Salam untuk semua pembaca blog aku. Dah lama benar aku tinggal blog ni kan. Agaknya, hampir 3 bulan kot. Buat pengetahuan korang, aku bukanlah pandai sangat nak mengarang ayat macam blogger lain, cara aku blogging: perlukan masa yang betul-betul lapang. TAPI, semester baru aku ni, aku gagal cari masa yang betul-betul lapang, dah habis semester ni, baru la okay. Sementara nak tunggu paper final, boleh la aku sambung ber-blogging, Insyallah.
Berbalik kepada tajuk post aku. Study week aku bermula 24hb Disember, 4 hari yang lepas, dan paper final pertama aku pada 6hb Januari 2012. Lambat lagi, aku plan nak balik kampung sekejap. Beli tiket Sabtu pagi. Apa yang merisaukan aku adalah entry INI. Aku malas sikit nak balik malam, sebab tu aku pilih pagi, lagipun tiket malam dah habis.
Dah baca entry tu? Malas baca? Takpe, aku ringkaskan. perut aku ni, selalu sakit, selalu buat hal terutamanya bila nak naik bas di pagi hari. Selama ni aku boleh survive bila perut aku buat hal. Kali ni, seperti yang aku risaukan, bangun je pagi, perut aku dah terasa sakit..sakit angin dalam perut. So, pagi tu aku habiskan masa 30 minit dalam toilet, takde kesan sebab hanya ada angin, masih lagi sakit. Aku terpaksa tahan sampai ke stesen bas, niatnya nak guna tandas di situ.
Tetapi, alangkah 'sedihnya' aku, tandas semua penuh, dan lebih 'menyedihkan', tandas yang penuh tu juga digunakan oleh orang yang sakit perut. Jadi, memang lama la kena tunggu. Aku tunggu sampai pukul 9 pagi lebih, diorang tak keluar lagi dari tandas, perut aku dah tak tahan, bas pulak memanggil-manggil "panggilan terakhir untuk Shah Alam Kangar, bas bernombor W** 8**3"..Seriously, kalau aku naik jugak bas tu, memang berbau la bas tu..
Aku pergi cari tandas kat stesen minyak..pun penuh jugak, aku tunggu je la..ringkaskan cerita..settle semua urusan dalam pukul 9.20 pagi..tiket pukul 9.00 pagi..Bas TRANSNASIONAL ni selalu on time, paling lama diorang tunggu pun 5 minit je ikut pengalaman aku la, sesekali ja lambat. Aku dah 20 minit lewat, aku lalu kat stesen bas tu, bas ke Kangar dah takde..Lepas ni, memang aku tak nak balik pagi..rugi RM 49. Tak balik kampung aku.
1 week ago
12 comments:
Haha, ada bace entry tu shaf.. sakit perut nak masuk pengangkutan awam. Hee.. kena bawa minyak angin la kot shaf. Btw, tak pe la lama tak update, fokus kat study tu.. Eza tetap akan lawat blog awak jugak. :) All the best FINAL EXAM :D. Hope dapat dean list lagi. InsyaAllah! ^^
bila tidoq, hang tak selimut bahagian perut kaaaa?
pakai stokin bila tidur, nak elak angin masuk dlm badan waktu tidur.
eza: bukan takat minyak angin, air halia minum, semua la..x hilang...hehe..dean list bukan senang sem ni nk dpt T.T...InsyaAllah..amin. TQ
IbtisamNajmi: selimut satu badan...tapi xpernah la seumur pakai stokin lg time tidur...effect eh?
wah, final exam sma la start 6/1.. tp sy x blk la.. huhu~
yeke...Gud Luk =)
next time kena buang ape yang patut sebelum gerak keluar..senang x yah susah cari toilet..dah jumpe doktor?
effect.try la,,mana taw berkesan :)
good luck final exam! my first paper will b on 7th,heeeee~
samalah kita pun HAHA. lama xberblogging
paper first 6 hb yerk, yana 7 hb..btw, go0d luck! =))
azhafizah: dh cuba buang, tp x kuar apa..time nk naik bas jugak yg dia terasa...
ibtisam Najmi: Tq..gud luk too =)
slpmEplz: yup..x sempat sgt
ceritaliyana: gud luk to both of us k ^.^
alamak!!1 rugi sudaa 49 ringgit..takde rezeki la nmpaknye
inche hlovate: xpe..terima dgn redha =)
Post a Comment