Masa sembahyang jumaat tadi, dapat saf yang agak belakang, dekat dengan budak-budak sekolah rendah sebelah masjid tu. Diorang bersembang time khutbah, bising..geram jugak aku. Tapi, teringat balik, masa aku kecik-kecik macam diorang, aku pun lebih kurang je..masuk masjid, dok saf belakang sekali, sembang dengan member macam berminggu tak jumpa..
Teringat jugak, kes masa sembahyang Jumaat satu hari tu, bebudak mana tah tepi aku, main-main time tengah sembahyang, baling-baling songkok, memang bising, imam bagi salam je, terus lari keluar masjid..time aku nak keluar, ada sorang pak cik ni tarik tangan aku, dengan muka marah dia tanya "Ayah nama apa?" Bla..bla..bla..dia marah aku, dia tuduh aku yang bising. Walaupun aku budak lagi, tapi aku tau time sembahyang takleh main-main camtu. Aku terkebil-kebil ja kena marah free..
Kes kedua, time aku tengah tunggu member aku, waktu tu agak panas. Jadi, aku tumpang berteduh tepi sebuah 'body treler' yang diparking tepi jalan lama. Tetiba, sebuah kereta berhenti tepi aku, buka tingkap, terus marah-marah "Ooo..hang la yang dok curi lampu treler aku, hang ingat murah ka lampu tu nak ganti..bla..bla.." Lagi sekali aku kena tuduh...sedangkan tu first time aku berteduh tepi treler tu..zaman sekolah, aku ni nerd + nakal sikit, tapi tak pernah mencuri atau buat sesuatu yang memang salah.
Kes ketiga, masa aku nak pergi membeli alat tulis, aku masuk dalam kedai tu, pastu pergi la mencari pensil dan sebagainya, time aku nak bayar, dia suruh aku tunggu sekejap, dia suruh pekerja dia check poket aku, check rak-rak yang aku lalu tadi untuk pastikan takda barang yang hilang, maknanya dia syak aku curi barang dia la..lepas tu, aku tak pernah pergi dah kedai tu..dan tak lama kemudian kedai tu ditutup..puas gak hati =P
Dan kes yang aku tak faham sampai sekarang adalah kes dengan pakcik teksi. Masa tu dekat lorong kecik, muat sebijik kereta ja..aku naik basikal dengan member aku, ada teksi ni ikut dari belakang, so aku ngan member aku ni pecut la basikal tu laju-laju, niatnya taknak la sebab kami bawak basikal slow ganggu dia..terkejutnya, dia pun pecut teksi dia kejar kitorg, main cucuk-cucuk lak belakang basikal kitorg, memang cuak la, kitorg pun berhenti la tepi lorong dalam semak nak bagi laluan. Pakcik tu pun berhenti tepi kitorg, marah "Ha..pecut la laju lagi, awat tak kayuh jauh lagi..bla..bla" pastu dia teruskan sikit, then belok masuk area rumah dia (balik rumah rupanya, nak laju buat apa)..Aku tak faham sebab apa dia kejar kitorg, pastu marah-marah, salah ke kayuh basikal laju?..maybe hari tu dia tak dapat penumpang = takda income =bad mood...
Macam-macam la zaman budak-budak..pahit manis semua ada kan?
1 week ago
2 comments:
salah sangka ..
a'ah..salah sangka
Post a Comment