Friday, January 18, 2013

Padah riak

Saja aku nk share supaya jadikan pengajaran. Cerita ni berlaku selepas beberapa hari peristiwa bekalan elektrik dipotong berlaku. Masa tu aku nak keluar makan malam dengan member aku. Member bonceng motor aku.

Mulanya, member aku just melawak "wei, satg tayar hang pecah, mampus aku". Aku just kata, "takpa, tubeless tahan"

Kali kedua dia kata "aku rasa tayar hang macam dah pecah ja..."

"Tayar aku tubeless la, kena paku pun tak pecah punya, tahan lagi..." Lepas aku kata macam tu ja, terus motor aku melelong (tahu melelong), terhuyung-hayang ke kiri dan ke kanan..memang rasa macam nak terbabas dah. Aku tak brake, just biar macam tu ja sambil control handle motor tu..Alhamdulillah, selamat berhenti.

Pelik, macam mana boleh tayar tubeless keluar angin secara mendadak macam tu..kalau kena paku, selalunya memang lambat angin keluar. Rupanya, memang kena paku pun, paku tu agak panjang tercucuk dari tengah tayar sampai  sebelah tepi tayar. Disebabkan paku tu tercucuk sebelah tepi tu la, angin keluar secara mendadak.

Jadi, walaupun nak bergurau, jangan la buat ayat riak.

2 comments: