1 week ago
Tuesday, February 5, 2013
Tips untuk mudah dapat UPU
Betul ke tak tajuk entri aku ni? Aku tak ingat aku dah buat ke belum entri ni, rasa macam belum buat. Takpa la, untuk yang belum baca.
Sekarang ni banyakkan yang nak isi UPU, adik aku pun tengah tunggu result SPM, nnt nak kena isi gak. Jadi, meh aku kongsi sikit tips sikit, bukan cara isi borang, tapi hanya sekadar tips untuk mencerahkan peluang korang diterima ke universiti selagi korang memenuhi syarat-syarat universiti tersebut.
Paling penting, isi borang tu betul-betul la. Yang aku nak bagitau sini, 4 pilihan utama tu. Aku dapat tips ni pun dari sorang pegawai yang terlibat dengan UPU, masa tu aku baru habis SPM, buat part time cafe kat UiTM Shah Alam. Dia cakap kat aku macam ni:
"Nanti kau nak isi UPU, 4 pilihan utama tu, kau isi universiti yang sama. Senang dapat. Sebab, contohnya, kalau pilihan 1 mintak UM, pilihan 2 mintak UiTM..tak dapat pilihan 1 tu, staff UM diorang hold dulu, ambil masa nak bagi kat UiTM. Bila dapat kat UiTM, kos korang dah penuh..last-last sekali korang kena tunggu rayuan. TAPI, kalau pilihan 1 UiTM, pilihan 2 UiTM, pilihan 3 pun UiTM..tak dapat pilihan 1, orang tu bleh bagi terus dengan member dia, sebab UiTM jugak, sebelah dia ja, pilihan 2 tak dapat, 3 ada lagi..tak perlu hold lama"
Perlu diingatkan, aku pun taktau betul ke tak, tapi aku ikut tips ni, member aku tak ikut. Pilihan 1 dia mintak UM, pilihan 2 UiTM, both kej mekanikal..semua tak dapat (mak dia tak bagi ambik UiTM sebagai pilihan 1). Aku minat engineering, pilihan aku:
1. Kej mekanikal UiTM
2. Kej kimia UiTM
3. Kej awam UiTM
4. Kej elektrik UiTM
Aku memang pilih UiTM je, sebab aku tak mampu la nak bayar yurang universiti lain satu semester 1500 lebih tu walaupun ada PTPTN. Bagi aku, universiti mana pun sama ja, yang penting diri korang tu nak pergi belajar ke, nak pergi main-main je. Kalau orang kata UiTM low class pun, yang aku tau latest punya ranking official yang VC UiTM post kt FB dia, UiTM no 4 di Malaysia (kalau tak salah), bagi aku high class tu.
Kalau ada apa-apa, tanya ja..jangan tanya macam mana nak isi dah la. Dah lupa dah.DAN kalau tips aku SALAH, tegur.
P/S: aku takda niat nak banding-banding universiti tau, just nak share tips UPU, takut ada yang sensitif dan terasa. Minta maaf.
35 comments:
Lama tak singgah sini. Ingat lagi Eza lagi takk? * Eksaited nihh :P..
Apa-apapun, uitm dihatiku ;)
tapi kan.. kaunselor sek aku cakap, kalau nak isi UPU tu kena ikut minat kita.. jgn kira sgt U mane2..
eza: igt je..hehe
syafiq: ye, betul..
ohh camtu nghupernyeee. hehe
camtu la kot..hehe
thnx 4 de info. blh la tlg adik aku yg lpasan SPM tu. hehehe
u r welcome =)
Kalau 4 yg teratas tu pilih universiti yg sama, memang konfem dapat universiti pilihan ke hape? Kalau empat2 yg kite mintak tu semua dah penuh acaner?
tak confirm jugak...sekadar mencerahkan sedikit peluang..bergantung kepada result dan universiti apa yg dipilh...kalau dh penuh, mmg xkn dapat la, kena tunggu rayuan lak..byk2 doa.
owh patut la sya tak dpat masuk U dulu..minta macam2 U dulu haha
eh..ni pun sy xtau berkesan ke x..pegawai tu yg bgtau, sy kongsi jer..hehe
thnx fr the info bro , sy pun belum isi lagi upu sbb skrg tgh ushar tips nak isi , btw , would you mind to visit my blog ? thnks again bro :))
http://kasutpink.wordpress.com/
assalammualaikum, if saya minta rayuan kedua untuk degree, sama ke step macam nak isi first upu tu? mohon pencerahan.
w'slam..minta maaf, pasal rayuan saya tak tau sgt macam mana step dia..
