Tuesday, January 24, 2012

Penjual Online Boleh Pun Ditipu


Berapa kali korang pernah jual barang secara online? Melalui mudah.my ke, lelong.com ke, eBay ke, tak kisah la..Bisnes online bukan benda asing lagi kan untuk org Malaysia ni. Aku sendiri pun dah banyak kali dah jual barang online. Aku jual melalui mudah.my. Beli secara online, rasanya aku tak pernah lagi.

Tapi, mudah.my dah banyak kali masuk berita. Orang yang jual dalam mudah.my tu banyak yang menipu. Bila orang dah bayar, barang tak sampai, mesej tak dibalas, call tak diangkat. Biasa la tu, akan ada yang ambil kesempatan. Baru-baru ni jual bola boling aku yang aku dah tak guna. Ni yang aku nak cerita, macam mana pembeli lak boleh menipu orang yang menjual.

Agak-agak macam mana ye pembeli tipu penjual? Selalu penjual yang menipu selepas pembeli bayar.

Masa aku iklan bola boling aku kat muday.my, ada beberapa orang aku contact aku tanya pasal harga bola tu, salah sorang mat saleh dari London. Dia mintak aku send gambar bola tu banyak sikit sebagai bukti tu memang bola aku. Lepas tu dia cakap, dia comfirm nak beli. RM700. Pelik. Bola tu aku beli tak sampai pun RM700, buat apa dia nak beli bola second-hand melebihi harga bola baru kan. Tapi aku abaikan ja, rezeki.. bisik hati aku.


Lepas tu email kat aku bagitau yang dia dah transfer RM2900 termasuk kos penghantaran kat PayPal, kos penghantaran tu RM2200 yang aku kena bagi kat agen yang akan ambik bola tu dari aku..pheww..complicated..mahal nak mampus la kos penghantaran..baik dia beli ja tiket pergi balik ke London untuk aku, biar aku hantar sendiri. Sekali lagi hati aku kata "biar la, kaya sangat kot"

Tapi, aku check dalam paypal aku takde pun RM2900...aku dapat email dari paypal..kalau aku nak duit, aku kena pergi kat western union, buat bayaran kat agent penghantaran SeaLion sebanyak RM2200, slip bayaran tu scan dan emailkan kat diorang, lepas tu baru diorang akan bagi yang RM700.

Mulanya, aku langsung tak faham email tu..dalam bahasa Inggeris kan, ayat pun berbelit-belit..yang aku faham bila aku pergi kat western union tu tnya cmna process western union..dari situ aku faham. Jadi, aku mesej dia tanya, kenapa aku perlu bayar RM2200 tu kat agen dia? kenapa agen dia beralamatkan rumah dan bukan syarikat SeaLion? kenapa dia sanggup beli bola second-hand semahal tu sedangkan kalau dia beli bola baru hanya RM650?

Selepas soalan yang terakhir tu, dia tak balas terus mesej sampai ke hari ni. Buang masa aku ja dari pukul 2 petang sampai 5 petang, terlepas satu kelas hanya nak settle benda tu. Satu sen pun tak dapat. Agak la kan nak menipu pun, takkan la kena bayar sampai RM2200..kita yang jual, kita yang kena bayar..Tapi, kalau sesapa yang tak pernah guna paypal, mungkin akan terkena. Email paypal tu, bukan dari paypal sebenar, tapi email palsu. Jadi, berhati-hati kalau perkara yang melibatkan urus niaga online ni.

Wednesday, December 28, 2011

Perut Punya Pasal

Salam untuk semua pembaca blog aku. Dah lama benar aku tinggal blog ni kan. Agaknya, hampir 3 bulan kot. Buat pengetahuan korang, aku bukanlah pandai sangat nak mengarang ayat macam blogger lain, cara aku blogging: perlukan masa yang betul-betul lapang. TAPI, semester baru aku ni, aku gagal cari masa yang betul-betul lapang, dah habis semester ni, baru la okay. Sementara nak tunggu paper final, boleh la aku sambung ber-blogging, Insyallah.

Berbalik kepada tajuk post aku. Study week aku bermula 24hb Disember, 4 hari yang lepas, dan paper final pertama aku pada 6hb Januari 2012. Lambat lagi, aku plan nak balik kampung sekejap. Beli tiket Sabtu pagi. Apa yang merisaukan aku adalah entry INI. Aku malas sikit nak balik malam, sebab tu aku pilih pagi, lagipun tiket malam dah habis.

