Thursday, September 10, 2015

Daftar syarikat perlu letak enterprise ke?

Tadi aku baru lepas daftar syarikat pemilikan tunggal...atau orang selalu sebut syarikat enterprise. Masa nak fikir nama syarikat tu, pening jugak la..mesti nak nama yang ok, yang best, atau yang mewakilkan diri kita...tapi yang peliknya, mesti hujung nama nak letak enterprise..aku terfikir jugak, nama enterprise tu, adalah title company kita, ataupun kita yang letak sendiri? Atau kita letak nama apa pun, SSM akan bagi title Enterprise?

Setelah diselidik dan bertanya di kaunter SSM, aku dah dapat jawapan. Untuk kawan-kawan yang belum tahu macam aku ni, Enterprise tu termasuk dalam nama syarikat, kalau korang letak enterprise, ada la enterprise dalam nama syarikat, kalau tak letak, takda la..Contoh, korang jual baju, nak nama brand Lady Betty...syarikat pun korang nak nama Lady Betty...tak semestinya korang letak Lady Betty Enterprise, korang boleh ja letak Lady Betty Collection, Lady Betty Trading ke..yang sesuai dengan bisnes korang...kalau letak Lady Betty Collection, bunyi lagi best dari Lady Betty Enterprise bagi aku...

Cara apply sangat senang, pergi ja mintak borang kat kaunter, isi borang tu, tak faham tanya kaunter. Bawak salinan IC, duit RM70.60 untuk nama trade, RM40.60 untuk nama sendiri. Pastu tunggu dalam sejam untuk sijil..kalau tak ramai, dalam 30-40 dah siap.

Nama trade tu selain nama kita. Kalau korang nak daftar yang murah tu, guna nama sendiri macam dalam IC, so belakang tu takkan ada Enterprise, Trading ke apa ke, kalau ada, dah termasuk kategori nama trade dah. Contoh guna nama sendiri; Mohd Saleh Ibrahim, Nurul Ain Osman....Nama tred/trade: Saleh Trading, Saleh Enterprise, Nurul Ain Collection, dan lain-lain (Nama hanya rekaan, jika sama, hanya kebetulan)

So, terhasil la nama syarikat pemilikan tunggal aku, MSA Creative Resources...asalnya aku mintak MSA Creative Solution, tapi dah ada orang guna kat Petaling Jaya, so aku dapat yang pilihan kedua..dia bagi 3 pilihan nama.

Doakan kita sama-sama berjaya ye.

Tuesday, September 8, 2015

Bila poket sudah kering

Sumber gambar: google

Terasa jugak teruk buat master ni bila tak dapat tajaan, gran, mahu pun pinjaman...Hujung bulan je, pening kepala cari duit nak bayar sewa rumah..Sem baru dah masuk, lagi bertambah pening nak cari duit untuk bayar yuran..RM1195 kalau tak salah aku nak kena bayar sem ni..pastu nanti, untuk aku punya thesis, conference lagi..beribu lagi nak kena cari...fuhhhh...

Situasi macam tu la selalu mendesak kita untuk cari idea macam mana nak dapatkan duit. Kalau orang yang tak boleh handle tekanan tu, mungkin akan cari dengan cara yang salah..tapi, kita yang masih berakal ni, kena la cari cara yang halal..

Alhamdulillah, aku dapat UPTA, apa itu UPTA? nanti aku cerita, pendek kata, part time untuk student postgrad kat uitm. Tapi, tak cukup tu, berapa ratus je dapat sebulan..so, aku kena cari lagi lubang duit..aku fikir nak buat part time kat luar, tapi still mencari part time yang tak banyak ganggu masa, maklum la, tengah push thesis ni..cara yang lain, berniaga online..haa..ni la senang, tapi yang susah..benda apa nak jual online? produk sendiri atau produk orang? Aku dah ada idea..minggu aku aku akan cuba jadikan idea aku tu realiti..hehe..

Sunday, September 6, 2015

Bengkel Usahawan Online Eh Eh Niaga



Selesai sudah bengkel usahawan online, dari pagi sampai petang tadi...Dah lama aku dengan housemate aku nak join bengkel ni, sebab kami memang nak sangat berniaga sendiri, tambah-tambah lagi kami tengah buat master, lagi la perlukan sumber kewangan...masa ada, tapi duit tak ada...Siri 1 kami terlepas sebab tak ada di Shah Alam..balik kampung rasanya..

Apa yang best, bengkel ni memberi gambaran yang lebih jelas kepada kita yang baru nak bermula dan yang telah pun bermula dalam bidang perniagaan ni. Macam mana perjalanan seorang usahawan harus lalui..cara yang betul..

Paling best, diorang ada program coaching..diorang akan bagi bimbingan untuk setahun bagi usahawan yang berminat..sebab program ni memang untuk membantu usahawan-usahawan bumiputra terutamanya..kalau nak tau detail, boleh search la pasal program ni, atau try tengok SINI.

