Tuesday, August 23, 2011

Jangan Guna Petrol Nyalakan Api

pic: google

Rasanya, semua orang tau kan petrol itu merupakan bahan bakar yang sememangnya sangat mudah terbakar..dan disebabkan pengetahuan itulah, ada segelintir yang mengambil jalan mudah untuk menyalakan sesuatu dengan cepat menggunakan petrol, selalunya bakar sampah, nyalakan arang.

Sebelum ni aku ada cerita yang aku kerja kat bazar kangar, tapi aku dah dipindahkan ke cawangan depan sekolah menegah lama aku. Tapi, aku berbuka puasa kat bazar kangar sekali dengan bos. Semalam, bila aku tiba kat gerai bos aku tu, aku nampak la sehelai baju bekas terbakar. Aku ingatkan gerai sebelah tu gunakan baju tu untuk nyalakan arang, diorang jual ayam panggang.

Rupanya, baju tu adalah kepunyaan pak cik yang bertugas untuk nyalakan arang, dia gunakan petrol. Api sambar separuh badan dia, sekarang dia di wad, diletakkan dalam bilik kaca, makan pun disuap. Sebelum ni masa aku masih kerja kat situ, dia guna getah ja nyalakan arang tu, tapi lambat la.

Petrol sangat cepat meruap ke udara, sebab tu la api akan cepat menyambar mana-mana tempat yang kena wap petrol tu. Jadi, jangan la korang sesekali terfikir nak guna petrol untuk nyalakan api, mungkin korang kata, "eleh, aku tau nak elakkan dari disambar"...tapi malang tak berbau, benda yang bahaya kena elakkan. Tambah-tambah nak dekat raya.  Aku doakan semua selamat.


15 comments:

syrupmasin said...

gile kesian doe..dah la nak raye..semoge pakcik tuh cepat sehat..*err baek ta aku?? :D

ZWAN SABRI said...

Alahai, kesian kat pakcik tuu..
satu lagi,klaw kat petrol station, sila matikan enjin kenderaan n jangan guna telefon bimbit.. bahaya! HUHU


MySuaraBlog: Contest Aku Berpuisi : 31 Ogos Datang Lagi

Asyila Zainuddin said...

ngerinya.. kesian pakcik tu kn.. hmm..

::Cik Pija:: said...

btul2, kalau terer sekalipun nak elak kena sambar api, kalau dah malang tu tak berbau masa tu jugak, dah xleh nak watpe dah kan.

cikpija nyala api pakai surat kabo je. :P

Fee Hafeezah ketuk keyboard said...

tak pasal-pasal ditimpa musibah..macam2..

insyaALLAH selamat..

Fathiah Hamim said...

laaaa kesian nyaa. sila la berjaga2 ye.

Aimifiqa said...

menakutkan. patutla kat stesyen minyak. jgn merokok. kalau tak~~

Liyana Zahim said...

Pehhhh.. Mmg tak patot pon pkai petrol kot~~

inche hlovate said...

jgn bermain dgn api kelak terbakar diri hihi

alif haris said...

huhu bahaya nya .. seram aku dgr cerita cmtu ..huhu

shafmechy said...

syrup: baik la jugak..haha

zwan: yup..tp ramai ja buat cmtu kn..

Asyila: mmg kesian la, dh nk raya dh

cik pija: sy pun sama..takut nk guna minyak2 cmtu

fee: tu la kita sendiri kena hati2 kn..

fathiah: kesian..kena raya kt wad

Aimifiqa: uih..merokok kt stesen minyak cari nahas namanya..meletup stesen tu..

Liyana: a'ah..klu x kena dia xtau

inche: kecil2 rakan, besar jd lawan =P

alif: atas diri kita sendiri jugak..kena pandai fikir mana baik mana buruk, mana bahaya

Fee Hafeezah ketuk keyboard said...

kena hati2, tp kdg2, dlm kita berhati2 kena jugak kn.. dah takdir, nk buat cmne kan..terima lah seadanya.. ^^.

Anif Abdullah| AA said...

sian eh pak cik tuh..
tula,kene berhati2 jangan sebarang je nak bakar2 nih

syarifahsidrus said...

kesiannya....

shafmechy said...

fee: yup..anggap sebagai ujian

anif: ha, mmg kena betul2 berhati2

syarifah: xdpt nk tlg apa dh bila dh kena