Thursday, January 26, 2012

Telemarketing ??


Lama dulu aku pernah buat post tentang sorang wanita yang telefon aku untuk skim insurans etiqa Maybank. Segala perjanjian dan persetujuan hanya dirakam melalui perbualan telefon, tiada hitam putih. Baru-baru ni, aku dapat lagi panggilan telefon, tapi lelaki pulak:

Penelefon: Hello, ni encik Shafiq ke?

Aku: Ye, saya.

Penelefon: Ok, tahniah encik terpilih untuk promosi kami berdasarkan rekod bersih penggunaan kad kredit

Aku: (Dalam hati: Bila masa aku ada kad kredit?)

Penelefon: Jadi, kami akan hadiahkan privilege card untuk encik. bila encik berbelanja guna kad kredit encik, akan dapat bonus. Boleh saya tau encik kerja apa?

Aku: Student.

Penelefon: oo, encik dok guna kad kredit apa, visa atau master card?

Aku: saya takde kad kredit.

Penelefon: yeke. kad ATM ada?

Aku: Yang tu ada la.

Penelefon: Cuba tengok kat kad tu ada visa atau master?

Aku: Takde apa..kad ATM Bank Islam...yang lama..

Penelefon: Takpe la kalau macam tu, mungkin terdapat kesilapan dalam sistem kami. Terima kasih.

Sebenarnya aku ada ja kad ATM yang Visa punya, saja ja aku malas nak panjangkan perbualan. Lagipun aku punya debit card, bukan kredit, beza dua tu. Kalau sama pun, aku tak pernah guna pergi shopping guna kad tu, macam mana nama aku ada dalam sistem diorang.

8 comments:

~Filzati Zulkepli~ said...

nak menipu lagi lettew

ceriteraliyana said...

haha. cover tue. penah jgk dpt call bank, jual insurans. ckp ada kelas. alih2 esok lusa still call jugak. haissh!

Eza Boom Boom :) said...

saje je dorang buat macam tu, saja nak pancing customer la katakan. Ishh, susah la kan. banyak tipu daya je through phone ni. kena berhati-hati,cakap kat diri sendiri nih.. :)

fRaMe+LenSeS said...

sllu gak dpat dlu. tapi skg tade da y nak call. bagus. ehehe :D

NARDtheNERD said...

debit tu function dia sama je macam credit card. cuma bezanya dia deduct amount dari saving account u.

boleh pergi dekat bank and mintak letak consent tidak. then depa x akan call u lagi. :)

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

huhu sama la..smua kad ATM je ada..huhu

shafmechy said...

Filzati: mmg le tu..haha

liyana: sleagi kita x kata no, mmg diorg akan call la kot..

eza: yup, kita terpedaya, abis la

frame+lenses: ok la mcm tu =)

nard: bleh stop eh? will try

Saiazuan: kad ATM pn bleh jadi debit dh..he

Nur Syahirah Hainan said...

hahah...pernah jugak kene..sengal mengal betull..:)