Sumber gambar: google
Terasa jugak teruk buat master ni bila tak dapat tajaan, gran, mahu pun pinjaman...Hujung bulan je, pening kepala cari duit nak bayar sewa rumah..Sem baru dah masuk, lagi bertambah pening nak cari duit untuk bayar yuran..RM1195 kalau tak salah aku nak kena bayar sem ni..pastu nanti, untuk aku punya thesis, conference lagi..beribu lagi nak kena cari...fuhhhh...
Situasi macam tu la selalu mendesak kita untuk cari idea macam mana nak dapatkan duit. Kalau orang yang tak boleh handle tekanan tu, mungkin akan cari dengan cara yang salah..tapi, kita yang masih berakal ni, kena la cari cara yang halal..
Alhamdulillah, aku dapat UPTA, apa itu UPTA? nanti aku cerita, pendek kata, part time untuk student postgrad kat uitm. Tapi, tak cukup tu, berapa ratus je dapat sebulan..so, aku kena cari lagi lubang duit..aku fikir nak buat part time kat luar, tapi still mencari part time yang tak banyak ganggu masa, maklum la, tengah push thesis ni..cara yang lain, berniaga online..haa..ni la senang, tapi yang susah..benda apa nak jual online? produk sendiri atau produk orang? Aku dah ada idea..minggu aku aku akan cuba jadikan idea aku tu realiti..hehe..
0 comments:
Post a Comment