Wednesday, December 28, 2011

Perut Punya Pasal

Salam untuk semua pembaca blog aku. Dah lama benar aku tinggal blog ni kan. Agaknya, hampir 3 bulan kot. Buat pengetahuan korang, aku bukanlah pandai sangat nak mengarang ayat macam blogger lain, cara aku blogging: perlukan masa yang betul-betul lapang. TAPI, semester baru aku ni, aku gagal cari masa yang betul-betul lapang, dah habis semester ni, baru la okay. Sementara nak tunggu paper final, boleh la aku sambung ber-blogging, Insyallah.

Berbalik kepada tajuk post aku. Study week aku bermula 24hb Disember, 4 hari yang lepas, dan paper final pertama aku pada 6hb Januari 2012. Lambat lagi, aku plan nak balik kampung sekejap. Beli tiket Sabtu pagi. Apa yang merisaukan aku adalah entry INI. Aku malas sikit nak balik malam, sebab tu aku pilih pagi, lagipun tiket malam dah habis.

Dah baca entry tu? Malas baca? Takpe, aku ringkaskan. perut aku ni, selalu sakit, selalu buat hal terutamanya bila nak naik bas di pagi hari. Selama ni aku boleh survive bila perut aku buat hal. Kali ni, seperti yang aku risaukan, bangun je pagi, perut aku dah terasa sakit..sakit angin dalam perut. So, pagi tu aku habiskan masa 30 minit dalam toilet, takde kesan sebab hanya ada angin, masih lagi sakit. Aku terpaksa tahan sampai ke stesen bas, niatnya nak guna tandas di situ.

Tetapi, alangkah 'sedihnya' aku, tandas semua penuh, dan lebih 'menyedihkan', tandas yang penuh tu juga digunakan oleh orang yang sakit perut. Jadi, memang lama la kena tunggu. Aku tunggu sampai pukul 9 pagi lebih, diorang tak keluar lagi dari tandas, perut aku dah tak tahan, bas pulak memanggil-manggil "panggilan terakhir untuk Shah Alam Kangar, bas bernombor W** 8**3"..Seriously, kalau aku naik jugak bas tu, memang berbau la bas tu..

Aku pergi cari tandas kat stesen minyak..pun penuh jugak, aku tunggu je la..ringkaskan cerita..settle semua urusan dalam pukul 9.20 pagi..tiket pukul 9.00 pagi..Bas TRANSNASIONAL ni selalu on time, paling lama diorang tunggu pun 5 minit je ikut pengalaman aku la, sesekali ja lambat. Aku dah 20 minit lewat, aku lalu kat stesen bas tu, bas ke Kangar dah takde..Lepas ni, memang aku tak nak balik pagi..rugi RM 49. Tak balik kampung aku.



Wednesday, September 14, 2011

Pemenang Contest

Sekali saya memohon maaf kerana kelewatan update keputusan contest. Masih lagi sibuk dengan tugas persatuan dan lain-lain hal, biasa la, awal semester.

Straight to the point. Aku terus umumkan nama pemenang yang baru aku dapat dari juri tadi:

Tempat pertama: http://norhafeezah.blogspot.com/2011/08/contest-hari-raya-tajaan-droplethouse.html

Tempat kedua: http://fiqrakendet.blogspot.com/2011/09/contest-hari-raya-tajaan-droplethouse.html

Tempat ketiga: http://idupseorangnoyis.blogspot.com/2011/08/contest-hari-raya-tajaan-droplethouse.html

Mungkin ada yang tak tau aku buat contest, peserta yang join sikit ja sebab aku tak sempat nak promote contest ni, tak sempat nak blogwalking.

Apapun, tahniah kepada yang berjaya menambat hati juri.

Friday, September 9, 2011

CONTEST: HARI RAYA (tajaan DropletHouse)

**INI ADALAH STICKY POST - AKAN MELEKAT SAMPAI 9 SEPTEMBER 2011, ENTRY TERBARU DI BAWAH POST INI**


Kali aku sempat mencuri sedikit masa yang ada untuk buat contest untuk korang dan seperti sebelum ni, hadiah adalah tajaan DropletHouse. Kali ada hadiah handbag. Jadi, boleh la pilih nak baju atau handbag.

Hadiah-Hadiah:

1) Tempat pertama: Pakaian Tajaan DROPLET HOUSE + Topup RM10 + Bloglist
2) Tempat kedua : Pakaian Tajaan DROPLET HOUSE + Bloglist
3) Tempat ketiga : Topup RM10 + Bloglist

Syarat untuk hadiah:

1) Hadiah akan diberikan berdasarkan pilihan korang. Jadi, korang kena pergi page facebook DROPLET HOUSE dulu (Klik SINI), pastu LIKE page tu >> masuk dalam photo diorang, cari album "Shafmechy Raya Contest Prize!!!", korang like la mana-mana baju yang menjadi pilihan hati korang. Copy gambar tu dan letakkan dalam entry korang.

2) Untuk yang tiada facebook, boleh follow blog DROPLET HOUSEKlik SINI.

3) Untuk peserta lelaki, korang bleh la hadiahkan untuk gf ke adik ke, kakak ke, atau sesapa saje...



Cara-cara untuk join:

1) Buat satu entry bertajuk: CONTEST HARI RAYA (Tajaan DropletHouse)
2) Letak banner kat atas tu dan link kan ke entry ini
3) Letak gambar sambutan hari raya bersama keluarga korang. Tahun bila punya gambar pun takpe. Gambar paling yang paling menonjolkan kemeriahan hari raya bersama keluarga. Cerita la sikit dalam 2 3 ayat.
4) Tag 3 orang rakan dan pastikan mereka tahu.
5) Letak juga gambar baju/handbag yang korang nak dan link ke facebook DROPLET HOUSE.

Kalau ada yang belum faham, boleh tengok contoh entry contest sebelum ni, cuma korang kena ubah tajuk contest dan gambar-gambar je la, cara nak buat entry tetap sama. bleh klik SINI untuk tgk contoh entry contest sebelum ni.


Tarikh Tutup: 9 September 2011 (Selasa), 11.59 malam. 

P/S: Kalau nak join, tinggalkan link entry anda di ruangan komen di bawah ye. Jangan letak link kt page DropletHouse, nnt aku tak tahu.

Monday, September 5, 2011

Kalau nak tegur, biar dengan elok

pic: google

Pertama kali, aku nak ucapkan selamat hari raya walaupun dah seminggu kita beraya. Minta maaf jika ada aku sakiti hati sesiapa. Dah lama aku tak update blog ni, tak sempat dek kesibukan kerja dan persiapan hari raya, lepas tu beraya pulak, catering kenduri kahwin lagi..Mungkin minggu depan bila dah mula kuliah, boleh la update selalu.

Berbalik kepada tajuk entry ni. Tentang teguran. Aku memang tak kisah orang nak tegur aku dan aku rasa kebanyakkan orang tak kisah untuk ditegur, selagi orang yang menegur itu menggunakan bahasa dan nada yang elok.

Alkisah terjadi semalam, pukul 11 malam. Aku diajak untuk bermain futsal disebuah gelanggang futsal terbuka kat sebuah taman. Bila kami tengah pakai kasut, ready nak main, datang seorang pak cik ni, berjubah, berjanggut, nampak macam elok budi pekerti.

"Ampa baru nak main ka dah abis main?"

"Kami baru ja nak main"

Aku ingat dia datang nak sembang..dengan nada kasar dan muka yang bengis, dia berkata lagi:

"Sini peraturan lepas pukul 11 malam tak bleh main"

Kami tercengang. Sebelum ni orang lain main sampai kul 1 pagi, 2 pagi, ok ja..

"Kami main kejap ja pak cik"

"Kejap pun, peraturan tetap peraturan la, memang tak boleh dah lepas pukul 11, sapa-sapa pun tak boleh"

"Mana kami tau pak cik"

"Ha, tak tau kena bagi tau la"

"Kami orang luar ni"

"Orang luar ka dalam ka, tak boleh la, ambik mana kunci lampu limpah ni?"

Kami dia ja. Dia tetap berdiri situ. Akhirnya kami mengalah, kami keluar dari gelanggang. Member aku pergi kat pakcik tu, salam dan kata "minta maaf pak cik na, kami memang tak tau"

"Dak, kalau tak tau pun, kena ikut la peraturan, kalau tak ikut memang ampa cari pasal la"

Fuh, tersentap hati dengar nada dia balas member aku minta maaf. Aku panas ja dengar dia cakap, tapi aku jenis bersabar ja. Nasib baik jugak la kami yang datang tu semua baik-baik, tak ada yang mulut jahat, kalau tak, rasanya boleh berlaku pertengkaran tu. Member aku sorang lagi pun minta maaf jugak, tapi dia masih jugak balas dengan dia punya PERATURAN tu.

Member aku yang minta maaf mula-mula tadi, dah tak tahan, dia perli secara halus, "kalau peraturan macam tu, patut letak signboard la besar-besar bagi orang nampak, ni tak da apa pun"..pak cik tu buat taktau ja, dia dok menjawab dengan peraturan dia jugak..

Aku faham, kawasan taman, mungkin orang nak tidur, dia takut kami buat bising ke apa ke. Mungkin juga orang-orang yang datang bermain hari-hari sebelum tu buat bising tengah-tengah malam. Kami faham, sebab tu kami mengalah dan minta maaf.

