Friday, January 11, 2013

Elektrik kena potong, salah siapa?

pic: google

Awal Januari baru-baru ni, TNB ada buat operasi potong elektrik, bermula di seksyen 7 Shah Alam. Blok aku, 10 buah rumah kena potong bekalan elektrik, termasuk rumah sewa aku. Blok lain taktau banyak mana lagi.

Macam mana bekalan elektrik rumah aku boleh kena potong?

Begini ceritanya, masa awal-awal aku dan rakan-rakan aku pindah masuk, memang dah ada tunggakkan dalam bil elektrik, lebih kurang RM463 kalau tak silap. Kami dah maklumkan kepada tuan rumah, dan tuan rumah cakap dia akan selesaikan. Selepas tu, ajaibnya, bil elektrik tak sampai-sampai. Jadi, setahun lebih kami takda bil elektrik, umpama guna elektrik percuma. Benda free, sapa sanggup pergi tanya TNB kenapa tak dapat bil? Manusia, biasa la..

Dalam pukul 11 pagi, tengah study untuk final test petang tu, tetiba elektrik takda. Memang kami syak kena potong, dah setahun lebih tak bayar. Surat amaran pun baru dapat lepas sembahyang Jumaat (dah potong baru dapat surat amaran). Petang tu, housemate yang takda test, pergi la bayar. Korang tahu sebab apa bil tak pernah sampai??

Sebab, dalam sistem diorang mengatakan yang rumah kami dah dipotong bekalan elektrik sejak tahun 2011 disebabkan tunggakkan RM463 tu (tuan rumah tak bayar pun sebenarnya) sebab tu bil takda. Bila housemate aku pergi bayar, jumlah yang perlu dibayar adalah lebih kurang RM1840 termasuk bila lama tu, kena bayar semua tu, kalau tak, elektrik takkan disambung. Nak tak nak, memang kena keluar duit jugak la sorang RM130 lebih tambah dengan duit rumah yang sedia ada. Tak pasal-pasal melayang seratus lebih...Ramai penduduk kawasan aku ni terkena macam tu, ada yang mengamuk kat TNB, siap ada polis yang kawal dekat pejabat TNB petang tu, takut ada yang marah dan bertindak bukan-bukan.

Salah siapa? tuan rumah yang tak bayar tunggakkan awal? salah kami yang tak tanya TNB kenapa bil tak sampai? atau salah TNB yang tak check betul-betul sama ada rumah kami dah dipotong atau belum masa awal-awal tu?

4 comments:

inche hlovate said...

tak bg thu tuan rumh ke?

shafmechy said...

dh bgtau..dia ckp dh settle dh..dia tipu

Anonymous said...

Rumah sewa saya baru ja kena potong.....terus Google nak tahu mcm mna nak buat..jadi jumpa blog tuan..alhamdulillah.....saya nak tanya tuan...kalau saya pergi bayar semua bil2 yg tertangguh tu..agak2 bila pihak TNB akan sambungkan kembali elektrik..mohon pencerahan??? Masalah saya ni lebih kurang sama mcm masalah tuan...sbb penyewa lama x bayar elektrik hampir rm 300 lebih...

shafmechy said...

bagi kes saya, bila dah bayar semua, dalam masa sejam saja dia sambungkan..kalau tempat lain saya taktau la, tanya kaunter yang kita bayar, selalunya mereka tau