Tuesday, February 12, 2013

Bernilai dari nilai sebenar

Yang aku maksudkan dengan tajuk di atas adalah berkaitan dengan duit. Duit kertas terutamanya. Kalau duit yang lama dulu, zaman sebelum merdeka, memang semua orang tahu duit itu bernilai. Tapi macam mana pulak duit yang kita guna sekarang?

Sebelum ni, aku memang tak tahu pun duit yang kita guna sekarang ni pun ada nilai tersendiri bagi pengumpul wang kertas ni. Aku ingat duit zaman dulu ja ada nilai. Satu hari aku tengok member aku Wan kerap je pos duit untuk dijual kat facebook dia. Duit lama, duit baru. Dia la yang explain kat aku macam mana orang tengok nilai duit.

Mostly orang tengok error duit tu, print error, cutting error...then orang tengok pulak keadaan duit tu, lagi elok duit tu, lagi tinggi nilai dia. Ada gak orang cari duit replacement yang rare. Duit replacement ni adalah duit rosak, bank ganti dengan duit baru (kalau tak salah aku), duit replace akan mula dengan huruf Z...Tapi tak semua duit yang mula huruf Z tu bernilai, bergantung tahap rare. Contoh duit replacement paling latest yang aku ada:


Tengok nombor siri tu. ZA0291131. Jarangkan jumpa duit huruf Z ni? aku tanya member aku tu, dia cakap duit yang aku ada atas tu, nilai dia atas sikit je daripada RM20. Bawah ni contoh duit yang mahal sikit:




Atas tu semua print error, harga dia aku taktau. Aku pernah tengok, RM50 cutting error, harga beribu-ribu. Kalau jumpa duit yang cacat macam atas tu, jangan tukar kat bank, simpan dan cari orang nak beli, jual kat aku pun takpe. hehe. Nak tengok banyak lagi, lawat la album member aku ni, Muhammad Safuan Mustapa


13 comments:

EH - Ekslamasi Holistik said...

Wang memang sangat bernilai...

shafmechy said...

btol2..

krole said...

wuahh! tolkew ni bro...mcm adalah~

shafmechy said...

btul..ada yg jenis macam tu?

inche hlovate said...

tak bpe nak faham la..huhu loading2.. kalo duit tu slah jadi makin bernilai ye?

shafmechy said...

bernilai yg sy maksudkan, ada orang sanggup beli tu lebih tinggi dari harga asal...yup, macam salah dlm pencetakkan tu...bukan rosak, kalau rosak xde nilai la..sebab susah jumpa duit yg ada error, so bagi pengumpul duit, macam rare la duit tu..benda2 yg rare kan berharga

inche hlovate said...

owh..nnti sya nak cri haha pastu nak jual

shafmechy said...

susah oo jumpa..kdg2 kita x perasan pun

Salahuddin Roslan said...

Salam..sye ade duit kertas rm100 gabenor zeti aziz yg error klo berminat wassap sye. 017-3193582 (din)..

orkidberduri said...

Salam. Saya ada rm 50 yg error. Terlebih kertas size besar dari rm 50 yg biasa
Dh periksa ..ianya tulen dn asli .
Check google - nilai sekeping rm 600 pada 2012
Skrg 2015 - rm ????
Tawarkn harga anda ..jika ok ..ianya jd milik anda. Hubungi Nora 010 275 9192
Tq

silkhanaz said...

Saya ada rm 20 zb0434599

silkhanaz said...

Untuk dijual

Anonymous said...

Saya ada duit print error ni satu..