Monday, August 1, 2011

Musim menuai


Pertama kali aku nak ucapkan selamat berpuasa untuk rakan-rakan blogger dan pembaca semua. Jadikan Ramadhan kali ni lebih baik dari Ramadhan sebelumnya, banyakkan lagi ibadat kita untuk kali ni.

Seiring dengan kedatangan Ramadhan, kat kawasan kampung aku juga sudah mula musim menuai. Mungkin kat tempat dah lama bermula, dan mungkin jugak belum bermula. Alhamdulillah, semua ni rezeki untuk semua pesawah bagi persediaan bulan Ramadhan dan jugak Hari Raya yang bakal menjelma.

Gambar kat atas tu adalah jentera penuai padi atau jentera sawah padi atau apa-apa ja la yang korang panggil, aku panggil jentera tu 'mesin padi'. Mesin padi tu 'parking' tepi rumah aku setelah habis menuai sawah tepi rumah aku tu, sawah tu diusahakan oleh bapa saudara aku. Sebelum ni ayah aku pun ada dak buat sawah sebagai part time, tapi memenatkan dan tak sempat nak urus, sibuk dengan kerja sebagai guru.

Masa aku masih kecil lagi, aku ingat aku selalu balik kampung (sekarang ni rumah aku kat situ) dan tolong arwah datuk aku benih padi, letak benih padi dalam bekas kecil, ambil segenggam dan tabur..dalam dua tiga tahun lepas tu, datuk aku dah tak guna 'manual' dah, guna mesin, mesin tu orang guna untuk menabur benih dan baja. Sedih aku tak boleh nak tolong.

Bila tiba musim menuai pulak, aku sebagai seorang kanak-kanak waktu tu, memang cukup suka la tengok mesin padi tu menuai, teringin nak naik..bila padi dalam mesin tu dah penuh, dia akan berhenti untuk transfer ke lori, waktu tu la aku ambik kesempatan, merengek nak naik..walaupun kena marah sebab merengek, dapat jugak la merasa naik.

Itu semua kenangan zaman kanak-kanak. Sekarang ni, tak ramai kanak-kanak yang boleh dapat pengalaman macam tu dah, zaman dah maju kan.

23 comments:

syrupmasin said...

aku dah lame tgk tgk menuai nih..huhu..dulu dekat kg mase atok aku ade lg selalu lah tgk..haha :D

Asyila Zainuddin said...

kite takde pengalaman camtu.. huhu.. untung la kan ade pengalaman camtu.. :)

snOw sakura said...

dlu abg ska la dk ikut blkg mesin padi nk tgkp ikan dlm selut2 tu.. byk dpt ikan.. huhu, nasib baik kta ddk negeri ada padi kn, merasa jugak tgk mesin padi.. :p

Fathiah Hamim said...

saya tak penah tengok orang menuai T__T

ekin alias said...

bestnye kawasan mah..hijau ja..~

terataiflowerz said...

teringin nak tgk org menuai padi

Aimifiqa said...

seronok duk kat tepi sawah. dulu penah la. mmg best. gi cari belut. ikan laga-laga tu. mancing puyu. main layang2. mmg bestla. cari lokan kat parit2. rindu sgt time mcm ni. hihi. btw, salam ramadhan :)

syarifahsidrus said...

bestnya....
rinsu nak tengok sawah...

Fee Hafeezah ketuk keyboard said...

wah! bestnye..mmg tak dptlah nk tgk sawah padi.. tgk kt TV je..sigh =.=

shafmechy said...

syrup: skrang x dh?

asyila: lain org lain pengalaman kn..=)

snowsakura: awk x ikut abg awk? =P

fathiah & teratai : nak tgk org menuai mmg x da dah..mesin ja yg menuai skrang ni..hehe..mai la sebelah utara

ekin: rumah sy tengah sawah..

aimifiqa: dah dewasa xleh dah buat cmtu kn..salam ramadan =)

syarifah: bila-bila berkunjung la ke utara ye

fee: mai perlis mai..nnt sy bawak jln2 =P

Eza Boom Boom :) said...

awk sgt bertuah dpt tgok sawah padi depan mata..huhu, nikmat dari Allah...jadi family awak tak payah beli beras la kan ? :)

shafmechy said...

eza: kena jugak la beli..padi tu jual kat kilang.. =P

buDAK keCIK said...

untung la kau. ak pn x tahu cmne org menuai padi guna mesin tu...

salam ramadhan wahai kawan ^_^

Diera Tekikushika said...

selalu teringin nk pergi sawah padi, nak2 yg belah utara.. best jeee tengok kat tv

izyan yasmin said...

besarnya mesin menuai :D
takut plak tengok . mesti best kan . rumah shaf dkt dgn sawah ke ?

shafmechy said...

budak kecik; agak complicated, ala, nnt bila2 datang la utara

diera: nnt datang je, byk gak tempat menarik kt utara ni

min: tepi belakang sawah, senang kata, tgh2 sawah =)

::Cik Pija:: said...

perlis la best! :)

ceriteraliyana said...

teringin nk jejak kaki kat sawah padi..

shafmechy said...

cik pija: betul2..plg best harga barang la, murah2

ceritaliyana: datang la perlis..sy bawak masuk sawah =P

alif haris said...

wah untunglah pernah merasa duduk bendang .. rumah aku takde sawah pn huhu

Far8 budak baik said...

best gileee time kecik
kau ade memori gitu...
aku rase macam nak rase jugak je..
kalau boleh pergi ke time kecik tu
aku nk rase gakk merengek nk
naik hahahahaha =p

shafmechy said...

alif haris: rumah aku dalam kmpung, tengah2 sawah

far8: haha..ko mesti pernah merengek nak yg lain, lain org lain pengalaman =P

said...

ada katak tak? haha. dulu mase pergi kat rumah kawan kakak kat kedah, rumah dia tepi bendang. wahh, saye tido dengan katak! huhu. tapi seronok waktu pagi sebab sejuk je jalanjalan kat bendang tu.pemandangan pun cantik

^__^