Friday, July 8, 2011

Apabila kebijaksanaan di salah guna

pic: google

Kita tengok dalam dunia kita, banyak kan orang yang pandai yang boleh manfaatkan kepandaian mereka tu untuk perkara yang baik tapi disalah guna untuk kepentingan diri. Selalunya demi duit la. Teringat satu kisah....

Kisah ini terjadi diluar negara, ada beberapa orang sahabat, mereka merancang untuk merompak sebuah bank, bank tu kira hebat jugak la sistem sekuriti, tak boleh rompak cara biasa. Mereka ada sebab untuk target bank tu. Salah seorang daripada mereka kerja kat bank tu.

Yang rakan-rakan lain pulak menyewa sebuah bangunan bertentangan dengan bank tu. Yang bekerja dalam bank tu, tiap-tiap hari akan dapatkan maklumat tentang struktur bank tu, diorang nak plan bangunan bank tu, nak tau kat mana kedudukan bilik kebal, pukul berapa 'guard' tukar shift, dan beberapa kelemahan bank tu.

Yang menyewa bangunan bertentangan dengan bank tu pulak, tiap-tiap hari gali tanah buat terowong ke arah bank. Ya, untuk rancangan mereka. Bertahun-tahun diorang habiskan dan akhirnya diorang berjaya merompak semua yang ada dalam simpanan bank tu, berpuluh-puluh juta juga diorang dapat. Tiada siapa pun sedar sampai la pegawai bank buka bilik kebal tu. Polis tak dapat kesan siapa yang buat.

Selang beberapa hari kemudian, diorang serah diri kat polis, duit tu diorang cakap hilang, padahal diorang simpan kat Swiss bank. Kat Swiss bank kalau tak salah aku, privacy pelanggan sangat tinggi, polis pun diorang tak benarkan geledah akaun pelanggan diorang, siapa pun tak boleh. Sebab tu perompak tadi simpan kat situ, jadi polis memang tak boleh kesan duit ada kat mana.

Dalam mahkamah pulak mereka mengaku bersalah. Hukuman dikurangkan sebab mereka menyerah diri dan mengaku bersalah. Dalam penjara pulak mereka berkelakuan sangat baik sehingga tempoh penjara dikurangkan lagi, jadi mereka kena penjara tak lama, mereka keluar ja dari penjara jadi jutawan. Pandai rancang strategi yang rumit macam tu. Tapi sayangnya, tak kena pada tempat.

Kebijaksanaan tu anugerah dari Allah swt, jadi kena la 'pandai' guna.

24 comments:

Solihahazahar said...

peghh duit berjuta2 tuuu sape taknakkk

Unknown said...

cerita yg menarek n penuh inspirasi..nak cari geng buat macam nie..haha

Far8 budak baik said...

bank tu mmg ar kn...
emak aku ade cite hari tuu...
mmg dy jaga pelangan dy...
stylahhh..haha

Unknown said...

kebijaksanaan disalahgunakan, mmg byk camtuh.. dorang terdesak utk kepentingan diri..nk wat cane..nk idup punya pasal..

teha said...

wah ! pndai betol dieorng tipu...

kotak bulat said...

kan best lau dpt jd jutawan.. :P

shafmechy said...

solihah: sy pun nak..tp nak yg halal je..hehe

syaz@rozelt: uit..jgn tersalah dapat inspirasi lak..haha

far8: haha..satu2nya bank kt dunia ni cmtu..

fee: yup..pandai tp bodoh..

teha: org klau menipu mmg pandai..haha

kotak: best..lagi best klu atas usaha yg halal..=)

syarifahsidrus said...

salah guna pandai tu..huuu,,ape nak jadi

Unknown said...

bermasalah dorang tuh, mmg ptutlah kemuka pengadilan.. kita nak menipu pun takot berdosa, inikan pulak merompak dgn bahagia mcm tak kenal dosa.. Dosa dah hye2 dh kat dorang..agaknye lah kan, Dorang konfius kot benda baik and bnda jahat..

nurshaf said...

ho, bijak gila atur rancangan jangka panjang.

Fathiah Hamim said...

terlampau bijak namanyaa

Unknown said...

cerita yg sngat menarik..got the lesson..!walaupun niat nak kaya tu membuak-buak..tapi, niat takkan menghalalkan cara..apa yang kita dapat kalau merompak, hasil haram tu...Fikirkan masa depan generasi masa hadapan kita..Sekadar memberi pandangan..

Unknown said...

waaa..hebat tuh doe..bole ikot nih :P

Sesopie said...

hebat seyh dorang! Tapi.... Jahat pulak kan.. Hehehe

shafmechy said...

syarifah: tu la...tak patut tak patut

fee: maybe sbb diorang bukan Islam, tak kisah halal haram

fiq: long term investment..haha

fathiah: yup..terlampau bijak pun susah..haha

eza: betul..matlamat tak menghalalkan cara

syrup: jgn dok p ikut..haha

sofiey: tu la..klu hebat dan baik kn bagus..=)

inche hlovate said...

guna la kebijaksanaan di jalan yang benar :)

Alif Haris said...

ni la namanya tak bersyukur dgn kurniaan Allah ..
huhu

snOw sakura said...

terlampau pandai smpai x mau tima pndpt org lain pn ada gak.. mcm2 jenis manusia ni.. huhu~

shafmechy said...

inche: yup..betul tu, jgn di jln yg slah

alif: yes..salah guna pulak tu

snow: haa..yang tu pun ada..mcm2 kn

ekin alias said...

huh ade org gini erk... terlalu pndai~

me said...

kesian. kalau masuk uni ni mesti da dean list hik3

[sutera kasih] said...

rugi kalau bijak tp dsalahguna kebijakan itu huhu

Unknown said...

bijak adalah anugerah agung untuk manusia :D

atwr #4 dah baca komik ni??
http://eleventx.blogspot.com/2011/07/atwr-comic-4-budak-budak.html

shafmechy said...

ekin: semua jenis ada..haha

syashafie: 4 flat =P

sutera: yup..memang rugi..

saiazuan: yes..saya setuju