah encik terpilih untuk promosi kami berdasarkan rekod bersih penggunaan kad kredit

Aku: (Dalam hati: Bila masa aku ada kad kredit?)

Penelefon: Jadi, kami akan hadiahkan privilege card untuk encik. bila encik berbelanja guna kad kredit encik, akan dapat bonus. Boleh saya tau encik kerja apa?

Aku: Student.

Penelefon: oo, encik dok guna kad kredit apa, visa atau master card?

Aku: saya takde kad kredit.

Penelefon: yeke. kad ATM ada?

Aku: Yang tu ada la.

Penelefon: Cuba tengok kat kad tu ada visa atau master?

Aku: Takde apa..kad ATM Bank Islam...yang lama..

Penelefon: Takpe la kalau macam tu, mungkin terdapat kesilapan dalam sistem kami. Terima kasih.

Sebenarnya aku ada ja kad ATM yang Visa punya, saja ja aku malas nak panjangkan perbualan. Lagipun aku punya debit card, bukan kredit, beza dua tu. Kalau sama pun, aku tak pernah guna pergi shopping guna kad tu, macam mana nama aku ada dalam sistem diorang.