Monday, September 5, 2011

Kalau nak tegur, biar dengan elok

pic: google

Pertama kali, aku nak ucapkan selamat hari raya walaupun dah seminggu kita beraya. Minta maaf jika ada aku sakiti hati sesiapa. Dah lama aku tak update blog ni, tak sempat dek kesibukan kerja dan persiapan hari raya, lepas tu beraya pulak, catering kenduri kahwin lagi..Mungkin minggu depan bila dah mula kuliah, boleh la update selalu.

Berbalik kepada tajuk entry ni. Tentang teguran. Aku memang tak kisah orang nak tegur aku dan aku rasa kebanyakkan orang tak kisah untuk ditegur, selagi orang yang menegur itu menggunakan bahasa dan nada yang elok.

Alkisah terjadi semalam, pukul 11 malam. Aku diajak untuk bermain futsal disebuah gelanggang futsal terbuka kat sebuah taman. Bila kami tengah pakai kasut, ready nak main, datang seorang pak cik ni, berjubah, berjanggut, nampak macam elok budi pekerti.

"Ampa baru nak main ka dah abis main?"

"Kami baru ja nak main"

Aku ingat dia datang nak sembang..dengan nada kasar dan muka yang bengis, dia berkata lagi:

"Sini peraturan lepas pukul 11 malam tak bleh main"

Kami tercengang. Sebelum ni orang lain main sampai kul 1 pagi, 2 pagi, ok ja..

"Kami main kejap ja pak cik"

"Kejap pun, peraturan tetap peraturan la, memang tak boleh dah lepas pukul 11, sapa-sapa pun tak boleh"

"Mana kami tau pak cik"

"Ha, tak tau kena bagi tau la"

"Kami orang luar ni"

"Orang luar ka dalam ka, tak boleh la, ambik mana kunci lampu limpah ni?"

Kami dia ja. Dia tetap berdiri situ. Akhirnya kami mengalah, kami keluar dari gelanggang. Member aku pergi kat pakcik tu, salam dan kata "minta maaf pak cik na, kami memang tak tau"

"Dak, kalau tak tau pun, kena ikut la peraturan, kalau tak ikut memang ampa cari pasal la"

Fuh, tersentap hati dengar nada dia balas member aku minta maaf. Aku panas ja dengar dia cakap, tapi aku jenis bersabar ja. Nasib baik jugak la kami yang datang tu semua baik-baik, tak ada yang mulut jahat, kalau tak, rasanya boleh berlaku pertengkaran tu. Member aku sorang lagi pun minta maaf jugak, tapi dia masih jugak balas dengan dia punya PERATURAN tu.

Member aku yang minta maaf mula-mula tadi, dah tak tahan, dia perli secara halus, "kalau peraturan macam tu, patut letak signboard la besar-besar bagi orang nampak, ni tak da apa pun"..pak cik tu buat taktau ja, dia dok menjawab dengan peraturan dia jugak..

Aku faham, kawasan taman, mungkin orang nak tidur, dia takut kami buat bising ke apa ke. Mungkin juga orang-orang yang datang bermain hari-hari sebelum tu buat bising tengah-tengah malam. Kami faham, sebab tu kami mengalah dan minta maaf.

Tak boleh ke dia datang bagi salam lepas tu cakap elok-elok "Adik, taman ni dah buat peraturan, pukul 11 malam tak boleh main dah, pak cik bukan apa, pak cik ditugaskan utk bagitau adik macam tu, minta maaf la, pakcik takbleh bagi adik main, adik datang lain kali la sebelum pukul 11.."

Kalau macam tu kan sejuk hati kami dengar. Kalau tak berkesan cara tu, baru la guna cara kasar. Jadi, korang pun kena la beringat, orang yang kita nak tegur pun ada hati, ada perasaan, tegur dengan cara elok, dia nak terima cara mana, terpulang.


15 comments:

Fathiah Hamim said...

haishhh itu lah orangg. tak reti nak tegur betul2. huhu

diana said...

orang tua..
memang selalu berasa depa ja yang betoi..
mentang2 tua..
eik???

inche hlovate said...

memang sentap la kalo kena tegur macam ni.. ckap la elok2 tok oii

syrupmasin said...

haha..same mcm jiran aku dekat kedah dulu..perghh berbual..maen serang je bukan nk ckp baek2..

kotak bulat said...

ish.. pnas je rasa.. nasib baik pkcik.. tp kne la hormat walaupun dgn yg muda kan.. apa slh tegur lembut2.. tak mati pun

MOMOCHAN said...

Fuhhh tersentap laaa kalau da minta maaf tapi dok ckp peraturan peraturan..ishhh

Kalau dapat yg jenis keras kepala rasanya diaorang buat dont know je smabung main biar pakcik tu sorang2 HEHHE

NuryBella said...

mcm bagus...kerek gler pacik tuh...tegur laa elok2 berhemah...satg kte melawan ckp kte lak kurg ajar...hmmm...GK kot pacik tuhh

Fee Hafeezah ketuk keyboard said...

hmmm.. patut pakcik tuh kena belajar communication skill ..haha.. pakcik-pakcik.. tp seriuslah, mmg bengang jugak kalo cmtuh..sabar je lah.. org tua kan..

Asyila Zainuddin said...

pakcik tu bekas askar kot dulu.. hikhik..

shafmechy said...

fathiah: dia kena blajar lgi tu..huhu

diana: yup, certain kes mmg cmtu..kita xleh nk buat apa la sbb kena hormat

inche: haha..nasib baik kami x panggil tok kt dia kn

syrup: jom ketuk pala =P

kotak: betul, walaupun budak2 sekali pun, cakap elok2 dulu

momochan: haha..mmg pun, tmbh2 klu jenis samseng

noorie: dia jeles xleh main futsal mlm2.. =P

fee: tu la..mmg kot bawak moto 20 minit, abis minyak camtu ja..

asyila: haha..agaknya la kn

inche hlovate said...

xpe lain kali pggil je tok hihi

Fee Hafeezah ketuk keyboard said...

lain kali pi jalan kaki naahh..barulah namanye exercise..futsal tak cukup utk exercise.. :D

Aimifiqa said...

erk~ rase mmg ganas cara teguran nye. biarlah berlembut sikit

syrupmasin said...

haha..jom2 :D

Saiazuan said...

huhu xde budi bahasa nye orng