Tak boleh ke dia datang bagi salam lepas tu cakap elok-elok "Adik, taman ni dah buat peraturan, pukul 11 malam tak boleh main dah, pak cik bukan apa, pak cik ditugaskan utk bagitau adik macam tu, minta maaf la, pakcik takbleh bagi adik main, adik datang lain kali la sebelum pukul 11.."

Kalau macam tu kan sejuk hati kami dengar. Kalau tak berkesan cara tu, baru la guna cara kasar. Jadi, korang pun kena la beringat, orang yang kita nak tegur pun ada hati, ada perasaan, tegur dengan cara elok, dia nak terima cara mana, terpulang.


Thursday, August 25, 2011

Bahaya Kad Debit Hilang

pic: google

Kad apa yang hilang tu? Ya, seperti dalam gambar, kad maybank aku hilang. Yang peliknya, minggu lepas aku baru lepas guna untuk deposit, pastu aku simpan dalam dompet, dan tak guna dah sampai la semalam. Semangat bangun awal pergi bandar nak deposit gaji (aku dapat gaji hari-hari), tapi bila sampai ja kat mesin deposit tu, aku cari kad dalam dompet tak jumpa. Kad bank lain ada, maybank ja hilang.

Habis dompet aku geledah, aku call mak aku suruh cari kat rumah, masih jugak tak jumpa. Nak tak nak, aku terpaksa la buat lain kad tu. Kad debit jangan buat main-main kalau hilang, kena cepat-cepat ganti baru. Rupanya, ada hikmah jugak kad aku tu hilang. Allah Maha Besar. Kerani guna IC aku check, dia cakap takda pun akaun aku, pastu dia mintak no akaun, rupanya, no IC aku selama ni salah, diorang buat 8602**-**-****...sepatutnya 8902**. Alhamdulillah.

Boleh ja kalau tak guna kad, tekan ja nombor akaun aku. Tapi, aku perlukan kad tu sebab aku nak guna fungsi debit yang ada pada kad tu. Oleh itu, aku memerlukan nombor kad kat depan tu, dan 3 angka security kat belakang kad tu. Memang bahaya la kalau kad tu dapat kat orang lain tanpa kita tak sedar. Senang-senang ja dia terus ambil duit dari akaun kita. Jadi, kalau sesiapa yang ada kad debit tu, hati-hati, hilang je terus report kat bank, jangan tunggu lama-lama. Aku punya kes ok lagi, sebab dalam akaun ada RM16 ja sebelum deposit gaji.


Tuesday, August 23, 2011

Jangan Guna Petrol Nyalakan Api

pic: google

Rasanya, semua orang tau kan petrol itu merupakan bahan bakar yang sememangnya sangat mudah terbakar..dan disebabkan pengetahuan itulah, ada segelintir yang mengambil jalan mudah untuk menyalakan sesuatu dengan cepat menggunakan petrol, selalunya bakar sampah, nyalakan arang.

Sebelum ni aku ada cerita yang aku kerja kat bazar kangar, tapi aku dah dipindahkan ke cawangan depan sekolah menegah lama aku. Tapi, aku berbuka puasa kat bazar kangar sekali dengan bos. Semalam, bila aku tiba kat gerai bos aku tu, aku nampak la sehelai baju bekas terbakar. Aku ingatkan gerai sebelah tu gunakan baju tu untuk nyalakan arang, diorang jual ayam panggang.

Rupanya, baju tu adalah kepunyaan pak cik yang bertugas untuk nyalakan arang, dia gunakan petrol. Api sambar separuh badan dia, sekarang dia di wad, diletakkan dalam bilik kaca, makan pun disuap. Sebelum ni masa aku masih kerja kat situ, dia guna getah ja nyalakan arang tu, tapi lambat la.

Petrol sangat cepat meruap ke udara, sebab tu la api akan cepat menyambar mana-mana tempat yang kena wap petrol tu. Jadi, jangan la korang sesekali terfikir nak guna petrol untuk nyalakan api, mungkin korang kata, "eleh, aku tau nak elakkan dari disambar"...tapi malang tak berbau, benda yang bahaya kena elakkan. Tambah-tambah nak dekat raya.  Aku doakan semua selamat.


Saturday, August 20, 2011

Mengidam caramel pulak

Lama sangat aku tak update blog ni..seminggu dah..minggu ni aku tidur kat rumah member baik aku, mak dia ke Sarawak, dia ajak la aku tidur rumah, lagi pun kalau cuti panjang ja, at least satu malam aku akan tidur rumah dia..mintak maaf kepada yang aku tak sempat balas jejak, bukak blog pun jarang minggu ni.

Petang semalam masa kat bazar, tetiba mengidam 'caramel', macam orang mengandung lak dok mengidam..ada orang jual, tapi mahal, mahal aku tak kisah lagi, yang aku kisah, dah la mahal tapi bahagian yang ada telur sikit, tak sedap. Member aku cakap "takpa, balik nanti aku buat untuk hang". Eh, reti ka dia ni buat?

Lepas berbuka, kami terus memulakan 'Operation Caramel'..dia cakap senang ja, 5 biji telur, susu cair,dan 3 1/5 cup gula. Mula-mula campurkan separuh gula, susu cair dan telur,



pastu...sebatikan campuran tadi, guna ja mesin..


Biar ja mesin tu melakukan kerja, sambil tu kita kena hanguskan gula yang separuh lagi tu..


bila gula tu jadi 'brown'. tuangkan dalam satu bekas, dan kemudian tuang pulak sebatian susu + telu tadi...dan akhirnya jadi la macam bawah ni



Err..kami punya gula kurang hangus...sepatutnya warna atas tu warna 'brown' kan...takpa, sekurang-kurangnya, aku dah tau camna nak buat..nanti boleh la aku buat sendiri..memang senang rupanya..Kalau sesapa ada cara yang lagi sedap, boleh la kongsi ngan aku ye.


Sunday, August 14, 2011

Duit Rosak Boleh Tukar

pic: google

Beberapa hari yang lepas, dalam perjalanan menuju ke tempat kerja, aku berhenti untuk mengisi minyak. Aku menghulurkan wang kertas RM5 kat mak cik yang jaga pam minyak tu, tetiba dia cakap "dik, ada yang lain tak, duit koyak ni, takut orang tak mau"..eh..aku tak nampak pun koyak..rupanya ada koyak sikit dalam 5 cm. Kalau semua tempat tak terima duit koyak sikit macam tu, rugi la aku RM5.

Aku pernah terbaca, tapi dah lupa kat mana. Dikatakan, wang kertas selagi kerosakkannya tidak melebihi 1/4 (kalau tak salah) adalah sah diperlakukan. Tapi bila aku 'search' kat bank negara punya website, dapat la sedikit ilmu tentang duit yang kita perlu tahu.

Kalau korang dapat duit yang ada conteng-conteng, jangan terima, mintak tukar, sebabnya kalau kita pergi kat bank, kemungkinan besar bank tak terima, kat kedai-kedai biasa mungkin terima, kalau kedai high standard mungkin tak terima. Jadi hati-hati. Aku pernah jumpa duit kertas, atas duit tu ada nombor telefon..ada jugak yang tulis senarai barang yang nak di beli..macam-macam..kalau kena reject duit tu rugi ja..cari la kertas lain..

Lagi satu, kalau ada duit yang cacat atau rosak (gambar atas) seperti lusuh, reput, kena dakwat ke..korang boleh tukar duit tu kat mana-mana cawangan bank negara. Tetapi, rasanya tak semua jenis kerosakkan boleh ditukar..

Kat tempat kerja aku, banyak gak duit yang rosak, kebanyakkannya terkoyak atau terputus dua duit tu..dan kebanyakkannya juga adalah RM5 yang baru tu..memang cepat rosak duit tu..walaupun kena air tak basah, tak lusuh, tapi mudah reput/rosak/koyak..duit yang lama ok lagi, tapi mudah lusuh pulak...Jadi, pandai-pandai la pastikan duit korang tak rosak ye..

Sumber dari bankinginfo

Friday, August 12, 2011

Hasil lukisan digital guna Adobe

Kebelakangan ni, susah betul aku nak tidur..tadi pun aku tak dapat nak tidur..teringat pulak member aku pernah post satu video, orang tu lukis gambar guna software Adobe Photoshop je..memang cantik macam bawah ni..:

jadi, aku nak try la jugak, teringin..aku habiskan masa sejam lebih..tapi aku memang tak reti la teknik diorang guna, hentam guna teknik sendiri ja...hasilnya macam kat bawah ni:

Tak menjadi kan?..Mula-mula aku nak ambil gambar artis, tapi susah la, banyak sangat kombinasi warna..aku cari gambar yang senang-senang sikit, jumpa la gambar kawan aku ni..:


Jangan gelak..ni percubaan pertama..nanti bila free aku nak cuba buat lagi, nak belajar sikit teknik-teknik..seronok jugak belajar benda baru macam ni..korang pun kan ada yang suka sangat doodle, aku lak suka digital painting ni.. ^.^


Wednesday, August 10, 2011

Bahaya Debit ATM Card

pic: google

Bila ternampak handphoe Sony Ericsson W205 adik aku, teringat pulak aku juga pernah memiliki handphone Sony Ericsson jenis yang flip, kalau tak silap model W508i lebih kurang macam gambar bawah ni:

pic: google

Tak berniat pun sebenarnya untuk aku beli handphone tu..masa tu aku masih lagi menuntut kat UiTM Penang dalam diploma. Aku bukannya tak minta Sony, tambah-tambah lagi model flip macam tu, kalau aku nak tukar handphone pun, aku akan cari Nokia (tapi sekarang target smartphone)...Hairan tak macam mana aku boleh pergi beli handphone tu?