Banyak orang minat nak berniaga, tapi cara bermula tu mungkin ada yang salah..banyak orang terus melabur dalam barang yang nak dijual, TAPI lupa nak laburkan untuk ILMU...yang paling penting bagi aku, ilmu..kalau kita tak tau cara, susah nak berjaya..boleh berjaya, tapi mungkin akan hadapi banyak masalah sampai kita putus asa..Jadi, carilah ilmu sebanyak mungkin sebelum memulakan perniagaan. Lagi bagus kalau boleh dapatkan bimbingan dari orang yang dah berjaya.

Bengkel tadi ada bagi dua domain free tau untuk setahun dengan kerjasama MYNIC. Satu domain yang ada .my dan satu lagi .name.my......kalau nak beli domain .my tu, dalam RM132/setahun kalau tak salah....Aku dah bagi 6 list domain, taktau lagi domain mana yang available..mungkin boleh guna salah satu domain untuk blog ni ke..hehe

Ni la gambar usahawan dan bakal usahawan yang pergi bengkel tadi. Yang berminat mungkin boleh join siri 3 nanti.

Wednesday, August 26, 2015

Adakah vape bahaya?



Sekarang ni, vape menjadi isu. Macam-macam, isu perangai yang vaping, isu bahaya ke tak. Rasanya, vape ni dah lama dah. Member aku sendiri dah 4 tahun 'vaping' ni. Cuma, semakin lama, semakin banyak beralih dari rokok ke vape, dan yang tak merokok pun dah start 'vaping'. Banyak kajian yang menunjukkan, vaping tak bahaya macam merokok. Dalam TV pun ada laporan pasal vape ni. Sebab tu la makin famous.

Untuk yang sebelum ini merokok, banyak yang syorkan bertukar kepada vape. Yela, dalam vape tu ada apa je, dalam rokok ada bermacam bahan kimia yang kita tak tahu yang boleh meransang sel kanser, vape pulak hanya ada vegetable glycerin, sweetener, flavouring, colouring..dan maybe nikotin..itu pun 1/10 daripada nikotin yang ada dalam rokok..ini yg laporan aku dengar la..tapi memang logik la, vape tu guna wap air je pun..

Untuk yang tak merokok, tapi nak start vape, jaga la adab, jangan hisap je tak fikir keselesaan orang lain. Walaupun tak bahaya, tapi jangan sampai ganggu orang sekeliling. Aku tak vaping walaupun tengok macam best. Macam-macam perisa ada, wangi lak tu. Tapi malas la, kalau mula vaping nanti, ketagih lak.

Disebabkan vape ni semakin famous, aku ambil la kesempatan menjual flavors vape di Shah Alam. Maklum la, sekarang study takda bantuan kewangan apa pun, Nak kena cari duit part time. Jualan online je senang, tak ganggu masa study sangat. Kalau ada member yang tengah cari flavor vape, promote la facebook aku ni >> www.facebook.com/vapeliquidSA


Wednesday, July 22, 2015

Sambung master susah ke tak??

Sangat lama tak update blog..bila dah lama tinggal, nak start balik bukan senang...untuk pengetahuan korang, sekarang aku tengah sambung study dalam master in science (mechanical engineering). Banyak jugak orang bertanya, buat master ni macam mana? susah ke tak? kena masuk kelas macam degree jugak ke?

Sumber gambar: google

Untuk yang tengah fikir nak sambung master, di sini aku kongsi sedikit berdasarkan pengalaman. Master rata-rata ada dua jenis, coursework atau full research..tapi ada jugak yang mix, mix aku tak tahu sangat....coursework ni kena masuk kelas la, selalu malam atau hujung minggu..banyak orang buat part time ambik coursework, siang kerja, malam pergi kelas..tapi ada universiti/fakulti yang memerlukan pengalaman bekerja kalau nak sambung under coursework..fresh graduate tak diterima

Untuk full research pulak, memang buat research je la sepanjang masa, setiap bulan..tak perlu masuk kelas....susah atau tak, bergantung kepada tajuk research..bergantung jugak kepada supervisor...reseacrh ni memang solo la, sorang-sorang je buat, supervisor tolong sikit-sikit bagi pendapat, ada sesetengah, supervisor sangat sibuk, lagi susah nak jumpa..motivasi kena tinggi, disiplin tinggi..tak boleh malas-malas...kewangan pulak satu hal..kalau boleh, cari supervisor yang ada grant atau sumber kewangan yang boleh bagi elaun kat korang

Tajuk aku tak dapat grant, nasib baik tajuk aku lebih kepada fundamental...takda perlu beli apa-apa barang ...cuma sakit, sara diri la..makan minum, sewa rumah..yuran lagi..

