Friday, February 22, 2013

Hanya kerana aku seorang budak

Masa sembahyang jumaat tadi, dapat saf yang agak belakang, dekat dengan budak-budak sekolah rendah sebelah masjid tu. Diorang bersembang time khutbah, bising..geram jugak aku. Tapi, teringat balik, masa aku kecik-kecik macam diorang, aku pun lebih kurang je..masuk masjid, dok saf belakang sekali, sembang dengan member macam berminggu tak jumpa..

Teringat jugak, kes masa sembahyang Jumaat satu hari tu, bebudak mana tah tepi aku, main-main time tengah sembahyang, baling-baling songkok, memang bising, imam bagi salam je, terus lari keluar masjid..time aku nak keluar, ada sorang pak cik ni tarik tangan aku, dengan muka marah dia tanya "Ayah nama apa?" Bla..bla..bla..dia marah aku, dia tuduh aku yang bising. Walaupun aku budak lagi, tapi aku tau time sembahyang takleh main-main camtu. Aku terkebil-kebil ja kena marah free..

Kes kedua, time aku tengah tunggu member aku, waktu tu agak panas. Jadi, aku tumpang berteduh tepi sebuah 'body treler' yang diparking tepi jalan lama. Tetiba, sebuah kereta berhenti tepi aku, buka tingkap, terus marah-marah "Ooo..hang la yang dok curi lampu treler aku, hang ingat murah ka lampu tu nak ganti..bla..bla.." Lagi sekali aku kena tuduh...sedangkan tu first time aku berteduh tepi treler tu..zaman sekolah, aku ni nerd + nakal sikit, tapi tak pernah mencuri atau buat sesuatu yang memang salah.

Kes ketiga, masa aku nak pergi membeli alat tulis, aku masuk dalam kedai tu, pastu pergi la mencari pensil dan sebagainya, time aku nak bayar, dia suruh aku tunggu sekejap, dia suruh pekerja dia check poket aku, check rak-rak yang aku lalu tadi untuk pastikan takda barang yang hilang, maknanya dia syak aku curi barang dia la..lepas tu, aku tak pernah pergi dah kedai tu..dan tak lama kemudian kedai tu ditutup..puas gak hati =P

Dan kes yang aku tak faham sampai sekarang adalah kes dengan pakcik teksi. Masa tu dekat lorong kecik, muat sebijik kereta ja..aku naik basikal dengan member aku, ada teksi ni ikut dari belakang, so aku ngan member aku ni pecut la basikal tu laju-laju, niatnya taknak la sebab kami bawak basikal slow ganggu dia..terkejutnya, dia pun pecut teksi dia kejar kitorg, main cucuk-cucuk lak belakang basikal kitorg, memang cuak la, kitorg pun berhenti la tepi lorong dalam semak nak bagi laluan. Pakcik tu pun berhenti tepi kitorg, marah "Ha..pecut la laju lagi, awat tak kayuh jauh lagi..bla..bla" pastu dia teruskan sikit, then belok masuk area rumah dia (balik rumah rupanya, nak laju buat apa)..Aku tak faham sebab apa dia kejar kitorg, pastu marah-marah, salah ke kayuh basikal laju?..maybe hari tu dia tak dapat penumpang = takda income =bad mood...

Macam-macam la zaman budak-budak..pahit manis semua ada kan?

Thursday, February 21, 2013

Tolong la memandu dengan berhemah


pic: google

Hari ni hampir accident..berapa kali dah hampir accident sebab pemandu yang tak reti nak memandu dengan betul.

Petang tadi, on the way balik dari bengkel fakulti, aku singgah nak beli makan. Ada la kereta kancil ni depan aku, dia bagi signal kiri mean dia nak parking sebelah kiri, aku pun ke kanan la untuk potong dia, tetiba ja dia tukar signal kanan dan terus belok. Nasib la aku sempat brake. Nak tukar pun, tengok la ada orang ke tak, dia sesuka hati ja kejap kiri kejap kanan terus..kalau kena tu memang aku la teruk, aku naik moto ja.

Cerita member aku lak lagi teruk, memang accident, bukan hampir macam aku dah. Dia tengah bawak bawak moto, then nampak ada kereta berhenti sebelah kiri jalan bagi signal ke kanan mean dia nak buat U-turn..member aku pun slow kn la motor dia tu, dia tengok kereta tu macam tunggu bagi laluan untuk dia pergi dulu, dia pun terus ja la, waktu tu jugak yang kereta tu U-turn. Teruk member aku tu kena, tangan dia terpaksa dimasukkan besi, lama jugak dia dalam wad. Driver tu tak datang pun jenguk dia.