Masa aku jalan-jalan kat Megamall Penang tu, aku suka tengok handphone kat tingkat 1 (kalau tak silap)..ada aku singgah satu kiosk ni, dia promote kaw-kaw handphone yang dia ada..dah tu promote harga semua harga seribu ke atas..tanya aku budget brapa, aku tipu cakap bawah seribu..

Masa tu la bawak kuar handphone sony tu, buka plastik apa suma tunjuk kat aku..punya lama dia tunjuk sana tunjuk sini, dia canang kehebatan handphone tu..last skali bila tnya aku nak beli ke tak, aku guna skill reject aku yang selalu aku guna "takda duit lagi dalam dompet, nak cari ATM nak bawak kuar duit dulu". Nak tak nak diorang takleh kata apa la kan..tapi kali ni tak menjadi..

Tauke tu cakap, "takpa, sekarang zaman maju maaa, kita boleh tolak terus dari you punya ATM card, takpayah pegi itu ATM"...dalam fikiran aku teringat Maybank dan CIMB ja yang boleh buat camtu..aku punya BankIslam..aku bagi la alasan "saya punya BankIslam, tak boleh kot"...tauke tu lak excited "takpa takpa, mari kita try dulu tengok, mana kad ATM"...

Dengan senangnya aku bagi kad ATM aku, yela..aku ingat dia nak try boleh ke tak..dia suruh tekan nombor pin, pastu kuar resit...RM750...what the...Selamba ja kata "Ok settle, ini you punya handset, waranty satu tahun, Thank you ya..." Aku blank terus waktu tu, taktau nak kata apa..nak marah pun, aku bagi kad dan aku sendiri tekan no pin...salah aku jugak..terpaksa terima la..

Tapi aku guna dua bulan ja, lepas tu aku jual kat mudah.com.my dalam RM650, jual sebab tak best guna, tak banyak application..kalau muzik best la, sebab tu khas untuk muzik...dapat RM650 tambah lagi sikit duit aku beli handset Nokia 6220 Classic, sampai sekarang aku guna: 

pic: google

Dalam zaman yang semakin maju ni, kita memang kena sentiasa hati-hati la bila bab-bab duit ni..jadi macam aku ok lagi sebab dapat jugak benda, ada setengah kes, diorang guna RM100 lebih, bayar guna kad, sedar-sedar ja ditolak RM2000..orang nak ambik kesempatan kat kita senang..yang merananya kita.


Saturday, August 6, 2011

Sejarah Bazar Ramadan Sekolah Aku

pic: google

Hari ni aku cuti, jadi ada la masa nak update blog...sebelum ni punya susah nak curi masa..kekadang ada masa, tapi badan lak letih..terus hilang idea untuk menaip..

Setiap kali aku pergi kerja, aku akan lalu depan sekolah lama aku iaitu Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Behor Pulai, Perlis. Agak terkejut aku bila ternampak gerai-gerai di kiri kanan pintu sekolah tu..teringat masa mula-mula sekali terpaksa berpuasa disekolah, masa tu rasanya aku tingkatan 3 kot..takpun tingkatan 4..aku pun dah lupa, dah lebih 6 tahun memori ni.

Tinggal kat asrama, kena makan je la apa yang dewan makan sediakan, aku ni pulak, kekadang tak makan ikan 'jaket' yang dewan makan buat tu...masa tu ada la dua buah gerai tepi jalan, satu depan pagar jual kuih kalau tak silap, satu lagi yang jual lauk pauk ada di seberang jalan...target kami mesti la yang jual lauk pauk kan..

Pengetua benarkan kami untuk keluar beli kat gerai atau kedai makan tepi sekolah tu..tapi dia pening kepala bila pelajar melintas ke seberang sebab nak beli lauk pauk..dengan senangnya, dia arah gerai yang jual tepi jalan, berpindah ke depan sekolah kami supaya pelajar tak perlu lintas jalan...bermula dari situ, tahun berikutnya, bertambah lagi la gerai kat situ..masa aku tingkatan 5, memang banyak dah gerai sebelah kiri pintu sekolah..rambang mata nak membeli..

Tapi sekarang lagi best junior-junior aku tu..bukan setakat kiri sekolah...sebelah kanan pun banyak gerai sepanjang jalan sampai ke masjid..nak makan apa semua ada..dah jadi macam bazar ramadan mini dah aku tengok, bukan setakat pelajar ja, guru-guru dan orang yang lalu kat jalan tu akan singgah jugak, memang laku la kat situ, sebab tu makin banyak gerai..

Rindu la pulak kan zaman sekolah dulu walaupun terpaksa menderita macam-macam peraturan..hehe

Segmen cx's: Geng UiTM By Campus


Hari aku nak join segmen cx pulak..sebab aku nak tau gak sapa lagi yg satu uitm ngan aku, lagi bagus kalau satu cos..

- UiTM Shah Alam, Selangor
- Degree in Mechanical Engineering
- Part 5 (next September 2011)

Sesapa yang dari uitm nak join, klik banner atas tu.

Friday, August 5, 2011

Segmen: Memori Ramadhan by Sakura


Dah lama aku tengok segmen Sakura ni, nak join tapi masa dan tenaga tak mengizinkan..hari Jumaat ni, sementara tunggu sembahyang Jumaat, aku sekali lagi berjaya mencuri masa yang ada..Kalau nak join, klik banner atas tu.

Aku juga mula belajar berpuasa dari tadika. Suruh mak gerak sahur, tapi kadang-kadang ja bangun, kadang-kadang malas nak bangun. Kat tadika masing-masing tunjuk hebat "weh, aku posa tau hari ni"...Tapi bila balik rumah, buka peti ais, nampak ja buah tembikai, terus buat ayat kat mak "mak, cukup dah kot separuh hari...letih la...nampak ada buah tembikai dalam peti ais tu..." Mak aku memang faham la motif ayat macam tu.

Darjah satu aku mula berpuasa penuh, tapi ada gak dalam 2 3 kali aku buat nakal...time mandi ja, aku mandi sambil berkumur pastu bagi tertelan air..."opss...tertelan air, takpa, kalau tak sengaja..." pandai lak hasut diri sendiri kan...kadang-kadang bila tak tahan sangat, mintak jugak kat mak nak buka, tapi mak tak bagi "tahan la, brapa jam ja lagi nak buka posa, bukan lama pun"...last-last, aku kumpul air liur dalam mulut telan..tapi tak effective pun, takda kesan...

Itu la sedikit sebanyak yang aku ingat posa zaman kanak-kanak aku.

Monday, August 1, 2011

Musim menuai


Pertama kali aku nak ucapkan selamat berpuasa untuk rakan-rakan blogger dan pembaca semua. Jadikan Ramadhan kali ni lebih baik dari Ramadhan sebelumnya, banyakkan lagi ibadat kita untuk kali ni.

Seiring dengan kedatangan Ramadhan, kat kawasan kampung aku juga sudah mula musim menuai. Mungkin kat tempat dah lama bermula, dan mungkin jugak belum bermula. Alhamdulillah, semua ni rezeki untuk semua pesawah bagi persediaan bulan Ramadhan dan jugak Hari Raya yang bakal menjelma.

Gambar kat atas tu adalah jentera penuai padi atau jentera sawah padi atau apa-apa ja la yang korang panggil, aku panggil jentera tu 'mesin padi'. Mesin padi tu 'parking' tepi rumah aku setelah habis menuai sawah tepi rumah aku tu, sawah tu diusahakan oleh bapa saudara aku. Sebelum ni ayah aku pun ada dak buat sawah sebagai part time, tapi memenatkan dan tak sempat nak urus, sibuk dengan kerja sebagai guru.

Masa aku masih kecil lagi, aku ingat aku selalu balik kampung (sekarang ni rumah aku kat situ) dan tolong arwah datuk aku benih padi, letak benih padi dalam bekas kecil, ambil segenggam dan tabur..dalam dua tiga tahun lepas tu, datuk aku dah tak guna 'manual' dah, guna mesin, mesin tu orang guna untuk menabur benih dan baja. Sedih aku tak boleh nak tolong.

Bila tiba musim menuai pulak, aku sebagai seorang kanak-kanak waktu tu, memang cukup suka la tengok mesin padi tu menuai, teringin nak naik..bila padi dalam mesin tu dah penuh, dia akan berhenti untuk transfer ke lori, waktu tu la aku ambik kesempatan, merengek nak naik..walaupun kena marah sebab merengek, dapat jugak la merasa naik.

Itu semua kenangan zaman kanak-kanak. Sekarang ni, tak ramai kanak-kanak yang boleh dapat pengalaman macam tu dah, zaman dah maju kan.

