Tuesday, January 24, 2012

Penjual Online Boleh Pun Ditipu


Berapa kali korang pernah jual barang secara online? Melalui mudah.my ke, lelong.com ke, eBay ke, tak kisah la..Bisnes online bukan benda asing lagi kan untuk org Malaysia ni. Aku sendiri pun dah banyak kali dah jual barang online. Aku jual melalui mudah.my. Beli secara online, rasanya aku tak pernah lagi.

Tapi, mudah.my dah banyak kali masuk berita. Orang yang jual dalam mudah.my tu banyak yang menipu. Bila orang dah bayar, barang tak sampai, mesej tak dibalas, call tak diangkat. Biasa la tu, akan ada yang ambil kesempatan. Baru-baru ni jual bola boling aku yang aku dah tak guna. Ni yang aku nak cerita, macam mana pembeli lak boleh menipu orang yang menjual.

Agak-agak macam mana ye pembeli tipu penjual? Selalu penjual yang menipu selepas pembeli bayar.

Masa aku iklan bola boling aku kat muday.my, ada beberapa orang aku contact aku tanya pasal harga bola tu, salah sorang mat saleh dari London. Dia mintak aku send gambar bola tu banyak sikit sebagai bukti tu memang bola aku. Lepas tu dia cakap, dia comfirm nak beli. RM700. Pelik. Bola tu aku beli tak sampai pun RM700, buat apa dia nak beli bola second-hand melebihi harga bola baru kan. Tapi aku abaikan ja, rezeki.. bisik hati aku.


Lepas tu email kat aku bagitau yang dia dah transfer RM2900 termasuk kos penghantaran kat PayPal, kos penghantaran tu RM2200 yang aku kena bagi kat agen yang akan ambik bola tu dari aku..pheww..complicated..mahal nak mampus la kos penghantaran..baik dia beli ja tiket pergi balik ke London untuk aku, biar aku hantar sendiri. Sekali lagi hati aku kata "biar la, kaya sangat kot"

Tapi, aku check dalam paypal aku takde pun RM2900...aku dapat email dari paypal..kalau aku nak duit, aku kena pergi kat western union, buat bayaran kat agent penghantaran SeaLion sebanyak RM2200, slip bayaran tu scan dan emailkan kat diorang, lepas tu baru diorang akan bagi yang RM700.

Mulanya, aku langsung tak faham email tu..dalam bahasa Inggeris kan, ayat pun berbelit-belit..yang aku faham bila aku pergi kat western union tu tnya cmna process western union..dari situ aku faham. Jadi, aku mesej dia tanya, kenapa aku perlu bayar RM2200 tu kat agen dia? kenapa agen dia beralamatkan rumah dan bukan syarikat SeaLion? kenapa dia sanggup beli bola second-hand semahal tu sedangkan kalau dia beli bola baru hanya RM650?

Selepas soalan yang terakhir tu, dia tak balas terus mesej sampai ke hari ni. Buang masa aku ja dari pukul 2 petang sampai 5 petang, terlepas satu kelas hanya nak settle benda tu. Satu sen pun tak dapat. Agak la kan nak menipu pun, takkan la kena bayar sampai RM2200..kita yang jual, kita yang kena bayar..Tapi, kalau sesapa yang tak pernah guna paypal, mungkin akan terkena. Email paypal tu, bukan dari paypal sebenar, tapi email palsu. Jadi, berhati-hati kalau perkara yang melibatkan urus niaga online ni.

13 comments:

~Filzati Zulkepli~ said...

zaman skg menipu sakan betei. tak kira kau penjual ka pembeli ka, semua nak tipu. masing2 nak untung. haish. harap lebih hati2 la lps ni klu nk buat transaksi thru online ni. hackers dh banyak. org menipu lagi.

ekin alias said...

kalau nak jual ke,,,nak beli ke... baek direct je..takyah online2 kan senang :D

Atiqah Razak said...

Saya pernah beli. Tapi face to face la. Kalau macam ni memang boleh jadi kes tipu. Hati2 !

Tasha said...

sngt tak percaya urus niaga on9 & till now xpernah jadi pembeli...thanks for this info.

Eza Boom Boom :) said...

tak penah lagi jual beli on9 nih. adehh.. bahaya jugak eh.. ishh. hati2 tauu lain kali. nasib baik awak tak tertipu... makaseh jugak share benda nih..

ceriteraliyana said...

fuhh!! complicated nye

shafmechy said...

filzati: susahkn bila dunia ni makin ramai penipu

atiqah: face to face klu dia tipu, tumbuk je =P

Tasha: better face to face dr online

eza: ada gak yg kita boleh caya, tp klu x biasa, elakkan =)

ceritaliyana: mmg complicated..huh

fRaMe+LenSeS said...

ada kawan kepada kawan kena tipu. cian dia. T.T

shafmechy said...

frame+lenses: jadikn pengajaran utk dia dn kita jugak =)

amarmudin said...

Terus terang ckp yg saya adalah salah seorg mangsa penipuan paypal palsu.sedih gila bro,nasib wife pandaipujuk klau x dah jd gila..antara advice wife saya 'redha ,mungkin Allah nak beri rezeki yg lbih baik dan berkat' so ini pesan saya kpd seller yg iklankan item anda di mudah.com,brhati2lah sekiranya anda ddatgi emel yg mengatakan buyer brminat dgn item anda dan sanggup mmbyr lebih selain itu menggunakan alasan berada offshore@luar negeri dan menyuruh anda membuka akaun paypal.klau tidak,anda pasti akn ditipu spt saya.

Anonymous said...

harap dapat bantu bagi tip untuk kesan orang macam ni.. huhu

Anonymous said...

Saya recently ada iklankan kamera di mudah.my. Scam responses were scary. Tak sampai 24 jam i removed the ad. Traumatised. Tapi ada this one guy tulis email mula2 tanya pasal brg, lepas saya reply kata available, terus dpt email dia berminat nak beli, bagi email panjang berjela kata nak bayar thru paypal nanti ada shipping agent akan collect brg tu dari saya. Ishh too good to be true. Sound macam nak samun aku je!

shafmechy said...

yes..secara logik..orang yg nak membeli selalu akan was2..mana ada org yg nak membeli dengan cepat nak transfer duit, siap nk upah agen ambik lagi..kaya betul orang tu..dari situ nmpak pelik dah...recently member sy hampir terkena mcm tu jugak..nak hantar agen pickup barang konon..hehe..hati2 la semua