Klw kita nak uia tapi xcukop syarat untok medik cukop untok sc hayat ja . N klw usim cukop untok medik so buat camna
Klw kita nak uia tapi xcukop syarat untok medik cukop untok sc hayat ja . N klw usim cukop untok medik so buat camna
minat yang mana? kalau minat medik, ambik je yg cukup syarat. Bg sy la, tak kisah uni mana, yg penting kita perform the best.
Fuhh, thankyou! Sangat membantu. Tapi ada soalan ni. Nak isi upu kan dia bagi 3bidang, let say saya isi 1.engine 2.science 3.tech, tapi bila pilihan course and u saya isi semua engine, kalau lah tetiba semua course tu saya xdpt, adakah dia masukkan je course apa apa dlm bidg 2 n 3?
saya pun tak sure kalau macam tu. sy pun bukan mahir sgt bab UPU ni, tu pun tips orang bg sy kongsikan
nak tanya ni, permohonana upu ni sapa cepat dia dapat ke ?ada kawan i kata kalau kita isi lambat, nanti kos yg kita mintak akan penuh.tapi time kita apply tu belum tamat lagi tarikh permohonan. betul ke ?
Eh, takde la sapa cepat dia dapat, dia akan process ikut kelayakkan la..
Nk tya skit klau kos degree Sains (kepujian) maths..biasanya uitm mna ya?
saya tak sure sangat...tapi most degree kt puncak alam dan shah alam..
uitm ni kan nk yg bumiputera .. ad kwn sya ckp .. klo mak ayh wrganegara asing ..tapi ank dia wrganegara mlysia tu bole dpt ke ?tu mcm mna plak ye
@anonymous
yang tu sy tak pasti. setahu saya, asalkan pelajar status bumiputra..tgk kepada status pelajar..tapi saya tak confirm..nak confirm boleh call office uitm bahagian pengambilan pelajar.
Kalau result ade c and d ade hrpn ke nak msk asasi?
Boleh bagi tips mcm mna nak pilih ketiga tiga bidang tu? Sy minat bio, tp xtau nk pilih bidang apa
Salam.
Kalau ada C utk subjek kritikal, susah jugak..sbb asasi terhad, dan ramai yg target nak mohon asasi..jadi agak susah..
Tips klu utk bio sy tak tau sgt..saya cadangkan awak pergi expo yg dianjurkan oleh mana2 universiti utk pelajar lepasan SPM, contohnya "Selangkah Ke UiTM"...kat situ awak boleh tnya diorg apa2 saja berkaitan dengan bidang2 yg ada..expo tu mmg tujuan utk bg gambaran jelas utk pelajar lepasan SPM nk pilih bidang apa..
Salam.nak tanya.sbg contoh,dip bisnes nak 5kredit termasuk bi,bm,math.tapi bi saya cuma c+.bm,a-,math b+ dan ada lagi 2 subjek b+ dan b.ada peluang tak nak dapat walaupun bi saya cuma cukup3 saja?
Salam...selalunya kalau minimum memang susah la..sebab diorang akan tapis..jadi, better apply yang melepasi syarat minimum
Saya apply upu.pastu takdapat.4 u teratas saya letak uitm.tapi takdapat jugak emmm.
Boleh tak Rayuan UPU kita letak kos yang kita nak atau tak layak ?
Salam, nak tanya. Contoh kalau dapat semua 4 temuduga tu dari fakulti dan universiti yang sama, kena pilih salah satu atau buat je semua temuduga tu?
( contohnya video resume)
Salam.... saya nk tanya kalau buat rayuan upu nanti dia bleh buat berapa pilihan balik ye???Saya x dpt upu :'(
Salam , nak tanya ? Kat Uitm boleh tukar kos tak ? sebab saya dah tersalah pilih kos ?
Post a Comment