pic: google
Masa sekolah rendah dulu, cikgu Pendidikan Jasmani aku ada ajar cara nak dapatkan bacaan denyutan nadi dan berapa denyutan nadi yang normal dalam keadaan rehat. Pastu aku selalu la kira, selalunya aku dapat bacaan dalam 70 lebih per minit..tapi aku pelik bila aku kira nadi ayah aku hanya 45 per minit..
Masa aku kat UiTM Penang dulu, aku aktif main tenpin boling dan hoki..tenpin boling semiggu sekali, hoki pulak tiap-tiap hari aku main..masa tu aku ada gak kira nadi aku, dapat antara 50 hinggga 60 per minit..agak rendah..manusia dewasa yang normal setahu aku dalam keadaan rehat denyutan nadi antara 60-80 per minit...aku tanya la beberapa orang member aku yang ambik medik, kalau denyutan nadi rendah 60 tu cmna, diorang pun tak tau.
Aku takut jugak kalau tak normal atau sakit, aku tanya lagi beberapa orang, salah sorang tu suruh aku search kat google, heart rate..betul jugak, google ada kan..tak terfikir pulak...untuk denyutan bawah 60 digelar bradycardia, dan atas 100 digelar tachycardia...peliknya istilah..bunyi macam penyakit ja kan..
tapi untuk bawah 60, adalah normal kalau kita aktif bersukan atau aktif melakukan aktiviti berat..ada ahli sukan yang denyutan nadi bawah 40 per minit..paling rendah dicatatkan oleh pelumba basikal, Miguel Indurain hanya 28 per minit...rendah sangatkan...kalau ada yang tak aktif bersukan tapi denyutan tadi ketika rehat terlalu rendah atau terlalu tinggi, silalah berjumpa doktor segera..
Siapa tau kenapa kalau kita aktif bersukan, denyutan nadi dalam keadaan rehat boleh jadi lebih rendah berbanding orang lain? Kuiz untuk malam ni..hehe
22 comments:
jantung aku nak laju bila nak jawab exam.
kuiz: sebab jantung dengan relaxnya pam darah.
ish ssh nye kuiz ni..hihihi
haha..kata lain bagi situasi itu adalah gementar kn?
kuiz: boleh diterima, tp sebab apa relax
denyutan nadi aku laju waktu aku nk amek darah time medical checkup .. haha
takut jarum dow aku .. hahaha
kuiz tu jawapnnya,,sbb nadi dah boring berdenyut laju2 waktu die bersukan .. hahahha
teratai: haha..ikut logik ja
alif: aku pun sama ja...klini kt uitm tu diorang ambik darah member aku sebab dia demam, lepas tu aku tak nak pergi klinik uitm even free sbb takut doktor ambik darah
errr..aku ta penah check doe..haha
syrup: haa..xtau la..check lekaih
Kadar nadi rehat utk org yg aktif bersukan lebih rndah dari org tak aktif bersukan sbb nadi sangkut paut dgn tahap kecergasan seseorng.
Kalau makin kurang kadar nadi rehat dia, so tahap kecergasan org yg aktif bersukan tuh lebih baik.
Maka, org yg ade kadar nadi rehat yg rndah menggambarkan org tuh lebih cergas dari org yg ade nadi rehat yg tinggi . kan?
Masa atlet wat latihan, ada ransangan dari sistem saraf. Ade word tuh..tp da lupa.
Pastu hormone akn dikeluarkan. then, hormon nih lah yg tingkatkan gerak balas jantung and terus sebbkan peningkatan kadar nadi.
Bila org aktif, dia kan lama bersukan..So, latihan yg lama sbbkn tisu jantung akn dpt ransangan dr hormon turun. disebbkn nilah bagi kesan nadi rehat rendah kepada org yg aktif bersukan..
Ha..panjang lebar nih shaf..Da mcm doktor pakar dah..haha..
Amacam ? betul tak?
Fee pn engat-engat lupa je nih.. Byk saintifik word nk terangkan..tp takot tak paham plak.. rasanya..
cukuplah kot..nih paling cincai punya jawapan utk quiz mlm nih enchek.. :D
:) setahu sy la wak..knp nadi org brsukan lebih rendah bila dlm keadaan relaks sbb dr segi patofisiologinya jantung org yg bersukan dah biasa berada dalam tekanan yang kuat..sbb tue bila dlm keadaan relaks jantung or kadar nadinya rendah dari org biasa..:)
fee: boleh diterima cuma kurang jelas la fee..hehe
gadis: ha, gadis punya jawapan ni jelas skit..ada kaitan ngan tekanan..
sebab...
dulu cg bio penah ckp. tp da lupa.haha ;)
adoii..aku punye 10 per minait doe :D
mmg kadar nadi ada kaitan dengan tekanan...=)
macam mana nak kira denyutan nadi ni?hehee
eza singgah baca entry je, x pndai nak jawab kuiz tu...bernanah otak eza nanti..huk3..Susah kot, ada kait-kait dengan sains ni...Hahaha, eza baca untuk new knowledge... :)
Happy blogging :)
pnjg lebar explain..bagus2..
syashafie: xpa2..kita tgk jwpn org lain
syrup: jgn nk mohong...haha
gadis: yup =P
syarifah: mcm gambar kt atas tu =)
eza: xpa x jawab pun..just suka2 tnya..hehe
lawsonia: tq..haha
haha.. walau pun nnti degree bakal ambik bio. tapi dh lupe la.. hehe.. :P
asyila: takpa, nnti bila belajar igt balik la kn..=)
Aku tak pernah nak check denyutan nadi ni. Hahaah. yang aku pasti kalau tension mesti dubdubdub laju...
rafidah: selain dari keadaan kita rehat mmg laju =)
Tadi nak derma darah tapi tak lepas sebab kadar denyutan nadi tinggi kot..haih...
Post a Comment