Itu saja aku boleh kongsi..kalau nak detail, panjang sangat nanti..hehe

Monday, March 2, 2015

ToneExcel Menipu?



Itu la perkataan yang aku guna untuk search dekat google bila berkali-kali dengar tentang ToneExcel (TE) ni. Macam dalam post aku sebelum ini, tentang MLM, aku jadi trauma, anti benda-benda cari-cari orang sebab dah banyak kali aku menjadi mangsa. Bila search pasal ToneExcel, hanya explanation yang aku jumpa, takda sesapa cakap yang toneexcel ni menipu.

Dipendekkan cerita, sebelum ni aku guna telco C, tetapi internetnya mahal..kemudian aku tukar kepada telco U..internet murah..Tapi, line tak cukup meluas, aku balik kampung takde line, kat highway takde line, kat beberapa pekan aku pergi pun takde line..aku dah mula tak best, no point la murah tapi tak boleh guna, kalau ada emergency ke apa ke takde line kat tempat tu camna? Memang aku nak tukar kepada telco lain, tapi kepada apa? semua mcm mahal je..aku teringat member aku dok promote ToneExcel ni, aku pun berjumpa dia, dan explain..berdasarkan explanation, aku dapat nampak kebaikkan TE ni berbanding telco lain.

Apa yang aku nampak dalam TE ni ye? Apa yang best?:

1. Jumlah topup, setiap kali RM30 aku topup, dapat extra RM10 = Total kredit aku dapat RM40. Kalau topup RM50, dapat extra RM20 = Total RM70...jimat

2. Setiap kali topup, dapat point, yang mana point tu boleh redeem tiket flight airasia, tiket movie, tiket konsert, gadget, dan lain-lain...kawan aku selalu redeem tiket movie..haha

3. Diberi Personal Accident insurans bernilai RM100,000 Percuma, dengan syarat topup minimum sebulan RM50..

4. Diskaun 30% bila menginap dekat TuneHotel..sebab toneexcel ni di bawah Tune Group..

5. Cabutan bertuah mingguan, bulanan, dan tahunan.

6. Cashback 3%..maksudnya korang topup RM100..3% iaitu RM3 akan dipulangkan semula direct ke akaun bank anda, tak perlu nak calim ke apa ke.

7. Referral program

8. Boleh kekalkan nombor telefon lama

**TE guna line celcom, Celcom ada share dalam TE ni, mana yang ada line celcom situ ada TE..topup lak guna tunetalk

Cukup, 8 point dia atas hanya dengan menggunakan toneexcel macam kita guna handphone tiap-tiap hari, kita dah dapat banyak tu. Kalau korang bijak, korang boleh manipulasikan extra kredit, dan cashback tu, menjadikan toneexcel sgt menjimatkan, sehingga, internet 1GB korang boleh dapat pada harga RM2...Best kn?

Tu baru guna, boleh referral program lagi. Referral program lebih kepada yang rajin promote la, diberi RM20 cash setiap orang yang kita registerkan, orang-orang yang kita register ni, bila mana mereka topup, kita akan dapat 10-26% daripada jumlah topup, SETIAP bulan, sampai bila-bila..itu yang best bagi yang berminat nak buat part time income.

Simple calculation, kalau anda seorang suami, topup sebulan RM100, isteri anda topup RM100, anak pertama pun RM100, anak kedua pun RM100...Total topup dah RM400 sebulan..kalau 10? dah RM4000....

kalau guna TE, isteri dan anak2 pun guna TE bawah nama anda, anda topup RM100 dapat extra RM40, cashback 3% = RM3...isteri dan anak-anak topup, dapat komisen 10% kepada anda, RM10x3=RM30...RM33 dapat balik kat anda setiap bulan, kalau untuk 10 bulan = RM330 dapat balik secara cash...tu belum kira extra RM40 tadi...RM40x10 bulan x 4 org =RM1600 satu family dapat free kredit...sapa nak bagi banyak tu free..sebab tu saya nampak TE sangat jimat

Itu belum lagi cerita orang yang usahakan, orang yang gigih promote TE ni habis-habisan, menggunakan referral program, banyak dah orang tak berkerja sebab duit masuk bulan-bulan pasif, beribu-ribu tanpa berbuat apa-apa..disebabkan komisen topup yang ditawarkan dalam referral program, seolah-olah anda memegang share syarikat.

Kalau usahakan:

1. Komisen cash RM20 setiap orang anda register
2. 6-26% komisen setiap kali mereka topup
3. Bonus tahunan (macam bonus kita kerja)
*syarikat bayar direct ke bank akaun

4. Pakej umrah percuma
5. Percutian percuma

Kalau berminat boleh je tanya saya, panjang sangat nak explain semua dalam satu post. kalau nk buat part time, saya ajar satu per satu, nak guna saja pun boleh, contact je saya.

SMS/Call/Whatsapp/Telegram
013-3703643 (shafiq)