Sunday, December 26, 2010

Telemarketing


"Hello, ini Encik Shafiq ke? sy Mia dari ETIQA Maybank. Untuk makluman encik, encik telah terpilih sebagai pelanggan bertuah kami utk program penghargaan pelanggan...bla..bla..bla..." Korang pernah dgr dialog lebih kurang macam tadi tak? Penah dapat panggilan tu? Tak kisah la dari mana agensi pun. Itu la org panggil telemarketing. Diorg jual something melalui panggilan telefon. Kalau kes aku ni, diorg jual insurans la. Mula-mula aku dh igt aku menang pertandingan apa-apa dari Maybank, sronok la aku, pastu dia sebut ETIQA, alahai, insurans la ni..then, dia cakap hanya beberapa org pelanggan saja dpt promosi ni...murah..katanya. Okey, untuk yang tak tahu lagi, panggilan macam ni akan dirakam sebagai bukti atau rujukan la kot. Telemarketing ni tak salah, cuma aku rasa macam agak bahaya la sebab tak ada bukti hitam putih. Diorg ada bukti rakaman, kita apa bukti yang ada. Aku buat entry ni sebab aku dh kena. Diorg call aku, cakap-cakap, aku pun faham la sikit...dia tawar kat aku pakej RM32.70 kot kalau tak silap. Mulanya aku gtau nnt aku nk fikir dulu, maklum la student bukan mampu..tp dia cakap ni bkn promotion, tp tawaran utk kali ni ja. Aku ni kalau org push-push mcm ni aku lemah sikit, aku tak pandai nak reject...Aku fikir bleh la, aku pun slalu accident..hehe..aku terima, dia cakap dalam 14 hari bekerja aku akan dapat template ke apa tah, diorg akan hantar, suma info ada kat situ, tp dh sebulan lebih tak dapat pun. Bukan aku sorg, byk lg jadi mcm aku. So, andai kata aku accident, cmna aku nk claim? sedangkan aku tak ada bukti. Aku tak nak la kata benda ni fraud or scam. Cuma kita fikir la baik buruk. Haa, lupa nak gtau, diorg akan autodebit dari akaun bank kita jika kita kata YA ata YES. So, skrang diorg tgh autodebit dr akaun aku setiap 15hb. Waa...abis duit aku.

Nak call diorg utk tamatkan servis tu pun nombor diorg aku dh tak da. Kalau sapa yang jadi mcm aku, nak hentikan autodebit tu, kosongkan akaun je pada 15hb, hujung bulan dan awal bulan. Tu time diorg autodebit, 3 kali diorg gagal diorg akan call kite. Time tu gtau la nk terminate servis. Aku punya akaun mmg xde duit, sori la nk autodebit byk-byk kali, sekali bleh la..hehe. Pengajarannya, jgn jadi macam aku mudah termakan promosi..haha..kena TEGAS! Jgn salahkan mereka yg call, itu cuma pekerjaan mereka.

Sunday, December 19, 2010

Mari Mengundi


Marilah mari..pergi mengundi..tunaikan kewajiban..pada negara~~
pernah dgr lagu ni? selalu ada iklan kt tv lagu ni..haa..sebelum tu, ni bkan entry utk kempen mana-mana parti politik ye..xda niat pun utk berkempen..Di sini aku nk tnya, sapa yg dh berumur 21 tahun ke atas tp masih belum daftar mengundi lg? aku sure ramai..sbb remaja skrang dh kurang ambil berat pasal kenegaraan..mungkin muak dgn pertelingkahan parti-parti politik, mungkin x berminat, mungkin x tahu nk pilih mana satu, dan byk lg alasan yg membuatkn seseorg itu x nk atau malas utk daftar sbgai pengundi..x bleh..x bleh mcm tu..nk x nk korg yg dh cukup syarat kena daftar dan undi. Sebab? korg tahu sebuah kerajaan yg kuat adalah bila kerajaan itu menang dlm pilihan raya dgn sekurang-kurangnya 2/3 majoriti..tetapi pilihan raya baru-baru ini, kerajan kita skrang menang x smpai 2/3 majoriti..sbb itu juga la yg byk masalah telah timbul...kalau ada yg ambil bidang perundangan mungkin lebih fhm bertapa pentingnya majoriti 2/3 tersebut...skali lg, aku bkn nk kempen..bkn...cuma aku ingin sampaikan apa yg generasi belia seperti kita patut tahu pasal kenegaraan..korg mesti xnk duduk dlm negara yg kacau-bilau..kalau pilihan raya akan datang ni, kerajan yg mng nnt, hanya mng dgn majoriti mudah (mng tipis la, lebih satu kerusi saja) x mustahil peristiwa hitam 13 Mei akan berulang, gara-gara org x keluar mengundi..nk ke? Kalau xnk, cepat2 la pergi daftar, then bila pilihan raya pergi mengundi..undi la mana-mana pun..undi anda adalah rahsia...asalkan korg pergi mengundi..ramai xtau padah klu kerajaan x cukup kuat..klik sini klu nk tahu pasal 13 Mei