Dah baca entry tu? Malas baca? Takpe, aku ringkaskan. perut aku ni, selalu sakit, selalu buat hal terutamanya bila nak naik bas di pagi hari. Selama ni aku boleh survive bila perut aku buat hal. Kali ni, seperti yang aku risaukan, bangun je pagi, perut aku dah terasa sakit..sakit angin dalam perut. So, pagi tu aku habiskan masa 30 minit dalam toilet, takde kesan sebab hanya ada angin, masih lagi sakit. Aku terpaksa tahan sampai ke stesen bas, niatnya nak guna tandas di situ.

Tetapi, alangkah 'sedihnya' aku, tandas semua penuh, dan lebih 'menyedihkan', tandas yang penuh tu juga digunakan oleh orang yang sakit perut. Jadi, memang lama la kena tunggu. Aku tunggu sampai pukul 9 pagi lebih, diorang tak keluar lagi dari tandas, perut aku dah tak tahan, bas pulak memanggil-manggil "panggilan terakhir untuk Shah Alam Kangar, bas bernombor W** 8**3"..Seriously, kalau aku naik jugak bas tu, memang berbau la bas tu..

Aku pergi cari tandas kat stesen minyak..pun penuh jugak, aku tunggu je la..ringkaskan cerita..settle semua urusan dalam pukul 9.20 pagi..tiket pukul 9.00 pagi..Bas TRANSNASIONAL ni selalu on time, paling lama diorang tunggu pun 5 minit je ikut pengalaman aku la, sesekali ja lambat. Aku dah 20 minit lewat, aku lalu kat stesen bas tu, bas ke Kangar dah takde..Lepas ni, memang aku tak nak balik pagi..rugi RM 49. Tak balik kampung aku.



Wednesday, September 14, 2011

Pemenang Contest

Sekali saya memohon maaf kerana kelewatan update keputusan contest. Masih lagi sibuk dengan tugas persatuan dan lain-lain hal, biasa la, awal semester.

Straight to the point. Aku terus umumkan nama pemenang yang baru aku dapat dari juri tadi:

Tempat pertama: http://norhafeezah.blogspot.com/2011/08/contest-hari-raya-tajaan-droplethouse.html

Tempat kedua: http://fiqrakendet.blogspot.com/2011/09/contest-hari-raya-tajaan-droplethouse.html

Tempat ketiga: http://idupseorangnoyis.blogspot.com/2011/08/contest-hari-raya-tajaan-droplethouse.html

Mungkin ada yang tak tau aku buat contest, peserta yang join sikit ja sebab aku tak sempat nak promote contest ni, tak sempat nak blogwalking.

Apapun, tahniah kepada yang berjaya menambat hati juri.

Friday, September 9, 2011

CONTEST: HARI RAYA (tajaan DropletHouse)

**INI ADALAH STICKY POST - AKAN MELEKAT SAMPAI 9 SEPTEMBER 2011, ENTRY TERBARU DI BAWAH POST INI**


Kali aku sempat mencuri sedikit masa yang ada untuk buat contest untuk korang dan seperti sebelum ni, hadiah adalah tajaan DropletHouse. Kali ada hadiah handbag. Jadi, boleh la pilih nak baju atau handbag.

Hadiah-Hadiah:

1) Tempat pertama: Pakaian Tajaan DROPLET HOUSE + Topup RM10 + Bloglist
2) Tempat kedua : Pakaian Tajaan DROPLET HOUSE + Bloglist
3) Tempat ketiga : Topup RM10 + Bloglist

Syarat untuk hadiah:

1) Hadiah akan diberikan berdasarkan pilihan korang. Jadi, korang kena pergi page facebook DROPLET HOUSE dulu (Klik SINI), pastu LIKE page tu >> masuk dalam photo diorang, cari album "Shafmechy Raya Contest Prize!!!", korang like la mana-mana baju yang menjadi pilihan hati korang. Copy gambar tu dan letakkan dalam entry korang.

2) Untuk yang tiada facebook, boleh follow blog DROPLET HOUSE. Klik SINI.

3) Untuk peserta lelaki, korang bleh la hadiahkan untuk gf ke adik ke, kakak ke, atau sesapa saje...



Cara-cara untuk join:

1) Buat satu entry bertajuk: CONTEST HARI RAYA (Tajaan DropletHouse)
2) Letak banner kat atas tu dan link kan ke entry ini
3) Letak gambar sambutan hari raya bersama keluarga korang. Tahun bila punya gambar pun takpe. Gambar paling yang paling menonjolkan kemeriahan hari raya bersama keluarga. Cerita la sikit dalam 2 3 ayat.
4) Tag 3 orang rakan dan pastikan mereka tahu.
5) Letak juga gambar baju/handbag yang korang nak dan link ke facebook DROPLET HOUSE.

