pic: google
Aku selalu dengar ayat "tak dapat hidayah lagi" bila ditanya seseorang yang buat perkara yang berdosa..macam minum arak ke..langgan pelacur ke..dan lain-lain lagi la...kalau tanya "bila la kau nak berubah ni?"...dia pulak jawab "tunggu la bila aku dapat hidayah nanti"...aku tak suka bila orang cakap macam tu...cuba kita terjemahkan, sama tak seolah-olah dia cakap "cmna nak berubah, Tuhan tak bagi hidayah lagi"...salah Tuhan ke?
Kenapa perlu bagi alasan hidayah tak dapat lagi..sedangkan diri dah benda yang dibuat tu berdosa, berhenti la buat...mungkin kerana susah nak hilangkan tabiat tu seperti contoh orang yang hidupnya sentiasa dengan arak, susah nak berubah secara mendadak, dia sedar perbuatan dia berdosa, dia ada keinginan nak berubah, tapi tiada pulak usaha dia, cuma asyik kata "tak dapat hidayah lagi"...bila boleh berubah kalau macam tu.
Cuba kita tengok balik maksud hidayah, "Hidayah ialah petunjuk yang dikurniakan oleh Allah swt kepada manusia untuk kebahagian yang sejati dan abadi di dunia dan akhirat. Allah juga mengurniakan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya, tetapi kita juga hendaklah BERUSAHA MENDAPATKANNYA".. Bukannya semua orang akan terpilih untuk mendapat hidayah secara tiba-tiba...segelintir saja yang kita tengok tengah asyik buat maksiat, tiba-tiba mimpi, esoknya terus insaf dan berubah...tak semua boleh dapat macam tu...
Jadi, sampai bila nak tunggu hidayah datang? Ingat, perkara yang paling dekat dengan kita ajal..mungkin bila kita cakap nak tunggu hidayah, tak sempat hidayah datang, ajal yang datang dulu, tak ke rugi hidup hanya dalam maksiat, penuh dosa? Kalau betul nak berubah, kalau betul nak hidayah, BERUSAHALAH untuk mendapatkannya, jangan tunggu..antara caranya:
- Sentiasa membaca Al-Quran dan menghayati isi kandungannya
- Istiqamah dalam melakukan ibadat wajib
- Melazimkan diri melakukan ibadat sunat
- Sentiasa berzikir kepada Allah swt
- Sentiasa memohon doa agar diberi hidayah
Ini semua rasanya ada belajar kat sekolah menengah..kalau kita tunggu tapi tak berusaha nak dapatkannya, macam mana nak dapat kan...boleh diumpamakan macam kita nak beli kereta, duit dah ada, tapi tunggu ja dalam rumah, bila orang tnya "bila nak beli kereta?", kita jawab "jurujual kereta tak datang jual kat aku lagi lagi", sedangkan jurujual tu pun kita tak hubungi cakap nak beli kereta..memang tak dapat la..
Bukanlah aku nak tujukan kepada sesiapa, cuma sekadar untuk renungan kita bersama, kalau ada salah, disilakan tegur, kalau ada pendapat disilakan berkongsi, semoga bermanfaat untuk semua.
Sumber tentang Hidayah: Google Docs
19 comments:
betul3..sokong sgt3 hujah2 pakcik :D
dulu kat sekolah, ramai giler yg free hair..pastu bila ustzh tnye nape tak pakai tdung, dorang mesti jawab tak dpt hidayah lagi.. padahal nama dah HIDAYAH dah..
agree! sma2 muhasabah dri.. =)
hidayah tu milik ALLAH. tp kta kena berusaha mencarinya :))
fee: atas diri sendiri semua tu =)
snowsakura: jom2...hehe
syashafie: yup..betul2..tak cari tak tak dapat =P
tu lah masalahnya, nk tegur lelebih pn tak berani lah kan..nnt kata kita busybody pulak..haih, manusia-manusia~
slalu klu org biasa tegur lebih2 memang diorang xterima..maybe kena org yg diorang respect tegur..
terime kaseh :)
hidayah memanglah Allah bagi, tapi kita tetap kena usaha kan.sampai bila nak guna alasan tunggu hidayah@ sampai seru sedangkan kita tak tau bila mati tu menjempu.wallahualam~
syrup: sama2..haha
syarifah: yup..betul =)
tak berapa gemar kalo orang jawab tak dapat hidayah lagi.
fathiah: sama la kita =)
pasal hidayah tu, masing-masing ada alasan sendiri..mungkin tu hanya terluah kat mulut, bukan kat hati...ego manusia lain-lain..just doakan yang baik2 untuk saudara-saudara seislam kita...:)
Salam Ukhuwah..
alasan semata
eza: ada betul jugak cakap eza..semoga yang terbaik untuk mereka..amin
teratai: hendak seribu daya tak hendak seribu dalih kn
setuju sangat! biase yg ckp xdpt hidayah ni sbb malu nk ngaku salah sndiri kot..
sngt bermanfaat..time kaseh krn kongsi^_^
btol2..ifa sokong..btol la pe awk ckp nie..semua benda kte perlu usaha dapatkan kan..
btw..kalu sudi tlg komen n3 ifa nie
http://tiefazatie.blogspot.com/2011/07/saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html
tq ya!
asyila: yup...mungkin jugak kn
cik teddy: u r welcome =)
tifa: alrite...no problem
betul tuhh . kalau nak tggu hidayah , mcm tuh semua org tak pyh berubh laa . bila hidayah dtg baru nak buat. lag2 , dah niat mcm tuhh .
Post a Comment