58 minutes ago
Monday, May 2, 2011
BEN ASHAARI CARI ENTRI BEST
Abg Ben buat segmen la mlm ni, jom join. cepat-cepat sebelum terlambat ye. kalau nak join klik banner abg ben kat atas tu ye.
Untuk segmen kali ni, abg ben mintak kita cari entry kita yang kita rasa paling best. Bagi aku, aku nak pilih entry aku yang bertajuk "Dunia Dah Terbalik: Perempuan lak kacau lelaki". Mengapa aku memilih entry ini. Bila aku baca balik entry ini, entry ini dapat tunjuk kat aku yang sikap/perangai manusia ini adalah kerana hati masing-masing, bukan kerana jantina. Berkisarkan tentang seorang budak perempuan yang dapat no telefon aku hasil daripada main tekan-tekan. Pada mulanya, dia kata nak berkawan, tetapi makin lama makin pelik pula cara dia berkawan. Seolah-olah dia menganggap aku ni boyfriend dia, mula bertanya soalan yang tak sepatutnya. Itu pun hanya selepas 2 3 hari mesej dengan aku. Dalam entry tersebut disertakan bersama sedutan-sedutan SMS aku dgn dia. Nak baca klik la link di atas tu. Entry aku tu menjadi bukti yang tidak semestinya lelaki sahaja selalu kacau perempuan, perempuan pun ada yang kacau lelaki. Tetapi, mungkin bilangannya sahaja sedikit. Jadi, kita kena buka mata, dunia ini luas, penuh dengan manusia yang pelbagai ragam.
CONTEST : PUZZLE BERSAMA PUTERI KATEK 2
haa.. ni lak puzzle kedua dari puteri katek
macam biasa, nak join dan nak tahu tentang peraturan, klik saja banner di atas, akan link terus ke blog puteri.
Puzzle2 mcm ni best, boleh melatih IQ kita..hehe
macam biasa, nak join dan nak tahu tentang peraturan, klik saja banner di atas, akan link terus ke blog puteri.
Puzzle2 mcm ni best, boleh melatih IQ kita..hehe
PUZZLE BERSAMA PUTERI KATEK
Mari join puzzle puteri katek, senang je..hehe
Klik banner atas klu nak join dan nak tgk apa puzzle, lagi ramai join lagi best. Tarikh tutup lambat lagi..hehe
Klik banner atas klu nak join dan nak tgk apa puzzle, lagi ramai join lagi best. Tarikh tutup lambat lagi..hehe
Eh, Orang Buta Tu Boleh Mengelak ??
Sapa pernah tengok mana-mana orang buta mengelak sesuatu seperti lubang kat jalan tanpa menggunakan tongkat dia, maknanya tongkat dia tu memang tak sentuh tanah pun..?? Kalau ada macam tu, mungkin dia menipu atau dia dah biasa dengan jalan tu, tak guna tongkat pun dah boleh tau jalan mana..hehe
Haa..semalam aku pergi minum-minum dengan member setelah penat study, masa kat kedai datang la dua orang jual tisu, sorang buta, sorang lagi tukang pimpin, siapa yang tinggal area-area shah alam dan kl ni memang jemu la tengok kan. Member aku tu, sebelum ni dia bagi la jugak RM1 kalau orang tu datang, kesian katanya, tapi sejak dua bulan lepas dia dah tawar hati nak bagi, gara-gara dua kes...
Pertama, dua bulan lepas, di kedai yang sama dan waktu yang sama, aku nak parking motor aku kat depan kedai tu, tiba-tiba orang buta yg jual tisu lalu kat depan motor aku, kalau ikut ruang depan motor aku tu, memang tak muat, kena langkah atau lalu sebelah kaki dulu..macam gambar bawah ni
Aku baru nak undur sebab aku takut dia terlanggar tayar motor aku, kang terjatuh pulak, yang tukang pimpin dia dh lepas ke depan dah tinggal orang buta tu kat belakang, belum sempat aku undur, dia dengan selamba ja lalu kanan kanan dulu, pastu kaki kiri, tak kena pun tayar motor aku, tongkat pun dia tak guna.. yang member aku dah terlopong mulut tengok.. 'kagum'...aku cakap kt member aku "skrang dah tau kan sebab apa aku kurang percaya kat orang buta yang jual tisu kat sini"...
Yang kedua lagi hebat, kat KL Sentral..tengah tunggu member beli barang kat 7Eleven, nampak la seorang buta, mata dia memang terbuka sikit ja, mmg ada ciri-ciri buta la..tapi aku terkejut bila dia lipat tongkat dia, pastu jalan celah-celah orang ramai, mengelak dari melanggar dan dilanggar orang, sambil tengok kiri dan kanan..pastu tukang pimpin dia, anak dia rasanya, budak perempuan, aku dengar dia cakap "laa, ayah nak pergi mana pulak ni..." sambil ikut belakang orang 'buta' tadi..lagak dia mmg macam orang normal, orang yang boleh melihat dengan jelas..
Sebab dua kes itulah, member aku yang selalu beli tisu RM1 tu, dah malas nak memberi dah, tak tau mana satu betul-betul buta..buat apa nak bagi duit kat kaki penipu kan..Ni antara aku tak suka sikap orang kita, tahu menipu ja sebab duit, usaha yang halal taknak fikir, taknak cuba...
Moral: Jangan la menipu terutama dalam soal mencari rezeki, jadi darah daging kita rezeki yang haram tu kan. Biarlah rezeki tak seberapa, tapi halal.
Sunday, May 1, 2011
Bloglist Baru Untuk 10 Pertama Bagi Link
Seperti tajuk entry ini, aku telah membuat satu bloglist baru untuk rakan-rakan blogger aku: korg semua la.
Sesiapa yang nak blog dia disenaraikan, hanya tinggalkan link kat entry ni ye. Mula-mula aku fikir nak minta korg buat entry tentang aku mencari bloglist, tp untuk kali pertama ni macam malas ja nak minta korg buat entry pasal ni. Maybe next time kot. So, aku just guna sistem siapa cepat dia dapat, tp bloglist 'My Blogger Zone' ni bukan kekal ye, akan sentiasa diupdate, maybe seminggu sekali atau dua minggu sekali. Bukan apa, orang lain pun nak jugak kan..hehe..untuk 10 link pertama ditinggalkan saja aku akan ambik, yang tak sempat, cuba kat update akan datang. Tapi, andai kata hanya dua tiga orang saja bagi link, pastu tak ada dah orang bagi link ( maknanya aku tak dapat sambutan la T.T ), aku ambik yang mana ada je la..
Ok, boleh la tinggalkan link anda sekarang...