Monday, February 27, 2012

Semut Masuk Telinga


Tengah sedap pagi tadi, terkejut dengan bunyi "kruk.kruk..krak.." dalam telinga. Aku tahu, memang semut la yang masuk tu. Tiap-tiap malam aku kena gigit dengan semut tu, cuma kali ni semut tu bertindak luar kesabaran aku bila masuk telinga. Bilik aku ni banyak dengan semut merah kecil macam dalam gambar di atas, semut tu la yang aku berjaya keluarkan dari telinga. Masa dia bergerak, geli-geli aku boleh tahan, tapi bila sakit tu, macam nak jerit ja.

Mula la nak cari mak kat dapur, mintak petua. Mak bagi kapur suruh sapu keliling telinga. Tapi, tak berkesan pun, lama gak aku tunggu, tak keluar-keluar. Apa lagi, aku cuba 'google' la pulak petua-petua yang lain. Petua pertama aku jumpa, dia cakap, kalau masuk telinga kiri, tutup telinga kanan, tarik nafas, tutup hidung sambil tahan nafas. Aku cuba berkali-kali, tak berjaya jugak.

Petua kedua, dia suruh titikkan minyak masak yang belum digunakan ke dalam telinga. Petua tu aku reject, malas nak pergi cari minyak (dasar pemalas..hehe)

Petua ketiga, lebih kurang macam petua pertama. Kalau semut masuk telinga kiri...tutup telinga kanan, dan baring dengan telinga kiri menghala ke atas. Alasannya, semut selalu bergerak ke atas. Alhamdulillah, seminit lepas tu semut keluar. Nasib baik sekor ja, first time kena dulu, 3 ekor masuk.

Kalau sesapa kena macam aku, boleh la cuba mana-mana petua yang korang berkenan.

8 comments:

ieYza azMieY said...

pernah masuk lalat lam telinga. cuma tk sampai dalam... memalam buta lalat tu menyinggah, kecik je. nasib boleh kuarkan. bunguks la lalat itu.. pastu terus tiap2 malam tidur selimut sampai kepala. gila trauma...hahaha

Umi Anaan said...

nasib baik semut tu keluar. kalau x abes bengkak tympanic membrane kena gigit. pas tu kena gi jumpe ENT sume. problem..

inche hlovate said...

selalu dengr petua pertama tu

Eza Boom Boom said...

tak penah lagi semut masuk telinga. hihi. btw, thanks for the tips..

Adia said...

satu lagi petua kalo masuk semut dalam telinga, suluh telinga dengan lampu picit, Insyaallah semut tu cepat-cepat keluar..kalo dia belum mati la..hehe

Anonymous said...

kalo semut masuk dalam telinga, suluh telinga dgn torchlight, Insyaallah semut cepat2 keluar, tu pun kalo dia belum mati la..hehe

Nur Syahirah Hainan said...

huhu..semut masuk tinge..cian dye....btw..gud tips..:)

Miss Xyz said...

ni mesti dlm telinga ada gula XD