Tuesday, February 19, 2013

Aku suka mamalia

Aku memang suka sangat dengan haiwan peliharaan jenis mamalia macam kucing tu ha..pantang gak tengok kucing gebu-gebu mesti nak pegang..geram..hari tu ada buat part time catering kat kenduri area Nilai, nak sembahyang zohor tumpang rumah tuan rumah, masuk kat dapur, nampak ja kucing, terus pergi kat kucing ambik gambar:

Ni gambar kucing tu, aku teringin gak nak bela kucing gebu warna putih macam kat atas tu..Kat kampung ada gak, tapi tinggal satu ja lagi.



Yang atas tu masa kucing aku kecik, first day adopt..sekarang tinggal yang kelabu tu ja (jantan). Yang betina kanan tu dah kena buang ngan mak aku kat pasar, sebab dia dah beranak 2 ekor, anak dia sangat hyperaktif, then mak aku tak larat nak jaga, letak kat pasar, confirm ada orang ambik sebab memang gebu ketiga-tiga ekor tu..aku balik kampung ja dah takda..sedih


Yang atas ni lak, sugar glider first aku, nama Mimi..Tapi, hilang time aku praktikal kat Penang..sebab sangkar yang aku guna tu sangkar burung 1.5 kaki, agak kecik untuk dia, sangkar yang betul besar, tak boleh nak bawak. then aku lak tak sempat main ngan dia time praktikal tu, maybe dia boring pastu dia melarikan diri..cari satu rumah tak jumpa. 


Ni pulak, pengganti si Mimi tu, beli dua ekor supaya sekor tu tak boring. Tapi malangnya tak dapat bawak balik Shah Alam, rumah sewa aku dah penuh, housemate dah wujudkan dapur, so sebahagian ruang tamu dah jadi padat, tempat aku letak sangkar dah takda. Aku pun taknak menyemakkan rumah sewa yang dah semak, aku pos sangkar tu ke kampung, ayah aku yang tolong jagakan 2 ekor tu. Nanti bila dah bekerja, aku nak bila kucing ala-ala Parsi lak, teringan sangat.

Monday, February 18, 2013

Tak kenal kawan selepas satu malam tak jumpa

Betul...satu malam ja...

Tadi tengah syok tengok cerita Touch Season 2, ada seseorang tiba-tiba masuk bilik aku, berdiri depan pintu sambil sengih..Aku tengok dia dengan muka pelik + hairan "sapa mamat ni, tetiba ja masuk bilik aku, salah rumah ke apa.."

 Aku scan satu badan, tengok muka dia betul-betul, oh, member aku rupanya..terus aku tergelak kuat..sebab ni:

Macam 'Botak' Juvana dah aku tengok..semalam rambut panjang, pastu dia pergi tidur rumah member dia, balik-balik petang tadi botak, memang aku tak kenal la buat beberapa saat. Ni kali pertama aku tak kenal member yang rapat dengan aku..

Selalu gak terjadi situasi orang tegur aku, tapi aku tak kenal orang tu. Selalu aku buat-buat kenal je nak jaga hati dia, tapi dalam otak cuba ingat balik sapa orang tu. Selalunya orang yang aku tak pernah bersembang, cuma tegur-tegur "hai" dan seumpamanya, kalau jumpa setahun lepas tu, memang aku tak ingat. Mesti pernah jadi kat korang gak kan... 


Tuesday, February 12, 2013

Bernilai dari nilai sebenar

Yang aku maksudkan dengan tajuk di atas adalah berkaitan dengan duit. Duit kertas terutamanya. Kalau duit yang lama dulu, zaman sebelum merdeka, memang semua orang tahu duit itu bernilai. Tapi macam mana pulak duit yang kita guna sekarang?

Sebelum ni, aku memang tak tahu pun duit yang kita guna sekarang ni pun ada nilai tersendiri bagi pengumpul wang kertas ni. Aku ingat duit zaman dulu ja ada nilai. Satu hari aku tengok member aku Wan kerap je pos duit untuk dijual kat facebook dia. Duit lama, duit baru. Dia la yang explain kat aku macam mana orang tengok nilai duit.

Mostly orang tengok error duit tu, print error, cutting error...then orang tengok pulak keadaan duit tu, lagi elok duit tu, lagi tinggi nilai dia. Ada gak orang cari duit replacement yang rare. Duit replacement ni adalah duit rosak, bank ganti dengan duit baru (kalau tak salah aku), duit replace akan mula dengan huruf Z...Tapi tak semua duit yang mula huruf Z tu bernilai, bergantung tahap rare. Contoh duit replacement paling latest yang aku ada:


Tengok nombor siri tu. ZA0291131. Jarangkan jumpa duit huruf Z ni? aku tanya member aku tu, dia cakap duit yang aku ada atas tu, nilai dia atas sikit je daripada RM20. Bawah ni contoh duit yang mahal sikit:




Atas tu semua print error, harga dia aku taktau. Aku pernah tengok, RM50 cutting error, harga beribu-ribu. Kalau jumpa duit yang cacat macam atas tu, jangan tukar kat bank, simpan dan cari orang nak beli, jual kat aku pun takpe. hehe. Nak tengok banyak lagi, lawat la album member aku ni, Muhammad Safuan Mustapa


Tuesday, February 5, 2013

Tips untuk mudah dapat UPU



Betul ke tak tajuk entri aku ni? Aku tak ingat aku dah buat ke belum entri ni, rasa macam belum buat. Takpa la, untuk yang belum baca.

