Thursday, January 31, 2013

Silap kenduri kahwin

Tadi aku terbaca artikel tentang perkahwinan Liyana Jasmay ala bollywood, teringat pulak kisah aku tersilap pergi kenduri kahwin hujung bulan Disember lepas.

pic: google


Member aku ada jemput ke kenduri kahwin kakak dia. Aku dengan member-member yang lain pergi ke tempat kenduri tu berpandukan peta dalam kad jemputan kahwin tu. Kami ikut sebijik macam dalam peta tu dan sampai kat stadium MBPJ, nampak la satu tempat kenduri ja situ. Tapi yang pelik, lagu kenduri tu lagu ala-ala bollywood gitu, orang kat tempat tu pun pakai kebanyakkannya ala-ala bollywood la. Aku tanya member-member aku "Takkan la kak kawan kita buat kenduri ala bollywood kot..macam pelik ja.."

Diorang pun was-was jugak. Tengok pulak kat situ ramai India ja. Lagi pelik bila tengok gambar pengantin kat banner, sebijik macam pasangan bollywood. Setahu aku, kakak member aku tu, tak macam tu rupanya. Dalam tengah ragu-ragu, datang abang 'guard' ni tanya kami "Nak p kenduri ke? silap tempat kot, ramai dah silap, sini MBPJ, korang punya tempat kompleks sukan PKNS kot"

Bukan kami saja yang silap, ramai lagi silap. Diorang ikut map dalam kad tu, arrow tunjuk stadium MBPJ, tapi tempat sebenar ada tulis kat kad tu, kompleks sukan PKNS. Kalau yang taktau tempat macam kami ni, memang salah la, ada pak cik tu, sejam cari tak jumpa, nasib baik dia terserempak dengan kami, dia follow ja kami sampai tempat yang betul. Alhamdulillah la tak masuk terus tadi tu, kalau tak confirm malu habis.

4 comments:

Dahlia Daffodil said...

ok mmg lawak.hahahaa..
mlu seyh klu silap tmpat.nnt selamba ja pi mkn ^^,

shafmechy said...

dh tu abis mkn je baru sedar kata silap..hehe..mmg malu

inche hlovate said...

hahaha nasib baik tak pernah lagi slah p umh kenduri

shafmechy said...

cuba try bg salah skali =P