Saturday, December 11, 2010

Kucing Aku


Salam semua. Sapa yg minat kucing sini angkat tgn? huhu...Kucing antara haiwan peliharaan yg plg manja la bg aku..comel sgt, tmbh2 yg manja gila..Masih segar dlm ingatan aku, kucing pertama aku time skolah rendah, darjah 1..entah dr mana kucing tu dtg, maybe org buang kot..agak dewasa dh kucing tu. Kesian aku tgk tu, aku pn bg la dia mkn tiap2 pg..aku bg nama Boboy, tiap2 pg msti dia akan duduk depan pintu rmh aku tggu aku..huhu..tp dlm sebulan pastu dia hlg. Pastu dh xda kucing dh sbb mak aku x bg bela kucing sbb najis kucing ni berbau sgt2 busuk, tau2 ja la cmna kn. Boboy tu x dikira sgbai bela, aku just bg mkn je, boboy pn x pnah masuk rmh. Beberapa thun lpstu, ada sekor lg kucing yg org buang (belakang rmh aku tu mmg port buang kucing, tiap2 tahun msti ada org buang, tp byk kucing yg jahat la) kucing yg terbaru ni comel, putih gebu..yg ni aku ambik bela sbb dia x buat hal, patuh cakap mak aku n xbuang najis merata. So, mak aku terima..haha..lama gak la bela Putih tu, sama akhir hayat dia. Meninggalkn beberapa ekor anak, tp just satu ja survive..tu pun dh kena buang dgn jiran aku sbb buang najis kt rmh diorg..Adik aku nak cari kucing baru mak aku x bg sbb dia kata nnt dia jugak yg kena uruskn kucing tu, adik2 aku tau main ja dgn kucing, jaga xnk..tp, dlm mak aku bising2 xnk kucing, tetiba ayah aku bwh blk sekor anak kucing dr tempat kerja dia..bising mak aku..huhu..tp just survive 5 hari, lps tu mati sbb kecik lg..lega mak aku kata xda kucing dh..haha..selang 2 3 hari, ayah aku bwk blk lg 2 ekor anak kucing, member dia bg (ayah aku sporting skit, kdg2 garang gak)..heh..tension mak aku dpt kucing lain pulak..(mak aku suka kucing, yg dia bising sbb adik2 aku x jaga)

Bawah ni la kucing yg terbaru..comel x?


Kiri nama Tam, kanan Alang..tp mak aku pggil Kiko (nama kucing lama)
confius kucing tu


So, bila dh ada kucing ni, mak aku xbg letak dlm rmh, dia ckp kucing usia cmni xpandai lg, najis buang merata. Dia suruh aku buat rumah kucing. Aku on ja, tgh2 boring xda apa nk buat. Bermula la kerjaya aku sbgai tukang kayu..hehe


Lenguh tgn tu nk gergaji kayu-kayu semua tu..





Tapak rumah dh siap (x plan pun cmna bentuk rumah tu)



Bedal je, janji kucing aku bleh duduk..



Tu ha, double-storey house..pemasangan sedang dijalankn..