Sunday, July 31, 2011

Patah tumbuh hilang berganti

pic: google

Patah tumbuh hilang berganti, tamat kerja kantin bazaar ramadhan menanti...dah habis dah kerja jumaat lepas,  bos offer kerja untuk bazaar ramadhan pulak..aku ok ja pada mulanya sampai la dia kata "petang ni p cucuk"...aku automatik cakap "tak mau la"...

Aku agak takut bab-bab cucuk ni..bukan sebab tak tahan sakit, tapi rasa mcm ngeri sikit..klu boleh nak elakkan dari rasa dicucuk tu..last kena cucuk mcm malam raya beberapa tahun lepas, masih segar kat ingatan rasa dicucuk tu..tak mau..

Tapi apakan daya, terpaksa jugak..sebelum ni pun sepatutnya aku kena cucuk lama dah, sebab aku kan selalu kerja tempat makan..sesapa yang bekerja kat tempat yang mengedalikan makanan, perlu dicucuk...tapi aku mengelak, bagi alasan kerja tak lama, kejap ja..kali ni tak berjaya nak elak...

Dah la terpaksa cucuk, klinik yang cucuk tu pun ada satu ja dalam Perlis ni..aku pergi situ dalam pukul 4 petang, penuh manusia..masing-masing semua pekerja bazaar..boleh bayangkan, aku daftar pukul 4, selesai semua pukul 7...3 jam kena berdiri menunggu, kerusi tak cukup sebab hari biasa sikit ja orang.

Sampai rumah dalam pukul 8 mlm, pastu member lak ajak main futsal, tak cukup orang katanya..jadi seharian aku keletihan yang amat...faham-faham ja la macam mana kalau letih kan, blog tak dapat perhatian penuh...sesapa orang perlis tu, nanti pergi la beli kat ramadhan Kangar, gerai nombor 5, jual nasi campur kalau tak silap aku. Mai jangan tak mai.

Tuesday, July 26, 2011

Pengalaman setakat seminggu bekerja

pic: google

Pertama kali, aku mintak maaf, aku jarang terjah blog korang sekarang ni kan..aku kerja dari pagi sampai petang ja, tapi balik dari kerja aku terus tidur, malamnya kalau takda hal, baru la aku blogwalking..betul cakap orang, bila kerja ni, bila penat, nak update blog entry yang simple pun rasa mcm letih pelik, padahal taip ja pun kan...

Untuk yang taktau, aku kerja kat kantin sebuah sekolah menengah, mula-mula kerja, biasa ja..sebagai pembantu am, aku buat apa saja kerja yang ada, kecuali memasak dengan bancuh air ja aku tak pernah buat lagi. Budak-budak memang perangai tak boleh dibendung, beli makanan tak nak beratur, pastu tak puas hati sebab lama dah tunggu tak dapat. Yang curi lauk, yang ambil tak bayar..semua jenis perangai ada.

Tapi bukan budak-budak saja, cikgu pun ada jugak, tapi tak tunjuk sangat perangai tu, kena jaga maruah jugak. Hari ni aku dapat kesan dua jenis perangai, sorang lelaki, sorang lagi perempuan. Pagi tadi, masa cikgu perempuan tu nak bayar makanan dia beli, cikgu-cikgu ni kena tunjuk dulu diorang makan apa. Dia datang dengan sorang lagi kawan dia, kawan dia ambil mee, dia pun ambil mee tapi sedikit sikit berbanding kawan dia, dan dia tambah bilis. Aku bagitau la setiap orang harga RM1, bleh lak dia kata "aik, mee saya sikit dari dia pun seringgit gak..aa, takpa la"..aku pun kata la " tu ada bilis"....dalam hati aku "ingat free ka ikan bilis"

Yang lelaki pulak dia datang, tunjuk hanya ada mee sikit, nasi goreng sikit, campur-campur..tapi bawah mee tu aku nampak macam ada sesuatu, aku tak syak apa la mula-mula, takkan orang yang dah bekerja nak buat camtu. Lepas tu aku pergi hantar air kat meja dia, aku nampak telur rebus dalam pinggan dia..jadi, memang betul la apa aku nampak..tapi, aku tak rasa dia nak sembunyikan, mungking dia tak perasan yang dia tertimbus telur tu kot, sebab berapa puluh sen je telur rebus separuh. Think positive.

Saturday, July 23, 2011

Aku pernah bertengkar dengan pensyarah

pic: google

Aku ni jenis yang susah nak bertengar atau marah dengan orang yang aku tak kenal, kalau dengan adik-adik lain cerita la..kena jadi abang yang garang. Kalau orang yang aku tak rapat buat aku marah, aku selalunya hanya akan marah dalam hati, buat apa nak kecoh-kecoh bertengkar dengan orang tu, apa pun tak dapat, lagi sakit hati ada la. Aku hanya diam, biar ja dia nak buat apa pun.

Tapi, aku juga insan yang lemah, sesekali akan meletus jugak marah aku kat mulut. Yang segar dalam ingatan aku adalah pertengkaran pendek aku dengan lecturer English aku masa diploma dulu. Masa tu aku part 3, kami kena buat mid-term paper, macam satu report tentang topik yang kami pilih. Aku pilih topik tentang "personal health". Kali pertama, kami kena hantar 'first draft', lect. akan semak dan beri markah. Aku dapat 3/10 ja, dan atas kertas aku dia tulis plagiarism. Dia kata aku copy sebab ayat terlalu sempurna. Ok, takpa aku sabar.

Untuk draft kedua, aku habiskan sehari suntuk, research kat internet dan buat ayat aku sendiri. Bila hantar, dapat markah 2/10 sedangkan aku takda satu pun perkataan yang salah. Aku tanya dia sebab apa, selamba ja dia cakap aku copy 

"I know you copy, that sentences too perfect for you as uitm student"..menyirap darah aku dengar, bayangkan aku yang tak pernah cakap dalam kelas, aku balas balik kat dia nada sederhana

 "is being too perfect is a crime?".....

"No, it is not"...

"Then why you said i'm copy?"....

"Are you angry at me?"....

"Of course I am, I spend whole day to make this"...

"You go and look at your friend that got highest"...kami lawan bertengkar dalam English, semua member aku terkejut tengok.

lepas aku tengok hasil kerja member aku yang dapat 8/10...penuh dengan kesalahan..lagi la aku geram, kalau macam tu baik aku buat bagi salah ja semua. Tapi, aku cuba tenangkan hati, dalam 10 minit bila hati aku dah sejuk, aku buat macam takda apa, aku pergi tanya dia kat depan kelas, dia pun explain betul-betul detail. Akhirnya baru aku faham, untuk tugasan yang dia bagi, segala fakta yang ada dalam report kami mesti kena ada rujukan walaupun ayat sendiri, istilahnya "citation"..kalau takda tu, kita dianggap mencuri hak cipta orang atau "plagiarism"..

Salah aku yang bertanya dan salah faham, atau salah pensyarah aku tak terangkan dengan jelas bila aku tanya? Tak kisah siapa pun yang salah, dari kejadian tu, aku dapat pengajaran. Walau macam mana pun kita marah, kita kena pastikan betul-betul yang marah kita tu bertempat, jangan marah disebabkan salah faham. Sebaik-baiknya, jangan marah, kena belajar bersabar. Dari kejadian tu jugak la, sem yang lepas kena buat perkara yang sama, report tu, dah tak jadi masalah untuk aku buat citation tu.

Tuesday, July 19, 2011

Entry pendek: Pucuk dicita ulam mendatang

Tau tak apa maksudnya? Untuk yang dah lupa, maksudnya: mendapat sesuatu lebih dari yang diharapkan. Apa kes tiba-tiba aku cakap pasal ni? Geng sekolah menengah aku ajak lawan futsal, antara Perlis dan Kedah, tapi aku memang takda duit sangat..nak tengok Harry Potter pun aku tak lagi nak cari duit mana.

Pagi tadi tengah sedap dibuai mimpi, mak aku kejutkan aku, dia kata ada orang call aku dah 3 kali, aku tak sedar handphone bunyi, sedap tidur katakan..rupanya bos lama aku call, dia mintak tolong dia kat kantin sekolah, tak cukup pekerja. Aku ok ja, alang-alang aku pun takda kerja.

Kerja pun tak teruk mana. Tolong boh nasi, lap meja, jaga kaunter makanan...mula kerja dari kul 7.30 pagi, cuma tadi pkul 9 pagi sebab aku sedar pun pukul 8..habis kerja lak kul 2.45 petang..upah boleh la, diluar jangkaan. Sebab tu tadi aku boleh main futsal, ni pun baru balik. Pendek je entry malam ni, penat. Kalau sempat, aku akan balas balik kunjungan korang, kalau aku tak terlelap awal la, kalau tak, lepas kerja esok la nampaknya.

Monday, July 18, 2011

Bidang Kejuruteraan Mekanikal ni camna ye?

pic: google

Seorang rakan blogger kita Syarifah ada request aku cerita sikit tentang mechanical engineering. Meh nak habaq mai. Ramai yang tak tau mechanical engineering ni macam mana sebenarnya. Masa result SPM keluar beberapa bulan yang lepas, UiTM ada buat Ekspo Selangkah ke UiTM, kat situ pelajar yang baru habis SPM ni boleh tnya apa yang diorang nak tau dan aku salah sorang yang jaga kaunter fakulti aku, Kejuruteraan Mekanikal.

