Sunday, December 26, 2010

Telemarketing


"Hello, ini Encik Shafiq ke? sy Mia dari ETIQA Maybank. Untuk makluman encik, encik telah terpilih sebagai pelanggan bertuah kami utk program penghargaan pelanggan...bla..bla..bla..." Korang pernah dgr dialog lebih kurang macam tadi tak? Penah dapat panggilan tu? Tak kisah la dari mana agensi pun. Itu la org panggil telemarketing. Diorg jual something melalui panggilan telefon. Kalau kes aku ni, diorg jual insurans la. Mula-mula aku dh igt aku menang pertandingan apa-apa dari Maybank, sronok la aku, pastu dia sebut ETIQA, alahai, insurans la ni..then, dia cakap hanya beberapa org pelanggan saja dpt promosi ni...murah..katanya. Okey, untuk yang tak tahu lagi, panggilan macam ni akan dirakam sebagai bukti atau rujukan la kot. Telemarketing ni tak salah, cuma aku rasa macam agak bahaya la sebab tak ada bukti hitam putih. Diorg ada bukti rakaman, kita apa bukti yang ada. Aku buat entry ni sebab aku dh kena. Diorg call aku, cakap-cakap, aku pun faham la sikit...dia tawar kat aku pakej RM32.70 kot kalau tak silap. Mulanya aku gtau nnt aku nk fikir dulu, maklum la student bukan mampu..tp dia cakap ni bkn promotion, tp tawaran utk kali ni ja. Aku ni kalau org push-push mcm ni aku lemah sikit, aku tak pandai nak reject...Aku fikir bleh la, aku pun slalu accident..hehe..aku terima, dia cakap dalam 14 hari bekerja aku akan dapat template ke apa tah, diorg akan hantar, suma info ada kat situ, tp dh sebulan lebih tak dapat pun. Bukan aku sorg, byk lg jadi mcm aku. So, andai kata aku accident, cmna aku nk claim? sedangkan aku tak ada bukti. Aku tak nak la kata benda ni fraud or scam. Cuma kita fikir la baik buruk. Haa, lupa nak gtau, diorg akan autodebit dari akaun bank kita jika kita kata YA ata YES. So, skrang diorg tgh autodebit dr akaun aku setiap 15hb. Waa...abis duit aku.

Nak call diorg utk tamatkan servis tu pun nombor diorg aku dh tak da. Kalau sapa yang jadi mcm aku, nak hentikan autodebit tu, kosongkan akaun je pada 15hb, hujung bulan dan awal bulan. Tu time diorg autodebit, 3 kali diorg gagal diorg akan call kite. Time tu gtau la nk terminate servis. Aku punya akaun mmg xde duit, sori la nk autodebit byk-byk kali, sekali bleh la..hehe. Pengajarannya, jgn jadi macam aku mudah termakan promosi..haha..kena TEGAS! Jgn salahkan mereka yg call, itu cuma pekerjaan mereka.

9 comments:

Pja Ismail said...

er boleh ke? kang tak psl2 nama blacklist dr maybank pulak jenuh.

shafmechy said...

nope, tu under etiqa, klu u contact maybank tnya pasal tu pun, diorg akan cakap tu bukan under diorg.

ultimatebot said...

kahkahkah!! aku baru je 5 minit yang lepas dapat panggilan ni.. tp aku tak pasti agensi mane.. tp mmg lebih kurang mcm tu la.. panjang lebar gak dia borak2.. aku just "humm humm" kan aje.. lepas dah 4 perenggan dia ckp, aku rasa malas dah nak dengar, aku terus cakap "takpe lah, saya tak berminat" pastu dia tanya sebab.. "saya xtau, saya x suka kot".. hahah.. pastu dia ckp aku ni jenis yg redha la konon nye.. pastu ckp pasal islam menggalakkan simpan duit, etc2.. dan dia doakan aku selamat.. hahaha~ happy ending for me.. not for them.. btw.. nice article :D

al-bidadaristory said...

sy bru kne tdi.. cari2 kat google jmpe owner blog ni cite exactly yg mcm sy kne..
makne nyer da lme gler la kan..
aduy.. japgi kne kosongkn acc, la..
btw, thnks owner blog nie..
really helpful ;-)

al-bidadaristory said...

sy bru kne tdi,
pastu google psl bende ni t'jumpe blog yg ckp psl maybank pnyer promosi insurance..
rupanyer da lme owner blog ni da kne ye..
hmp.. so, tiap 15hb kne kosongkan acc. la ek.. huhuhu ;(

shafmechy said...

nnt diorg antar surat kita x bayar 3 kali berturut2, pastu dia suruh reply nk end or nk sambung...reply je nk end. =)

Nur Hidayah said...

sy baru kena... tahun 2015. wuuuuu

Tony Stark said...

Ayah sy baru kena.. #jilake menipu orang tu.. ada cara lain selain kosongkan duit dlm account? 23jun15

shafmechy said...

Hidayah: skrang cmna? dh brapa bulan ni...hehe

tony stark: sy pun tak tau sgt cara nk settle, sebab kita memang takde contact diorg,takde hitam putih..office diorg pun kita taktau..tu problem telemarketing ni...pihak bank takkan involve