Kalau ada yang belum faham, boleh tengok contoh entry contest sebelum ni, cuma korang kena ubah tajuk contest dan gambar-gambar je la, cara nak buat entry tetap sama. bleh klik SINI untuk tgk contoh entry contest sebelum ni.


Tarikh Tutup: 9 September 2011 (Selasa), 11.59 malam. 

P/S: Kalau nak join, tinggalkan link entry anda di ruangan komen di bawah ye. Jangan letak link kt page DropletHouse, nnt aku tak tahu.

Monday, September 5, 2011

Kalau nak tegur, biar dengan elok

pic: google

Pertama kali, aku nak ucapkan selamat hari raya walaupun dah seminggu kita beraya. Minta maaf jika ada aku sakiti hati sesiapa. Dah lama aku tak update blog ni, tak sempat dek kesibukan kerja dan persiapan hari raya, lepas tu beraya pulak, catering kenduri kahwin lagi..Mungkin minggu depan bila dah mula kuliah, boleh la update selalu.

Berbalik kepada tajuk entry ni. Tentang teguran. Aku memang tak kisah orang nak tegur aku dan aku rasa kebanyakkan orang tak kisah untuk ditegur, selagi orang yang menegur itu menggunakan bahasa dan nada yang elok.

Alkisah terjadi semalam, pukul 11 malam. Aku diajak untuk bermain futsal disebuah gelanggang futsal terbuka kat sebuah taman. Bila kami tengah pakai kasut, ready nak main, datang seorang pak cik ni, berjubah, berjanggut, nampak macam elok budi pekerti.

"Ampa baru nak main ka dah abis main?"

"Kami baru ja nak main"

Aku ingat dia datang nak sembang..dengan nada kasar dan muka yang bengis, dia berkata lagi:

"Sini peraturan lepas pukul 11 malam tak bleh main"

Kami tercengang. Sebelum ni orang lain main sampai kul 1 pagi, 2 pagi, ok ja..

"Kami main kejap ja pak cik"

"Kejap pun, peraturan tetap peraturan la, memang tak boleh dah lepas pukul 11, sapa-sapa pun tak boleh"

"Mana kami tau pak cik"

"Ha, tak tau kena bagi tau la"

"Kami orang luar ni"

"Orang luar ka dalam ka, tak boleh la, ambik mana kunci lampu limpah ni?"

Kami dia ja. Dia tetap berdiri situ. Akhirnya kami mengalah, kami keluar dari gelanggang. Member aku pergi kat pakcik tu, salam dan kata "minta maaf pak cik na, kami memang tak tau"

"Dak, kalau tak tau pun, kena ikut la peraturan, kalau tak ikut memang ampa cari pasal la"

Fuh, tersentap hati dengar nada dia balas member aku minta maaf. Aku panas ja dengar dia cakap, tapi aku jenis bersabar ja. Nasib baik jugak la kami yang datang tu semua baik-baik, tak ada yang mulut jahat, kalau tak, rasanya boleh berlaku pertengkaran tu. Member aku sorang lagi pun minta maaf jugak, tapi dia masih jugak balas dengan dia punya PERATURAN tu.

Member aku yang minta maaf mula-mula tadi, dah tak tahan, dia perli secara halus, "kalau peraturan macam tu, patut letak signboard la besar-besar bagi orang nampak, ni tak da apa pun"..pak cik tu buat taktau ja, dia dok menjawab dengan peraturan dia jugak..

Aku faham, kawasan taman, mungkin orang nak tidur, dia takut kami buat bising ke apa ke. Mungkin juga orang-orang yang datang bermain hari-hari sebelum tu buat bising tengah-tengah malam. Kami faham, sebab tu kami mengalah dan minta maaf.

Tak boleh ke dia datang bagi salam lepas tu cakap elok-elok "Adik, taman ni dah buat peraturan, pukul 11 malam tak boleh main dah, pak cik bukan apa, pak cik ditugaskan utk bagitau adik macam tu, minta maaf la, pakcik takbleh bagi adik main, adik datang lain kali la sebelum pukul 11.."

Kalau macam tu kan sejuk hati kami dengar. Kalau tak berkesan cara tu, baru la guna cara kasar. Jadi, korang pun kena la beringat, orang yang kita nak tegur pun ada hati, ada perasaan, tegur dengan cara elok, dia nak terima cara mana, terpulang.