Penunggang motor pun sama gak, ada gak cara bawak yang bahaya..tambah budak-budak uitm ni ha, waktu pagi memang jalan dalam uitm tu 'jem' la kan, motor-motor ni kena mencelah tengah-tengah la, ada mencelah kiri, tengok mana boleh mencelah, dalam mencelah tu, tak nak bawak slow, nak jugak laju-laju bawak. Akibatnya, brapa banyak dah accident motor langgar kereta nak belok. Tempat yang sama. Time jalan jem memang tak nampak kereta nak masuk keluar simpang tu. Tempat tu aku pun pernah nak accident, tapi bawak slow, so sempat brake.

So, pemandu kereta ka, penunggang motor ka, bawak elok-elok..nak cepat tapi hospital makan dia, memang tak guna..

Tuesday, February 19, 2013

Aku suka mamalia

Aku memang suka sangat dengan haiwan peliharaan jenis mamalia macam kucing tu ha..pantang gak tengok kucing gebu-gebu mesti nak pegang..geram..hari tu ada buat part time catering kat kenduri area Nilai, nak sembahyang zohor tumpang rumah tuan rumah, masuk kat dapur, nampak ja kucing, terus pergi kat kucing ambik gambar:

Ni gambar kucing tu, aku teringin gak nak bela kucing gebu warna putih macam kat atas tu..Kat kampung ada gak, tapi tinggal satu ja lagi.



Yang atas tu masa kucing aku kecik, first day adopt..sekarang tinggal yang kelabu tu ja (jantan). Yang betina kanan tu dah kena buang ngan mak aku kat pasar, sebab dia dah beranak 2 ekor, anak dia sangat hyperaktif, then mak aku tak larat nak jaga, letak kat pasar, confirm ada orang ambik sebab memang gebu ketiga-tiga ekor tu..aku balik kampung ja dah takda..sedih


Yang atas ni lak, sugar glider first aku, nama Mimi..Tapi, hilang time aku praktikal kat Penang..sebab sangkar yang aku guna tu sangkar burung 1.5 kaki, agak kecik untuk dia, sangkar yang betul besar, tak boleh nak bawak. then aku lak tak sempat main ngan dia time praktikal tu, maybe dia boring pastu dia melarikan diri..cari satu rumah tak jumpa. 


Ni pulak, pengganti si Mimi tu, beli dua ekor supaya sekor tu tak boring. Tapi malangnya tak dapat bawak balik Shah Alam, rumah sewa aku dah penuh, housemate dah wujudkan dapur, so sebahagian ruang tamu dah jadi padat, tempat aku letak sangkar dah takda. Aku pun taknak menyemakkan rumah sewa yang dah semak, aku pos sangkar tu ke kampung, ayah aku yang tolong jagakan 2 ekor tu. Nanti bila dah bekerja, aku nak bila kucing ala-ala Parsi lak, teringan sangat.

Monday, February 18, 2013

Tak kenal kawan selepas satu malam tak jumpa

Betul...satu malam ja...

Tadi tengah syok tengok cerita Touch Season 2, ada seseorang tiba-tiba masuk bilik aku, berdiri depan pintu sambil sengih..Aku tengok dia dengan muka pelik + hairan "sapa mamat ni, tetiba ja masuk bilik aku, salah rumah ke apa.."

 Aku scan satu badan, tengok muka dia betul-betul, oh, member aku rupanya..terus aku tergelak kuat..sebab ni:

Macam 'Botak' Juvana dah aku tengok..semalam rambut panjang, pastu dia pergi tidur rumah member dia, balik-balik petang tadi botak, memang aku tak kenal la buat beberapa saat. Ni kali pertama aku tak kenal member yang rapat dengan aku..

Selalu gak terjadi situasi orang tegur aku, tapi aku tak kenal orang tu. Selalu aku buat-buat kenal je nak jaga hati dia, tapi dalam otak cuba ingat balik sapa orang tu. Selalunya orang yang aku tak pernah bersembang, cuma tegur-tegur "hai" dan seumpamanya, kalau jumpa setahun lepas tu, memang aku tak ingat. Mesti pernah jadi kat korang gak kan... 


Tuesday, February 12, 2013

Bernilai dari nilai sebenar

Yang aku maksudkan dengan tajuk di atas adalah berkaitan dengan duit. Duit kertas terutamanya. Kalau duit yang lama dulu, zaman sebelum merdeka, memang semua orang tahu duit itu bernilai. Tapi macam mana pulak duit yang kita guna sekarang?