Paling banyak soalan yang diorang tnya kat aku "Kejuruteraan mekanikal ni macam mana?". Aku pun tak tau macam mana masa aku apply dulu, hentam ja janji takda kena hafal, aku tak suka hafal, minat mengira. Bila dah belajar sendiri baru tau macam mana.

Kejuteraan mekanikal ni bukan sekadar bermain dengan enjin, dia punya cabang banyak. Ada automotif, marine, oil-gas, aerospace, pembuatan dan lain-lain lagi la. Sebab tu la orang cakap bidang kerja untuk kejuruteraan mekanikal ni luas. Yang aku ambik sekarang ni pure punya, belajar suma jenis, agak susah sikit. Tapi nanti tahun akhir kena pilih subjek yang lebih spesifik, ke arah mana kita nak, robotik ke, oil-gas ke, bergantung minat masing-masing.

Banyak melibatkan pengiraan dari benda yang statik hingga la benda yang bergerak, melibatkan design, ada jugak kena hafal tapi tak banyak. Elektrik pun ada jugak belajar tapi tak banyak, belajar pun yang asas ja. Sistem air-cond kat bangunan besar macam Jusco, Giant, pastu lif yang korang naik, sistem paip air kat bangunan besar, semua tu bawah kejuruteraan mekanikal..assignment aku kena buat yang tu la, kecuali lif.

Kalau tanya pasal bidang kerja, sangat banyak. Bergantung kepada cabang yang korang pilih. Kalau nak gaji masyuk, ambil la bahagian oil-gas. Kalau nak jadi businessman pun boleh, bukak bengkel kereta, buka yang besar punya la, jangan ingat tauke bengkel pendapatan sikit, banyak tau tauke bengkel kereta ni dapat, tapi kena buka bengkel besar la. Standard gaji permulaan engineer ni aku pun tak pasti, kalau ikut research aku dalam RM2300-RM2700 (lepasan ijazah) untuk syarikat swasta, tak termasuk elaun. Minta maaf kalau salah, aku pun masih belajar kan. Kalau ada nak tau lagi, boleh la tnya.

Sunday, July 17, 2011

Kenal Saudara bau bau bacang anda?

pic: google

Tau tak apa maksud bau bau bacang? Maksudnya ialah tali persaudaraan yang jauh, kalau sepupu tak dikira bau bau bacang sebab tali persaudaraan dekat, kalau cucu cicit sebelah abang datuk kita, yang boleh la kita kata bau bau bacang...berdasarkan apa yang aku faham, kalau aku salah tolong tegur.

Zaman sekarang rasanya tak ramai yang kenal bau bau bacang, tak macam zaman dulu dulu, sejauh mana pun kenal tu saudara..sebab..kalau zaman dulu, rata-rata saudara mara kebanyakkan tinggal satu kampung, boleh dikatakan satu kampung tu sebenarnya terdiri daripada sebuah keluarga yang sangat besar..semua ada talian persaudaraan..tapi sekarang kan masing berhijrah ke bandar, ke tempat lain untuk belajar, bekerja...

Dalam kampung aku, masih lagi ada bau bau bacang yang aku kenal..kalau kat sekolah menengah dulu, aku ada kenal 4 orang bau bau bacang..sorang tu memang kawan aku dari sekolah rendah lagi, memang dah lama kenal dia, Nurul Asma namanya..2 orang lagi muda setahun dari aku, kalau aku jumpa diorang aku usik panggil Mak Ndak dan Mak Long, sebab kalau ikut level, diorang level atas aku, level mak saudara...sorang lagi adik kepada si Mak Long tadi, muda 4 tahun dari aku..

Lagi satu bau bau bacang yang mak aku bagi tau adalah Rita Rudaini:


Masa tengah tengok Mami Jarum, mak aku cakap "tu sedara jauh hg la, Rita Rudaini, yang dok dekat rumah tok ayah mak ngah hang"...mula-mula aku rasa macam mak aku nak bergurau, tapi mana pernah mak aku bergurau macam tu..memang betul mak aku cakap, sebab Nurul Asma yang bau bau bacang merangkap rakan aku sendiri pun ada kata yang mak dia pun bagitau dia macam tu, memang betul memang ada bau bau bacang dengan Rita Rudaini.

Tapi kalau ada sedara bau bau bacang yang jutawan pastu pemurah pulak kan best, kalau raya bleh pergi beraya situ, dapat duit raya banyak, pastu boleh mintak sumbangan sebagai pelajar, pelajar kan memerlukan banyak duit..hehe

Saturday, July 16, 2011

Lapar malam makan karipap

Malam ni tengah kusyuk layan Running Man, game show korea punya..tetiba rasa lapar..mula la nak cari apa yang ada..masuk dapur ja, aku nampak mak aku tengah buat karipap untuk pagi esok..

Aku: "Mak..ada lebih dak?"
Mak: "Bukan mak goreng pun, buat untuk pagi esok ni"
Aku: "tau...tapi...lapaq"
Mak: "ambik la brapa biji, tp masak sendiri"
Aku: "ok"
Aku: "guna belanga (kuali) mana? yang ni?"
Mak: "bukan..yang tu nipis, ambik satu lagi"
Aku: "awat tak bleh nipis?"
Mak: "cepat hangit nanti"
Mak: "boh minyak, bunyi api jgn kuat sgt, minyak suam ja boh"
Aku: "minyak suam tu macam mana? pasaipa x bleh minyak panas?"
Mak: "ish..meh mak buat la...tak reti..."



Sapa tak tension kalau aku banyak soal macam tu, ada saja aku nak tanya..hehe..bukan apa, tak tau kena la tanya kan..tapi last sekali mak aku bagi jugak aku goreng sendiri, aku cuma kena alih-alihkan karipap tu sampai kekuningan tanda dah masak..


Karipap yang mak aku buat memang sedap, terutama intinya..inti ubi kari dicampur hirisan ayam..rasa kari memang terasa ke dalam lidah..aku tak pernah lagi beli karipap inti rasa macam tu, sebab tu aku suka sangat bila mak aku buat karipap ni...sebenarnya mak aku buat jual karipap ni, tapi tak banyak, sikit-sikit je..kat kawasan aku ni kuih macam mak aku buat ni 4 bijik RM1...murah tak?

Friday, July 15, 2011

Motor ooo motor

Siang tadi aku kena ambil adik aku yang darjah satu dari sekolah, dengan muka baru tidur terus ambik kunci motor pergi ambil adik..sampai tengah jalan bila otak dah berfungsi balik baru sedar..helmet lupa pakai..nak patah balik malas dah, lagi pun dalam kampung je (jangan tiru macam aku)..

Bila sampai sekolah adik aku, aku tunggu dalam 5 minit, nampak adik aku keluar..aku pun nak start la motor, tapi aku pelik sebab kaki aku tak dapat jumpa stater tu, bila aku tengok bawah dah jadi macam gambar bawah ni:


Entah bila masa benda tu boleh tercabut...dah macam mana aku nak balik..adik aku kata "takpa, adik balik jalan la"....bukan dekat, jauh jugak rumah aku dari sekolah..aku try masukkan balik besi tu tak boleh..ketat..kena guna benda untuk ketuk..apa pun takda kat area tu untuk ketuk..orang lalu-lalang tengok ja aku..dah patah besi tu rupanya..:


aku try guna kayu, memang tak boleh la..patas terus bila aku pijak...macam-macam hal motor ni buat kat aku, sebelum ni masa aku dah lambat pergi main futsal, ahad yang lepas..bila aku berhenti boh minyak, motor tak bleh dihidupkan..memang lama sangat..aku tolak ke tempat tinggi sikit, pastu aku tolak motor tu turun dari tempat tinggi tu, pada masa motor tu tengah laju turun aku masukkan gear 1..dan enjin pun boleh berjaya dihidupkan...

Tapi kat sekolah adik aku, mana ada tempat tinggi..aku tolak biasa guna kaki tak jadi..kali kedua aku cari tempat yang nampak ada tanah tinggi sikit, asalkan motor aku boleh meluncur tanpa ditolak..yang kedua alhamdulillah, berjaya..adik aku seronok "waa..magic motor hidup".....dengan bangga aku kata "haa...terer dak abg buat silap mata"....sabar je la, motor tu ja yang ada kat rumah aku kat kampung ni..

Thursday, July 14, 2011

Kadar Denyutan Nadi Korg Normal Tak?

pic: google

Masa sekolah rendah dulu, cikgu Pendidikan Jasmani aku ada ajar cara nak dapatkan bacaan denyutan nadi dan berapa denyutan nadi yang normal dalam keadaan rehat. Pastu aku selalu la kira, selalunya aku dapat bacaan dalam 70 lebih per minit..tapi aku pelik bila aku kira nadi ayah aku hanya 45 per minit..

Masa aku kat UiTM Penang dulu, aku aktif main tenpin boling dan hoki..tenpin boling semiggu sekali, hoki pulak tiap-tiap hari aku main..masa tu aku ada gak kira nadi aku, dapat antara 50 hinggga 60 per minit..agak rendah..manusia dewasa yang normal setahu aku dalam keadaan rehat denyutan nadi antara 60-80 per minit...aku tanya la beberapa orang member aku yang ambik medik, kalau denyutan nadi rendah 60 tu cmna, diorang pun tak tau.

