Sunday, August 14, 2011

Duit Rosak Boleh Tukar

pic: google

Beberapa hari yang lepas, dalam perjalanan menuju ke tempat kerja, aku berhenti untuk mengisi minyak. Aku menghulurkan wang kertas RM5 kat mak cik yang jaga pam minyak tu, tetiba dia cakap "dik, ada yang lain tak, duit koyak ni, takut orang tak mau"..eh..aku tak nampak pun koyak..rupanya ada koyak sikit dalam 5 cm. Kalau semua tempat tak terima duit koyak sikit macam tu, rugi la aku RM5.

Aku pernah terbaca, tapi dah lupa kat mana. Dikatakan, wang kertas selagi kerosakkannya tidak melebihi 1/4 (kalau tak salah) adalah sah diperlakukan. Tapi bila aku 'search' kat bank negara punya website, dapat la sedikit ilmu tentang duit yang kita perlu tahu.

Kalau korang dapat duit yang ada conteng-conteng, jangan terima, mintak tukar, sebabnya kalau kita pergi kat bank, kemungkinan besar bank tak terima, kat kedai-kedai biasa mungkin terima, kalau kedai high standard mungkin tak terima. Jadi hati-hati. Aku pernah jumpa duit kertas, atas duit tu ada nombor telefon..ada jugak yang tulis senarai barang yang nak di beli..macam-macam..kalau kena reject duit tu rugi ja..cari la kertas lain..

Lagi satu, kalau ada duit yang cacat atau rosak (gambar atas) seperti lusuh, reput, kena dakwat ke..korang boleh tukar duit tu kat mana-mana cawangan bank negara. Tetapi, rasanya tak semua jenis kerosakkan boleh ditukar..

Kat tempat kerja aku, banyak gak duit yang rosak, kebanyakkannya terkoyak atau terputus dua duit tu..dan kebanyakkannya juga adalah RM5 yang baru tu..memang cepat rosak duit tu..walaupun kena air tak basah, tak lusuh, tapi mudah reput/rosak/koyak..duit yang lama ok lagi, tapi mudah lusuh pulak...Jadi, pandai-pandai la pastikan duit korang tak rosak ye..

Sumber dari bankinginfo

26 comments:

ZWAN SABRI said...

aku pown slalu jugak dapat duit yang rosak.. bila nk guna duit tu, aku xtaw nk guna kat mana sbb banyak kedai yg xmo.. last2, aku terpaksa buang jelah duit yang rosak tuu.. HUHU


MySuaraBlog: Cahaya Matahari Rangsang Hormon

said...

bila kita bagi duit rabak2 , diorang komplin, tapi bila diorang bagi, amboii.. eshh

Nurnajwa said...

Ehehe, sng pkai kad je ;D

*tp kat kdai runcit tak boleh la XD*

Asyila Zainuddin said...

ha'ah.. duit 5 ringgit memang senang giler nk koyak.. tak best betul..

Umi Asura Sanusi said...

betul3x..memang duit rosak boleh tukar.kawan saye pernah pergi tukar duit rm50 sebab duit tu rosak kat bank negara (kat mane entah, dekat2 sogo kot). sekejap je procedure die.

sharifahzakiah said...

rugi laa kalau duit tu xleh guna dah..huhuhu

Fee Hafeezah ketuk keyboard said...

duet oh duet..hehe..pkcik, nk duet raye..:D

::Cik Pija:: said...

nak bagi duit cantik, kalu dapat duit raya, iron je mesti duit tu akan keras mcm baru <-petua bengong cikpija :D

Shamsuddin Amin said...

klo ade duit rosak...
tryy2 bawa ke bank...
klo dpt tukar alhamdulillah...
klo x... alamat rugi la...

syrupmasin said...

haha..aku pernah tgk ade india tulis kate2 cinta dekat note seringit ta silap :D

Fathiah Hamim said...

pelik kan. rm 5 tuh cepat rosak sebenarnya. heh

shafmechy said...

Zwan: laen kali jgn buang, simpan ja, pastu tukar kat cawangan Bank Negara..jgn tukar kt bank biasa

ﻉ: tu geram gak..diorang bg xpa lak kn..

nurnajwa: nanti zaman 'future' semua kedai guna kad kot..haha

asyila: yup..byk dah rugi

Umi: bagus la klu kejap je..mls klu lama2..haha

sharifahzakiah: klu 2 3 ringgit ok lagi..klu 2 3 ribu tu..fuhh

fee: mai beraya rumah..haha

cik pija: rajin la pulak nk iron satu2..haha

Shamsuddin: kena p cawangan bank negara...bank biasa mmg kena reject la

syrup: abis xde kertas la tu

fathiah: mungkin x cukup berkualiti kot

alif haris said...

kwn aku pernah jadi bengong sbb die iron duit 5 hengget tu ..
hahahaha ..abes burn cmtu ..
duit ketas singgit tu boleh lah di iron ..

Liyana Zahim said...

Jarang dpt duit rosak.. Tp lau dpt baya blik kat sape gune teknik2 tertentu bg die tak pasan.. Ahaks~

syrupmasin said...

haha..baru mcm cinte sejati doe tulis dekat duet :D

syarifahsidrus said...

kena hati2 la pasni..sayang duit burn camtu je..hee

Aimifiqa said...

la. baru tau. kalau duit koyak kan. mmg jenuh nak cover supaya tak nmpk. hhihi

shafmechy said...

alif: uih..itu plastik, klu iron mmg la..haha

liyana: itu yg sy lakukan, sorok sikit bahagian yg terkoyak tu..hehe

syrup: simbol cinta wang tu..haha

syarifah: yup..mmg kena hati2

aimifiqa: mesti ramai yg buat cmtu..sy pun slalu buat =P

inche hlovate said...

pernah terkena juga orang tak nak terma duit koyak.padahal kita pun dapat daripada baki beli brg kat kedai lain huhu

shafmechy said...

inche: kita mangsa =P

inche hlovate said...

hihi..sabar je la

shafmechy said...

yup2..bersabar..haha

bella luna said...

nice sharing,bdw,mmg mostly kedai tak nak terima duit rosak and cik bella pun lau ade org bg duit rosak mesti mintak lain,hehe,.

Nurul Wahidah Jamal said...

...

Nurul Wahidah Jamal said...

If hilang line tepi tu mcm mana pula...??? Duit rm50...
Basuh baju tak perasan ada duit dlm poket seluar...

shafmechy said...

bella: yela..kedai pun takut org lain lak taknak terima..haha

Wahidah: Try tnya bank negara, maybe boleh tukar, tp saya tak sure sgt..tnya je tak rugi, tak tnya rugi..hehe