Sebelum ni, aku memang tak tahu pun duit yang kita guna sekarang ni pun ada nilai tersendiri bagi pengumpul wang kertas ni. Aku ingat duit zaman dulu ja ada nilai. Satu hari aku tengok member aku Wan kerap je pos duit untuk dijual kat facebook dia. Duit lama, duit baru. Dia la yang explain kat aku macam mana orang tengok nilai duit.

Mostly orang tengok error duit tu, print error, cutting error...then orang tengok pulak keadaan duit tu, lagi elok duit tu, lagi tinggi nilai dia. Ada gak orang cari duit replacement yang rare. Duit replacement ni adalah duit rosak, bank ganti dengan duit baru (kalau tak salah aku), duit replace akan mula dengan huruf Z...Tapi tak semua duit yang mula huruf Z tu bernilai, bergantung tahap rare. Contoh duit replacement paling latest yang aku ada:


Tengok nombor siri tu. ZA0291131. Jarangkan jumpa duit huruf Z ni? aku tanya member aku tu, dia cakap duit yang aku ada atas tu, nilai dia atas sikit je daripada RM20. Bawah ni contoh duit yang mahal sikit:




Atas tu semua print error, harga dia aku taktau. Aku pernah tengok, RM50 cutting error, harga beribu-ribu. Kalau jumpa duit yang cacat macam atas tu, jangan tukar kat bank, simpan dan cari orang nak beli, jual kat aku pun takpe. hehe. Nak tengok banyak lagi, lawat la album member aku ni, Muhammad Safuan Mustapa


Tuesday, February 5, 2013

Tips untuk mudah dapat UPU



Betul ke tak tajuk entri aku ni? Aku tak ingat aku dah buat ke belum entri ni, rasa macam belum buat. Takpa la, untuk yang belum baca.

Sekarang ni banyakkan yang nak isi UPU, adik aku pun tengah tunggu result SPM, nnt nak kena isi gak. Jadi, meh aku kongsi sikit tips sikit, bukan cara isi borang, tapi hanya sekadar tips untuk mencerahkan peluang korang diterima ke universiti selagi korang memenuhi syarat-syarat universiti tersebut.

Paling penting, isi borang tu betul-betul la. Yang aku nak bagitau sini, 4 pilihan utama tu. Aku dapat tips ni pun dari sorang pegawai yang terlibat dengan UPU, masa tu aku baru habis SPM, buat part time cafe kat UiTM Shah Alam. Dia cakap kat aku macam ni:

"Nanti kau nak isi UPU, 4 pilihan utama tu, kau isi universiti yang sama. Senang dapat. Sebab, contohnya, kalau pilihan 1 mintak UM, pilihan 2 mintak UiTM..tak dapat pilihan 1 tu, staff UM diorang hold dulu, ambil masa nak bagi kat UiTM. Bila dapat kat UiTM, kos korang dah penuh..last-last sekali korang kena tunggu rayuan. TAPI, kalau pilihan 1 UiTM, pilihan 2 UiTM, pilihan 3 pun UiTM..tak dapat pilihan 1, orang tu bleh bagi terus dengan member dia, sebab UiTM jugak, sebelah dia ja, pilihan 2 tak dapat, 3 ada lagi..tak perlu hold lama"

Perlu diingatkan, aku pun taktau betul ke tak, tapi aku ikut tips ni, member aku tak ikut. Pilihan 1 dia mintak UM, pilihan 2 UiTM, both kej mekanikal..semua tak dapat (mak dia tak bagi ambik UiTM sebagai pilihan 1). Aku minat engineering, pilihan aku:
1. Kej mekanikal UiTM
2. Kej kimia UiTM
3. Kej awam UiTM
4. Kej elektrik UiTM

Aku memang pilih UiTM je, sebab aku tak mampu la nak bayar yurang universiti lain satu semester 1500 lebih tu walaupun ada PTPTN. Bagi aku, universiti mana pun sama ja, yang penting diri korang tu nak pergi belajar ke, nak pergi main-main je. Kalau orang kata UiTM low class pun, yang aku tau latest punya ranking official yang VC UiTM post kt FB dia, UiTM no 4 di Malaysia (kalau tak salah), bagi aku high class tu.

Kalau ada apa-apa, tanya ja..jangan tanya macam mana nak isi dah la. Dah lupa dah.DAN kalau tips aku SALAH, tegur.

P/S: aku takda niat nak banding-banding universiti tau, just nak share tips UPU, takut ada yang sensitif dan terasa. Minta maaf.