Aku takut jugak kalau tak normal atau sakit, aku tanya lagi beberapa orang, salah sorang tu suruh aku search kat google, heart rate..betul jugak, google ada kan..tak terfikir pulak...untuk denyutan bawah 60 digelar bradycardia, dan atas 100 digelar tachycardia...peliknya istilah..bunyi macam penyakit ja kan..

tapi untuk bawah 60, adalah normal kalau kita aktif bersukan atau aktif melakukan aktiviti berat..ada ahli sukan yang denyutan nadi bawah 40 per minit..paling rendah dicatatkan oleh pelumba basikal, Miguel Indurain hanya 28 per minit...rendah sangatkan...kalau ada yang tak aktif bersukan tapi denyutan tadi ketika rehat terlalu rendah atau terlalu tinggi, silalah berjumpa doktor segera..

Siapa tau kenapa kalau kita aktif bersukan, denyutan nadi dalam keadaan rehat boleh jadi lebih rendah berbanding orang lain? Kuiz untuk malam ni..hehe



Wednesday, July 13, 2011

Kerana orang lain aku jadi mangsa

pic: google

Sebagai pelajar, kalau istilah 'assignment' dah menjadi rutin kan. Secara jujurnya, aku seorang pelajar kategori malas. Kalau assignment dah jadi lumrah akan buat 'last minute'. Tetapi, hanya assignment tertentu sahaja, tak semua buat last minute. Kalau yang panjang-panjang, kena buat awal, kena ada pertimbangan jugak. Aku kurang suka kalau assingment secara kumpulan..sebab beberapa kes..

yang pertama terjadi apabila aku diarahkan untuk buat satu piping system untuk 8 tingkat rumah flat. Lecturer suruh buat group 3 org...group aku dapat 4 orang..yang dua orang lagi aku tak kenal pun..semua laki..kelas aku ada dua orang ja perempuan. Biasa la, kejuruteraan mekanikal tak banyak perempuan. Dipendekkan cerita, esok nak hantar, malam ni baru nak jumpa tnya apa yang masing-masing dah buat, bila dah bahagikan tugas, masing-masing buat, dan aku sorang yang settle kan semua sampai pukul 5 pagi, kelas pukul 8.30 pagi.  Yang lain masing dah tidur. Nasib baik aku terbangun, tu pun lewat gak bangun.

Kes pertama aku boleh bersabar, ada jugak salah aku sebab tak paksa diorang siapkan awal-awal, tapi kes kedua paling sakit hati. Group 4 orang jugak, perlu siapkan 'report writing'..masa nak kena submit tu, aku dah pesan kat member group aku yang 2 orang lagi ( girls ), aku cakap paling lewat email kat aku sebelum pukul 12 malam, dan diorang email kat aku pukul 3 pagi, waktu tu aku dah terlelap, aku tunggu email sampai kul 2 pagi...bila bagun, aku check kerja diorang, diorang dah salah format, aku terpaksa edit, pastu print lagi..

disebabkan itu, aku sampai kelas pukul 8.50 pagi..tak pernah aku selewat tu..dan malangnya, hari tu jugak lecturer kelas pagi tu bad mood, bila aku minta senarai kedatangan nak tanda, dia cakap "sapa lewat dikira tak hadir"...tersentap aku, aku lewat orang punya pasal, aku yang tanggung bahana. Aku hanya mampu tersenyum, sebelum dan selepas hari tu, orang lain lewat 30 minit dia tak kata apa pun. Lagi sakit hati bila orang yang bersalah tu buat tak bersalah, boleh pulak dia gelak kat aku. Pastu tnya "dah siap report kita?"

Aku cakap "kau punya pasal aku lewat"..dia hanya tersengih, maaf pun dia tak ucap..nasib baik aku jenis penyabar, kalau dengan orang lain, memang dah lama dia kena..seriously, aku tak expect hal ni boleh terjadi, sebab dia perempuan..tapi marah aku jenis cepat hilang, kalau orang tu cakap baik-baik, hilang la marah aku, tak kira laki ke perempuan.

Pengajaran aku dapat, kalau kena berkumpulan lagi, kena paksa member lain buat awal-awal..tapi kalau kes kedua tadi, paksa pun tak menjadi..nak pilih ahli yang aku kenal pun, bukan semua orang dalam kelas tu aku kenal..ini la ujian yang akan menguji macam mana kita nak selesaikan masalah yang diluar jangkaan. "Think Positive"




Monday, July 11, 2011

Mengorat itu subjektif

pic: google

Kebanyakkan dari kita mesti sedang atau pernah mempunyai pasangan kan. Mengorat dah jadi sesuatu yang mesti kalau kita nak dapatkan sesorang sebagai pasangan, terutamanya kepada lelaki. Kebanyakkan lelaki kena mengorat, kalau tak mengorat kemungkinan besar tak dapat, lain la kalau dah famous, muka pun handsome..

Mengorat menjadi masalah bagi segelintir lelaki. Apa yang aku perhatikan, banyak lelaki yang nak mempunyai pasangan, tetapi tak reti ngorat. Ada pulak yang mana cara dia mengorat menyebabkan perempuan lagi meluat. Ada kenalan aku, asal ada ja perempuan yang dia kenal, tak kira macam mana rupa, mesti dia nak mengorat, taraf desperate orang cakap..aku pernah kata kat dia, "Jangan buat macam desperate sangat, teruk benor aku tengok"..selamba ja dia "memang aku desperate pun"..lantak la kau

Yang aku terkejut, sekali dengan senior kami dia kacau..susah nak dapat girlfriend kalau dia masih macam tu, korang (girls) suka tak kalau sorang lelaki yang korang baru knal sebentar tadi, tetiba kacau korang non-stop, pagi petang malam, pastu hantar pulak mesej jiwang-jiwang dan lain-lain lagi la membuatkan rasa meluat dan tak selesa..rasanya takda sapa pun suka macam tu kan..senior aku ada yang dah block dia kat facebook, tak larat dikacau.

Satu lagi kes, aku kenal biasa-biasa ja mamat ni, apa yang aku tau, dia beli buku "How to takcle a girl"...sesaja beli atau terpaksa beli sebab desperate, itu aku tak tau la...bagi pandangan aku, mengorat ni tak perlu nak teruk-teruk, tak perlu nak bagi hadiah mahal-mahal ke, tak perlu nak kacau tiap-tiap hari konon nak tunjuk kita concern kat dia...

Aku bukan la pakar cinta nak bagi tips mengorat, cuma nak berkongsi apa yang aku dapat lihat..biarlah bermula sebagai sahabat biasa..kenal hati budi masing-masing, kalau padan, kalau masing-masing berkenan, memang berpasangan juga la korang..tak perlu nak beli buku cara mengorat, tak perlu hadiah mahal-mahal, yang penting ikhlas dari hati, sebab mengorat itu subjektif...sayang letaknya pada hati bukan pada barang. 

P/S: terpaksa stop manaip sebab nak tengok Juvana...hehe

Sunday, July 10, 2011

Semakin pandai semakin bodoh?

pic: google

Kesinambungan dari entry lepas, yang lepas tentang salah guna otak yang Tuhan bagi ni, tapi entry kali ni tentang terlebih guna pulak..

Banyak kes orang pandai tapi terjebak dalam kerja-kerja bodoh, contoh macam kes ayah pin, ikut apa yang aku tau, ada pengikut ayah pin yang ada PhD, kerja hebat-hebat..maknanya mereka tu dari golongan yang pandai, tapi kenapa boleh percaya ayah pin..

Charles Darwin tu pun dari golongan yang cerdik pandai, tapi bleh pulak mengeluarkan teori evolusi manusia dari monyet..paling menyedihkan aku, bila kes seorang Dr. ni yang mempersenda hukum hudud potong tangan, dia kata kejam..tahukah bahawa hukum hudud itu dari Allah, bukan manusia yang buat, mempersenda hukum hudud tak ke sama macam mempersenda Allah? fikir-fikirkan...

Mengikut pendapat aku la, segelintir orang yang bijak pandai jadi macam tu sebab mereka rasa diri mereka berada di tahap yang sangat tinggi berbanding orang lain, apa saja yang mereka fikir tu betul, orang akan percaya sebab ada bukti mereka pandai. Apa yang mereka lakukan dikatakan betul, kalau orang biasa nak tegur memang diendahkan sebab ego. Yela, mereka kan pandai, takkan nak ikut cakap orang biasa..

Tapi, memang betul sebenarnya, semakin kita pandai semakin banyak kita belajar, kita akan rasa semakin bodoh diri kita..sebab, bila kita belajar dan belajar, kita dapat lihat bahawa ilmu ni takkan habis, kita dapat lihat bertapa kerdilnya, bertapa sikitnya ilmu yang ada kat dunia, banyak lagi yang manusia tak tau...ilmu yang ada kat dunia ni hanya setitik air dari lautan jika dibanding dengan ilmu Allah swt. Apatah lagi klaau ilmu yang ada kat kita ni..

"The moment that you say you know everything is the moment you are the most stupid person" seorang profesor member aku yang cakap bila ditanya "Sir, you know everything about microspecies?"..

Friday, July 8, 2011

Apabila kebijaksanaan di salah guna

pic: google

Kita tengok dalam dunia kita, banyak kan orang yang pandai yang boleh manfaatkan kepandaian mereka tu untuk perkara yang baik tapi disalah guna untuk kepentingan diri. Selalunya demi duit la. Teringat satu kisah....

