Thursday, September 10, 2015

Daftar syarikat perlu letak enterprise ke?

Tadi aku baru lepas daftar syarikat pemilikan tunggal...atau orang selalu sebut syarikat enterprise. Masa nak fikir nama syarikat tu, pening jugak la..mesti nak nama yang ok, yang best, atau yang mewakilkan diri kita...tapi yang peliknya, mesti hujung nama nak letak enterprise..aku terfikir jugak, nama enterprise tu, adalah title company kita, ataupun kita yang letak sendiri? Atau kita letak nama apa pun, SSM akan bagi title Enterprise?

Setelah diselidik dan bertanya di kaunter SSM, aku dah dapat jawapan. Untuk kawan-kawan yang belum tahu macam aku ni, Enterprise tu termasuk dalam nama syarikat, kalau korang letak enterprise, ada la enterprise dalam nama syarikat, kalau tak letak, takda la..Contoh, korang jual baju, nak nama brand Lady Betty...syarikat pun korang nak nama Lady Betty...tak semestinya korang letak Lady Betty Enterprise, korang boleh ja letak Lady Betty Collection, Lady Betty Trading ke..yang sesuai dengan bisnes korang...kalau letak Lady Betty Collection, bunyi lagi best dari Lady Betty Enterprise bagi aku...

Cara apply sangat senang, pergi ja mintak borang kat kaunter, isi borang tu, tak faham tanya kaunter. Bawak salinan IC, duit RM70.60 untuk nama trade, RM40.60 untuk nama sendiri. Pastu tunggu dalam sejam untuk sijil..kalau tak ramai, dalam 30-40 dah siap.

Nama trade tu selain nama kita. Kalau korang nak daftar yang murah tu, guna nama sendiri macam dalam IC, so belakang tu takkan ada Enterprise, Trading ke apa ke, kalau ada, dah termasuk kategori nama trade dah. Contoh guna nama sendiri; Mohd Saleh Ibrahim, Nurul Ain Osman....Nama tred/trade: Saleh Trading, Saleh Enterprise, Nurul Ain Collection, dan lain-lain (Nama hanya rekaan, jika sama, hanya kebetulan)

So, terhasil la nama syarikat pemilikan tunggal aku, MSA Creative Resources...asalnya aku mintak MSA Creative Solution, tapi dah ada orang guna kat Petaling Jaya, so aku dapat yang pilihan kedua..dia bagi 3 pilihan nama.

Doakan kita sama-sama berjaya ye.

Tuesday, September 8, 2015

Bila poket sudah kering

Sumber gambar: google

Terasa jugak teruk buat master ni bila tak dapat tajaan, gran, mahu pun pinjaman...Hujung bulan je, pening kepala cari duit nak bayar sewa rumah..Sem baru dah masuk, lagi bertambah pening nak cari duit untuk bayar yuran..RM1195 kalau tak salah aku nak kena bayar sem ni..pastu nanti, untuk aku punya thesis, conference lagi..beribu lagi nak kena cari...fuhhhh...

Situasi macam tu la selalu mendesak kita untuk cari idea macam mana nak dapatkan duit. Kalau orang yang tak boleh handle tekanan tu, mungkin akan cari dengan cara yang salah..tapi, kita yang masih berakal ni, kena la cari cara yang halal..

Alhamdulillah, aku dapat UPTA, apa itu UPTA? nanti aku cerita, pendek kata, part time untuk student postgrad kat uitm. Tapi, tak cukup tu, berapa ratus je dapat sebulan..so, aku kena cari lagi lubang duit..aku fikir nak buat part time kat luar, tapi still mencari part time yang tak banyak ganggu masa, maklum la, tengah push thesis ni..cara yang lain, berniaga online..haa..ni la senang, tapi yang susah..benda apa nak jual online? produk sendiri atau produk orang? Aku dah ada idea..minggu aku aku akan cuba jadikan idea aku tu realiti..hehe..

Sunday, September 6, 2015

Bengkel Usahawan Online Eh Eh Niaga



Selesai sudah bengkel usahawan online, dari pagi sampai petang tadi...Dah lama aku dengan housemate aku nak join bengkel ni, sebab kami memang nak sangat berniaga sendiri, tambah-tambah lagi kami tengah buat master, lagi la perlukan sumber kewangan...masa ada, tapi duit tak ada...Siri 1 kami terlepas sebab tak ada di Shah Alam..balik kampung rasanya..

Apa yang best, bengkel ni memberi gambaran yang lebih jelas kepada kita yang baru nak bermula dan yang telah pun bermula dalam bidang perniagaan ni. Macam mana perjalanan seorang usahawan harus lalui..cara yang betul..

Paling best, diorang ada program coaching..diorang akan bagi bimbingan untuk setahun bagi usahawan yang berminat..sebab program ni memang untuk membantu usahawan-usahawan bumiputra terutamanya..kalau nak tau detail, boleh search la pasal program ni, atau try tengok SINI.

Banyak orang minat nak berniaga, tapi cara bermula tu mungkin ada yang salah..banyak orang terus melabur dalam barang yang nak dijual, TAPI lupa nak laburkan untuk ILMU...yang paling penting bagi aku, ilmu..kalau kita tak tau cara, susah nak berjaya..boleh berjaya, tapi mungkin akan hadapi banyak masalah sampai kita putus asa..Jadi, carilah ilmu sebanyak mungkin sebelum memulakan perniagaan. Lagi bagus kalau boleh dapatkan bimbingan dari orang yang dah berjaya.

Bengkel tadi ada bagi dua domain free tau untuk setahun dengan kerjasama MYNIC. Satu domain yang ada .my dan satu lagi .name.my......kalau nak beli domain .my tu, dalam RM132/setahun kalau tak salah....Aku dah bagi 6 list domain, taktau lagi domain mana yang available..mungkin boleh guna salah satu domain untuk blog ni ke..hehe

Ni la gambar usahawan dan bakal usahawan yang pergi bengkel tadi. Yang berminat mungkin boleh join siri 3 nanti.