Sekarang ni banyakkan yang nak isi UPU, adik aku pun tengah tunggu result SPM, nnt nak kena isi gak. Jadi, meh aku kongsi sikit tips sikit, bukan cara isi borang, tapi hanya sekadar tips untuk mencerahkan peluang korang diterima ke universiti selagi korang memenuhi syarat-syarat universiti tersebut.

Paling penting, isi borang tu betul-betul la. Yang aku nak bagitau sini, 4 pilihan utama tu. Aku dapat tips ni pun dari sorang pegawai yang terlibat dengan UPU, masa tu aku baru habis SPM, buat part time cafe kat UiTM Shah Alam. Dia cakap kat aku macam ni:

"Nanti kau nak isi UPU, 4 pilihan utama tu, kau isi universiti yang sama. Senang dapat. Sebab, contohnya, kalau pilihan 1 mintak UM, pilihan 2 mintak UiTM..tak dapat pilihan 1 tu, staff UM diorang hold dulu, ambil masa nak bagi kat UiTM. Bila dapat kat UiTM, kos korang dah penuh..last-last sekali korang kena tunggu rayuan. TAPI, kalau pilihan 1 UiTM, pilihan 2 UiTM, pilihan 3 pun UiTM..tak dapat pilihan 1, orang tu bleh bagi terus dengan member dia, sebab UiTM jugak, sebelah dia ja, pilihan 2 tak dapat, 3 ada lagi..tak perlu hold lama"

Perlu diingatkan, aku pun taktau betul ke tak, tapi aku ikut tips ni, member aku tak ikut. Pilihan 1 dia mintak UM, pilihan 2 UiTM, both kej mekanikal..semua tak dapat (mak dia tak bagi ambik UiTM sebagai pilihan 1). Aku minat engineering, pilihan aku:
1. Kej mekanikal UiTM
2. Kej kimia UiTM
3. Kej awam UiTM
4. Kej elektrik UiTM

Aku memang pilih UiTM je, sebab aku tak mampu la nak bayar yurang universiti lain satu semester 1500 lebih tu walaupun ada PTPTN. Bagi aku, universiti mana pun sama ja, yang penting diri korang tu nak pergi belajar ke, nak pergi main-main je. Kalau orang kata UiTM low class pun, yang aku tau latest punya ranking official yang VC UiTM post kt FB dia, UiTM no 4 di Malaysia (kalau tak salah), bagi aku high class tu.

Kalau ada apa-apa, tanya ja..jangan tanya macam mana nak isi dah la. Dah lupa dah.DAN kalau tips aku SALAH, tegur.

P/S: aku takda niat nak banding-banding universiti tau, just nak share tips UPU, takut ada yang sensitif dan terasa. Minta maaf.

Thursday, January 31, 2013

Silap kenduri kahwin

Tadi aku terbaca artikel tentang perkahwinan Liyana Jasmay ala bollywood, teringat pulak kisah aku tersilap pergi kenduri kahwin hujung bulan Disember lepas.

pic: google


Member aku ada jemput ke kenduri kahwin kakak dia. Aku dengan member-member yang lain pergi ke tempat kenduri tu berpandukan peta dalam kad jemputan kahwin tu. Kami ikut sebijik macam dalam peta tu dan sampai kat stadium MBPJ, nampak la satu tempat kenduri ja situ. Tapi yang pelik, lagu kenduri tu lagu ala-ala bollywood gitu, orang kat tempat tu pun pakai kebanyakkannya ala-ala bollywood la. Aku tanya member-member aku "Takkan la kak kawan kita buat kenduri ala bollywood kot..macam pelik ja.."

Diorang pun was-was jugak. Tengok pulak kat situ ramai India ja. Lagi pelik bila tengok gambar pengantin kat banner, sebijik macam pasangan bollywood. Setahu aku, kakak member aku tu, tak macam tu rupanya. Dalam tengah ragu-ragu, datang abang 'guard' ni tanya kami "Nak p kenduri ke? silap tempat kot, ramai dah silap, sini MBPJ, korang punya tempat kompleks sukan PKNS kot"

Bukan kami saja yang silap, ramai lagi silap. Diorang ikut map dalam kad tu, arrow tunjuk stadium MBPJ, tapi tempat sebenar ada tulis kat kad tu, kompleks sukan PKNS. Kalau yang taktau tempat macam kami ni, memang salah la, ada pak cik tu, sejam cari tak jumpa, nasib baik dia terserempak dengan kami, dia follow ja kami sampai tempat yang betul. Alhamdulillah la tak masuk terus tadi tu, kalau tak confirm malu habis.