Kisah ini terjadi diluar negara, ada beberapa orang sahabat, mereka merancang untuk merompak sebuah bank, bank tu kira hebat jugak la sistem sekuriti, tak boleh rompak cara biasa. Mereka ada sebab untuk target bank tu. Salah seorang daripada mereka kerja kat bank tu.

Yang rakan-rakan lain pulak menyewa sebuah bangunan bertentangan dengan bank tu. Yang bekerja dalam bank tu, tiap-tiap hari akan dapatkan maklumat tentang struktur bank tu, diorang nak plan bangunan bank tu, nak tau kat mana kedudukan bilik kebal, pukul berapa 'guard' tukar shift, dan beberapa kelemahan bank tu.

Yang menyewa bangunan bertentangan dengan bank tu pulak, tiap-tiap hari gali tanah buat terowong ke arah bank. Ya, untuk rancangan mereka. Bertahun-tahun diorang habiskan dan akhirnya diorang berjaya merompak semua yang ada dalam simpanan bank tu, berpuluh-puluh juta juga diorang dapat. Tiada siapa pun sedar sampai la pegawai bank buka bilik kebal tu. Polis tak dapat kesan siapa yang buat.

Selang beberapa hari kemudian, diorang serah diri kat polis, duit tu diorang cakap hilang, padahal diorang simpan kat Swiss bank. Kat Swiss bank kalau tak salah aku, privacy pelanggan sangat tinggi, polis pun diorang tak benarkan geledah akaun pelanggan diorang, siapa pun tak boleh. Sebab tu perompak tadi simpan kat situ, jadi polis memang tak boleh kesan duit ada kat mana.

Dalam mahkamah pulak mereka mengaku bersalah. Hukuman dikurangkan sebab mereka menyerah diri dan mengaku bersalah. Dalam penjara pulak mereka berkelakuan sangat baik sehingga tempoh penjara dikurangkan lagi, jadi mereka kena penjara tak lama, mereka keluar ja dari penjara jadi jutawan. Pandai rancang strategi yang rumit macam tu. Tapi sayangnya, tak kena pada tempat.

Kebijaksanaan tu anugerah dari Allah swt, jadi kena la 'pandai' guna.

Wednesday, July 6, 2011

Renungan: Hidayah perlu dicari

pic: google

Aku selalu dengar ayat "tak dapat hidayah lagi" bila ditanya seseorang yang buat perkara yang berdosa..macam minum arak ke..langgan pelacur ke..dan lain-lain lagi la...kalau tanya "bila la kau nak berubah ni?"...dia pulak jawab "tunggu la bila aku dapat hidayah nanti"...aku tak suka bila orang cakap macam tu...cuba kita terjemahkan, sama tak seolah-olah dia cakap "cmna nak berubah, Tuhan tak bagi hidayah lagi"...salah Tuhan ke?

Kenapa perlu bagi alasan hidayah tak dapat lagi..sedangkan diri dah benda yang dibuat tu berdosa, berhenti la buat...mungkin kerana susah nak hilangkan tabiat tu seperti contoh orang yang hidupnya sentiasa dengan arak, susah nak berubah secara mendadak, dia sedar perbuatan dia berdosa, dia ada keinginan nak berubah, tapi tiada pulak usaha dia, cuma asyik kata "tak dapat hidayah lagi"...bila boleh berubah kalau macam tu.

Cuba kita tengok balik maksud hidayah, "Hidayah ialah petunjuk yang dikurniakan oleh Allah swt kepada manusia untuk kebahagian yang sejati dan abadi di dunia dan akhirat. Allah juga mengurniakan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya, tetapi kita juga hendaklah BERUSAHA MENDAPATKANNYA".. Bukannya semua orang akan terpilih untuk mendapat hidayah secara tiba-tiba...segelintir saja yang kita tengok tengah asyik buat maksiat, tiba-tiba mimpi, esoknya terus insaf dan berubah...tak semua boleh dapat macam tu...

Jadi, sampai bila nak tunggu hidayah datang?  Ingat, perkara yang paling dekat dengan kita ajal..mungkin bila kita cakap nak tunggu hidayah, tak sempat hidayah datang, ajal yang datang dulu, tak ke rugi hidup hanya dalam maksiat, penuh dosa? Kalau betul nak berubah, kalau betul nak hidayah, BERUSAHALAH untuk mendapatkannya, jangan tunggu..antara caranya:

  1. Sentiasa membaca Al-Quran dan menghayati isi kandungannya
  2. Istiqamah dalam melakukan ibadat wajib
  3. Melazimkan diri melakukan ibadat sunat
  4. Sentiasa berzikir kepada Allah swt
  5. Sentiasa memohon doa agar diberi hidayah


Ini semua rasanya ada belajar kat sekolah menengah..kalau kita tunggu tapi tak berusaha nak dapatkannya, macam mana nak dapat kan...boleh diumpamakan macam kita nak beli kereta, duit dah ada, tapi tunggu ja dalam rumah, bila orang tnya "bila nak beli kereta?", kita jawab "jurujual kereta tak datang jual kat aku lagi lagi", sedangkan jurujual tu pun kita tak hubungi cakap nak beli kereta..memang tak dapat la..

Bukanlah aku nak tujukan kepada sesiapa, cuma sekadar untuk renungan kita bersama, kalau ada salah, disilakan tegur, kalau ada pendapat disilakan berkongsi, semoga bermanfaat untuk semua.

Sumber tentang Hidayah: Google Docs

Tuesday, July 5, 2011

Ringankan beban hutang PTPTN

Cakap bab-bab hutang ni memang memeningkan fikiran..kusut bila fikir kita tak bayar hutang orang...kalau hutang member RM20 atau RM50 atau RM200 pun dah pening nak bayar, bila fikir balik hutang dengan PTPTN, untuk diploma saja RM15000, untuk ijazah pulak RM21000..jadi jumlah hutang aku dengan PTPTN adalah RM37000...tambah dengan caj perkhidmatan dan 3% setiap tahun tu...rasanya jumlah hutang aku lebih RM40000...

Bagi seorang pelajar, bila tengok angka 40 000 tu, memang tersentap jantung..nasib baik la bukan hutang along kan..tapi takpa, semua tu untuk menimba ilmu, untuk masa depan jugak..cuma aku fikir betapa berat beban tu kelak..untuk diploma aku diarahkan bayar dalam RM132 sebulan kalau tak silap..kalau ijazah aku dah lupa..kalau campu tu dalam RM300 lebih jugak sebulan ditolak..lagi lambat bayar, lagi meningkat hutang..kan 3% caj setiap tahun...

Kalau untuk yang belum tahu, kita bleh mintak kurang 3% tu menjadi 1%...aku dah buat lama dah, tapi baru tadi dapat email dari ptptn:


bila dah dapat tawaran ni, macam mohon pinjaman PTPTN jugak la..kena buat apa semua tu, isi borang tu borang ni..mintak cop saksi la, tandatangan saksi..aku tak suka sangat, sebab prosedur terlalu banyak..aku ni jenis suka yang simple je...(tadi aku terpublish entry ni time tengah taip, mungkin ada yang baca tak habis)....

dan untuk pemimjam yang baru habis diploma, nak sambung degree, jangan lupa buat penangguhan bayaran balik, kang tak pasal-pasal dapat surat lawyer sebab tak bayar pinjaman...

Dah boleh online

Alhamdulillah...aku dah boleh online dah..sebelum ni modem aku terbakar, kena sambar petir kot sebab dalam pukul 3 hingga 4 pagi memang ada ribut petir..bukan aku saja, banyak lagi yang kena sambar...stock modem kat TM habis untuk area Kangar saja diorang ganti..dalam 40 orang...tu belum dikira yang belum tukar macam aku ni...aku ni pun tukar guna modem lama, kalau tak, sampai hari ni tak boleh online lagi....

Banyak komen dan jejak shoutbox yang mungkin tak sempat aku balas...Insyallah lepas ni aku boleh balas, kerja pun takda, kerja yang aku cari semua sampai malam...bukannya memilih, tapi aku nak elakkan balik malam..lagipun bukannya aku desperate sangat, cuma nak isi masa terluang je dengan buat part time..

Serious memang terasa boring gila bila internet takda, ada internet pun terasa boring, apatah lagi kalau takda internet...depan TV je memanjang, segala jenis cerita/drama aku tengok je, faham ke tak faham tak kisah..tapi semalam aku berjaya meloloskan diri ke Jitra, Kedah...jumpa member lama kejap, pastu tengok Transformer 3D...bleh pulak cinema tu start sharp on time..aku masuk on time, tapi 1-2 minit masa nak sampai ke hall, masuk-masuk je dah kat scene dalam kapal atas bulan tu, yang macam dalam trailer tu...selalu kalau cinema lain kalau tiket pukul 1 petang, maknanya pukul 1 petang tu baru nak buka hall...takpe, sikit je scene yang terlepas..

Yang penting dalam otak aku sekarang nak online, update blog, blogwalking, dan lain-lain la memerlukan internet...

