Tuesday, February 19, 2013

Aku suka mamalia

Aku memang suka sangat dengan haiwan peliharaan jenis mamalia macam kucing tu ha..pantang gak tengok kucing gebu-gebu mesti nak pegang..geram..hari tu ada buat part time catering kat kenduri area Nilai, nak sembahyang zohor tumpang rumah tuan rumah, masuk kat dapur, nampak ja kucing, terus pergi kat kucing ambik gambar:

Ni gambar kucing tu, aku teringin gak nak bela kucing gebu warna putih macam kat atas tu..Kat kampung ada gak, tapi tinggal satu ja lagi.



Yang atas tu masa kucing aku kecik, first day adopt..sekarang tinggal yang kelabu tu ja (jantan). Yang betina kanan tu dah kena buang ngan mak aku kat pasar, sebab dia dah beranak 2 ekor, anak dia sangat hyperaktif, then mak aku tak larat nak jaga, letak kat pasar, confirm ada orang ambik sebab memang gebu ketiga-tiga ekor tu..aku balik kampung ja dah takda..sedih


Yang atas ni lak, sugar glider first aku, nama Mimi..Tapi, hilang time aku praktikal kat Penang..sebab sangkar yang aku guna tu sangkar burung 1.5 kaki, agak kecik untuk dia, sangkar yang betul besar, tak boleh nak bawak. then aku lak tak sempat main ngan dia time praktikal tu, maybe dia boring pastu dia melarikan diri..cari satu rumah tak jumpa. 


Ni pulak, pengganti si Mimi tu, beli dua ekor supaya sekor tu tak boring. Tapi malangnya tak dapat bawak balik Shah Alam, rumah sewa aku dah penuh, housemate dah wujudkan dapur, so sebahagian ruang tamu dah jadi padat, tempat aku letak sangkar dah takda. Aku pun taknak menyemakkan rumah sewa yang dah semak, aku pos sangkar tu ke kampung, ayah aku yang tolong jagakan 2 ekor tu. Nanti bila dah bekerja, aku nak bila kucing ala-ala Parsi lak, teringan sangat.

16 comments:

Eza Boom Boom :) said...

kucing mmg comel pon :)Hihi :) beli jangan tak beli. :)

Atiqah Razak said...

suka kucing jugak. tp taktau kenape sampai skrg masih tak minat sugar glider. sbb dia kecik kot. tak best peluk :P

cyma-alid-collection said...

cutenya mimi tu...geram...

shafmechy said...

Eza: confirm beli klu ada duit, ada ruang utk bela =P

Atiqah: peluk sugar glider, mati dia..haha

cyma: tu la..sedih dia hilang

inche hlovate said...

Ni kalau jumpa Rio and thinker sya kat kg tu mesti awk gram kan.. hidung diaorng penyet..mcm garfield

shafmechy said...

A'ah...sy culik diorang =P

inche hlovate said...

eh jgn

shafmechy said...

anak diorag xda?

inche hlovate said...

Takde la..ni kami tengah usahakan supaya mereka kawin tapi yg jantan tu mcm gay je huhu

shafmechy said...

bleh ke kucing gay..haha..x sampai usia matang dia lagi kot..

inche hlovate said...

boleh kot sebb keje dia asyik usha kucing jantan je hihi tak kan x smpai usia matang lagi..yg betina tu dah pernah beranak

shafmechy said...

tu dia stare tu, nk takutkan kucing jantan lain..hehe

inche hlovate said...

Hahaha tkde maknanya

elyna mirsada said...

kdg2 kita berhati2 tapi pengguna lain tak pula..hish ssh cm tu kn..masing2 kna berhemah le bila guna jln raya.

Mystic Angel said...

saya suka kucing jugak..ada bela sekor kaler oren..tapi kat kg ada lagi byk kucing...satu family suka kucing

shafmechy said...

best la camtu..suka kena rajin jaga jugak..adik2 sy suka kucing, tp nk jaga mls