Tadaa...tgga pun aku buat utk dua ekor tu..



Testing rmh baru...



Yeah...siap jugak..dua hari aku buat..sehari ja dh bleh siap, tp buat kejap2 je..Penat..Ini la hasilnya..bleh la kn, ala kadar ja, bahan pun guna yg terpakai je, org x guna aku ambik...Ni view belakang rmh aku..

Friday, December 10, 2010

The Most Beautiful Flower Contest using Digital Camera


Meh join contest ni..Bunga plg cantik..hehehe


Cmna nk join? pergi la snap mana gambar bunga yg korg rasa cantik, guna compact camera a.k.a. digital camera (TAK bleh guna DSLR pnya camera). Klik gambar contest kat atas ni utk tahu lebih lanjut..
__________________________________________________________________________________

Haa..bawah ni aku pnya entry utk contest ni ye..hehe


Ni gambar bunga matahari mak aku, aku ambil gambar ni awal tahun ni..skrang bnga ni dh xda dh..

Tiada edit mengedit dilakukan ke atas gambar tersebut.

gambar ni diambil menggunakan compact camera Olympus FE_5050 sebijik mcm bwh ni:


Tag:

Wednesday, December 1, 2010

Diet Rasulullah

#Article dr syok.org

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

JENIS MAKANAN

Jangan minum SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan minum SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

CARA MAKAN

JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI, SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.

JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM.. BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA..

(Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya...... cubalah. Tapi pengaruhnya tidak dalam jangka pendek..... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti)

Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.

Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion +ve sedangkan dalam ikan mengandung ion -ve, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:

Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) Wassalam...

Sama-samalah kita mengamalkannya.......
WallahuA'lam

::Posted by Sharifah Hajar Almahdaly::


Tuesday, November 30, 2010

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur


Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.


Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.


Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.


Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.








Sunday, November 28, 2010

Kek Batik

Wohoo...lama gila aku x update blog...maklum la, busy..kekadang lupa yg aku ni ada blog..skrang ni aku tgh cuti sem, boring sgt dok rmh ni, xda apa nk buat, nk kuar jln2 pn xda transport sbb moto aku tggal kt shah alam..aku pn terigt blog aku..alang2 boring, apa salahnya update blog yg dh lama aku tggal ni..

Boring ni kkdg membuatkan aku nk cuba sesuatu yg aku xprnah buat, baru2 ni aku buat kek batik. Parent aku n adik2 aku kuar pergi alor star, so tggal la aku adik aku sorg tu kt rmh..time tu mmg aku buntu xtau nk buat apa, mengadap laptop ja dr subuh..terlintas lak kt fikiran nk buat kek batik biskut marie tu sbb aku suka kek tu, dgn berbekalkan RM14 yg aku ada, aku pun keluar beli bahan2..ni bahan2 aku beli:

1). Milo paket kecil
2). Serbuk koko
3). Buttercup
4). Biskut marie sebungkus (300g)
5). Susu sejat F&N

cukup2 duit aku bwk beli bahan2 tu..

Bahan2 tambahan adalah :

6). Satu cawan gula halus
7). 1 biji telur.

Cara aku buat pulak cmni:

1. Masukkan semua bahan kecuali biskut marie ke dlm periuk, tp milo tu cuma 1/2 cawan, serbuk koko 1 cawan. Dgn menggunakn api yg pelahan, kacau campuran bahan tersebut sampai pekat, dlm 15 min.
2. Biskut marie tu klu yg besar pnya, pecahkn 4 supaya sng nk gaul nnt.
3. Bila campuran tu pekat, tutup api dan masukkn biskut marie, gaul bg sekata, jgn lama sgt takut biskut marie lembik. Masukkn dlm bekas ke tapawe ke..klu nk mudah keluarkn kek tu, lapik dgn aluminium foil.
4. Mampatkn kek tu then masukkn ke dlm peti ais..tggu je la dlm sejam, pastu dh bleh mkn dh.

ni hasil aku buat:




P/S: pastikan api tu kecil ye, klu x jd mcm aku, telur tu jd masak sbb api agak kuat..hehe