Friday, July 1, 2011

Shafmechy xleh online

shpt skarang nie xleh nk online.. sbb ad ribut kat kampung dia.. and line internet rosak trus.. hope tmnet bleh fix la benda 2 asap... dia punya la risau sal follower dia smpai suh ak tlg update kn ^^ dia xnk la tba2 je lesap.. hahahaha.. btw, nie shafmechy punya ayat *xleh nk reply komen dan balas jejak*   -ak xfhm maksud dia, so ak pun tulis direct.. ak xpndai blog, jd mmg xlawa ah entry ak.. text mcm note pad ja.. huahahahha.. and dia suh tulis sapa yg tolong update.. 

-haziq

sorry for the inconvenience.. 

Thursday, June 30, 2011

Jambu cikgu/pensyarah

pic: google

Korang pernah tak jadi jambu cikgu masa sekolah dulu? untuk yang tak tau, definisi jambu yang aku maksudkan dalam entry ni lebih kurang macam murid kesayangan..sekolah rendah dulu tak sure la jambu ke tak, tapi pernah la jadi ala-ala murid kesayangan..start darjah 3 aku mula menyerlah dalam akademik, top 3..lepas tu tingkatan 4 aku dilantik jadi pengawas, tingkatan 5 tu calon ketua pengawas tapi tak jadi sebab kurang aku pendiam, so cikgu terpaksa bagi kat member aku..dari situ ada la dengar berita, cikgu lain tak puas hati sebab bukan aku yang jadi...sekolah rendah punya aku tak ingat..

Kat sekolah menengah aku dah gagal untuk menyerlah, kat sekolah tu nak top 3 kena dapat straight A la setiap kali peperiksaan..aku maintain top 30..tambah pulak sikap aku tak banyak cakap, memang tak jadi jambu langsung...yang jambu semua yang top 10 akademik..tak pun yang selalu pot pet pot pet...pernah skali aku ada tempat kosong untuk wakil kuiz pengguna, kalau bab-bab kuiz memang favourite aku dari sekolah rendah...aku suruh bagitau cikgu aku nak join, cikgu tu reject mentah-mentah, sebab dia nak jambu dia yang wakil, jambu dia bukan top 10, lebih kurang je ngan aku dalam akademik..kalau ye pun, buat la pemilihan, baru adil..

Masuk diploma sem 1, ntah camna bleh jadi jambu pensyarah kimia..ada skali tu, sorang rakan sekelas tanya satu soalan tutorial yang diorang tak bleh buat:

Rakan: "cik, kami taktau buat soalan no 5 ni la"
Lect: "kamu dah tnya kawan-kawan kamu yang lain?"
Rakan: "dah, diorang pun taktau"
Lect: "shafiq, diorang ada tanya kamu tak"
Aku: "takde..." 
Lect: "meh tunjuk kat whiteboard depan cara buat..jgn kecewakan sy"
Aku: "(dalam hati) ah sudah, aku satu soalan pun tak buat..hentam je la.."
Lect: "tengok, bleh ja shafiq buat..memang tak mengecewakan sy..lain kali tanya dia dulu"

Pastu terjebak ngan pensyarah fizik lak..ni kes aku kantoi tak buat semua tutorial yang dia bagi..bila dia tanya aku sebab aku tak buat, camna ntah aku terlepas cakap "saya ni malas sikit nak buat tutorial"...memang kena la kan bagi alasan macam tu...terus pensyarah tu kata "ok, markah fail kamu untuk test kedua adalah 25/30...kamu tak dapat lebih dari tu sy tulis fail"....memang tersentap..test pertama pun tak sampai 20/30...pastu jadi la rajin untuk seminggu, dapat 26/30, highest..lepas tu yang jadi jambu tu..ada apa-apa ja mesti nama aku..

Masuk degree kat uitm shah alam, ikut firasat, rasanya takkan jadi kot...cukup la pengalaman jadi jambu sekali dua...tapi, ada kelebihan jadi jambu, markah senang dapat tau...hehe..korang pun mesti ada yang pernah jadi jambu cikgu/pensyarah kan...


Wednesday, June 29, 2011

Tak berniat pun nak sombong

pic: google

Sombong ke aku ni? Petang tadi, mak aku sembang dengan adik perempuan aku kat dapur, aku pun tumpang dengar la..mak aku cakap, ayah sedara aku kata aku sombong...dia kata setiap kali dia balik rumah tok aku (hanya di sebelah rumah aku) aku tak pernah pergi tegur dia...tapi mak aku cakap, anak dia pun sama, balik rumah tok setahun skali, kadang-kadang dua tahun sekali, pun tak pernah datang tegur mak aku...so, sama-sama sombong la ye sepupu aku tu..hehe

Takda niat langsung aku nak menyombong..takkan la dia taktau yang anak saudara dia ni pendiam...maybe orang cakap, pendiam macam mana pun kena tegur jugak baca saudara yang jarang-jarang balik kampung...sepatutnya, kalau dengan orang yang aku dah biasa, yang aku dah kenal, aku tak pendiam..tapi kenapa aku tak bleh bertegur mesra dengan ayah sedara aku yang jauh tu...

Rasanya mungkin sebab memang tak rapat, dari kecik lagi ayah sedara aku tu duduk jauh..family lain semua kat perlis..tapi dia luar dari perlis..balik pun selalu time raya ja..aku ingat lagi masa aku kecik-kecik dulu, bila ayah sedara aku ni balik kampung, mesti aku happy gila, siap mintak kat mak aku nak tidur rumah tok sebab ayah sedara balik..tapi sedihnya, mesti la aku seperti tak wujudkan, sapa nak layan aku, budak kecik...

Tapi itu kenangan lama, bukan itu sebabnya...aku pun taktau la sebab apa..memang diri aku macam ni kot..tapi bila dia datang rumah aku, aku ok ja bercakap dengan dia, jawab semua yang dia tanya..kalau aku betul-betul sombong mesti la aku tak cakap langsung kan..takpa, definisi sombong tu luas, bergantung kepada orang nak nilai camna...yang penting dalam hati aku tak pernah ada niat nak sombong..

Macam gambar kartun kat atas, ada orang kata aku sombong sebab diam muka serius, tak pernah dengar aku cakap sepatah pun..tapi ada yang kata aku cakap banyak, ada jugak yang kata aku biasa saja macam orang lain...kalau tanya aku, aku tak pernah berniat nak sombong dengan orang, orang yang aku tak kenal tegur aku pun aku sembang buat-buat kenal, sampai hari aku tak tau siapa yang tegur aku...cuma aku ni, dari kecik kurang bersosial, jadi nak memulakan sesuatu komunikasi tu agak susah bagi aku, tapi aku sedang berusaha sebab aku sedar penting komunikasi ni untuk kerja kelak...


Tuesday, June 28, 2011

Entry lepak: Tak jumpa kerja


Hari aku memang berazam nak settle suma hal pastu nak cari kerja...hal yang tak settle tu adalah hadiah untuk pemenang contest aku, aku tak sempat nak pos lagi, tapi alhamdulillah hari ni dah settle semua...ayah aku dah beli motor second hand untuk transport kat kampung ni sebab motor yang ada kena curi masa ayah aku pergi beli barang kat bandar, ayah aku tinggal dalam 5 minit ja untuk beli barang kat MyDin, keluar-keluar ja motor hilang...kena la beli lain...motor kriss model lama punya..janji ada transport daripada takda langsung..

Mak aku takut sikit nak bawak motor tu sebab tak biasa, aku boleh ja bawak mana-mana motor..cuma motor tu bleh lak buat hal kat depan pos laju tadi...kat rumah aku start skali ja bleh hidup..bila dah habis settle pos laju, nak start tak bleh pulak..berpuluh kali aku try tak jugak hidup-hidup enjin tu, sampai berpeluh badan...terpaksa la call ayah sebab dia yang beli, mungkin dia tau sebab apa tak boleh start...

Aku: "Abah, tak bleh start moto"
Ayah: "start la lagi, enjin tak panas lagi kot"
Aku: "panas dah, sebab dah sampai kangaq ni"
Ayah: "jangan pulas minyak banyak sangat"
Aku: "mana pulas pun"
Ayah: "jangan tak pulas langsung, pulas la sikit"
Aku: "try dah semua, pulas, tak pulas, pulas sikit"
Ayah: "try la lagi, tak boleh jugak abah p sana"

Nasib baik lepas call ayah aku tu terus boleh, kalau tak jenuh ayah aku nak ponteng kerja sebab motor punya pasal..hehe...Pastu aku singgah The Store kat kangar..kalau kat kangar ni, the store ja la ada sebab kangar kecik je..Misi kedua aku untuk cari kerja part time..aku pusing area sebelag the store tu, mana-mana kedai yang ada aku jenguk...memang banyak iklan jawatan kosong..tapi, ada pulak perkataan tambahan dalam kurungan 'perempuan sahaja'...aduh...kenapa....mungkin kerana perempuan lebih rajin dan tak mendatangkan bahaya kot..

Takpa, aku tak putus asa...pusing-pusing lagi..tak jumpa juga..untuk hari ni aku ambil keputusan nak balik dulu, tak larat nak jalan..semua untuk perempuan saja..ada satu iklan tak bagitau perempuan atau lelaki, tapi jawatan promoter kosmetik..memang aku tak boleh la...dah la promoter, kosmetik pulak tu...bab-bab promote ni aku memang fail la..hehe..esok pulak la aku try cari..