pic: google
Patah tumbuh hilang berganti, tamat kerja kantin bazaar ramadhan menanti...dah habis dah kerja jumaat lepas, bos offer kerja untuk bazaar ramadhan pulak..aku ok ja pada mulanya sampai la dia kata "petang ni p cucuk"...aku automatik cakap "tak mau la"...
Aku agak takut bab-bab cucuk ni..bukan sebab tak tahan sakit, tapi rasa mcm ngeri sikit..klu boleh nak elakkan dari rasa dicucuk tu..last kena cucuk mcm malam raya beberapa tahun lepas, masih segar kat ingatan rasa dicucuk tu..tak mau..
Tapi apakan daya, terpaksa jugak..sebelum ni pun sepatutnya aku kena cucuk lama dah, sebab aku kan selalu kerja tempat makan..sesapa yang bekerja kat tempat yang mengedalikan makanan, perlu dicucuk...tapi aku mengelak, bagi alasan kerja tak lama, kejap ja..kali ni tak berjaya nak elak...
Dah la terpaksa cucuk, klinik yang cucuk tu pun ada satu ja dalam Perlis ni..aku pergi situ dalam pukul 4 petang, penuh manusia..masing-masing semua pekerja bazaar..boleh bayangkan, aku daftar pukul 4, selesai semua pukul 7...3 jam kena berdiri menunggu, kerusi tak cukup sebab hari biasa sikit ja orang.
Sampai rumah dalam pukul 8 mlm, pastu member lak ajak main futsal, tak cukup orang katanya..jadi seharian aku keletihan yang amat...faham-faham ja la macam mana kalau letih kan, blog tak dapat perhatian penuh...sesapa orang perlis tu, nanti pergi la beli kat ramadhan Kangar, gerai nombor 5, jual nasi campur kalau tak silap aku. Mai jangan tak mai.