Monday, July 18, 2011

Bidang Kejuruteraan Mekanikal ni camna ye?

pic: google

Seorang rakan blogger kita Syarifah ada request aku cerita sikit tentang mechanical engineering. Meh nak habaq mai. Ramai yang tak tau mechanical engineering ni macam mana sebenarnya. Masa result SPM keluar beberapa bulan yang lepas, UiTM ada buat Ekspo Selangkah ke UiTM, kat situ pelajar yang baru habis SPM ni boleh tnya apa yang diorang nak tau dan aku salah sorang yang jaga kaunter fakulti aku, Kejuruteraan Mekanikal.

Paling banyak soalan yang diorang tnya kat aku "Kejuruteraan mekanikal ni macam mana?". Aku pun tak tau macam mana masa aku apply dulu, hentam ja janji takda kena hafal, aku tak suka hafal, minat mengira. Bila dah belajar sendiri baru tau macam mana.

Kejuteraan mekanikal ni bukan sekadar bermain dengan enjin, dia punya cabang banyak. Ada automotif, marine, oil-gas, aerospace, pembuatan dan lain-lain lagi la. Sebab tu la orang cakap bidang kerja untuk kejuruteraan mekanikal ni luas. Yang aku ambik sekarang ni pure punya, belajar suma jenis, agak susah sikit. Tapi nanti tahun akhir kena pilih subjek yang lebih spesifik, ke arah mana kita nak, robotik ke, oil-gas ke, bergantung minat masing-masing.

Banyak melibatkan pengiraan dari benda yang statik hingga la benda yang bergerak, melibatkan design, ada jugak kena hafal tapi tak banyak. Elektrik pun ada jugak belajar tapi tak banyak, belajar pun yang asas ja. Sistem air-cond kat bangunan besar macam Jusco, Giant, pastu lif yang korang naik, sistem paip air kat bangunan besar, semua tu bawah kejuruteraan mekanikal..assignment aku kena buat yang tu la, kecuali lif.

Kalau tanya pasal bidang kerja, sangat banyak. Bergantung kepada cabang yang korang pilih. Kalau nak gaji masyuk, ambil la bahagian oil-gas. Kalau nak jadi businessman pun boleh, bukak bengkel kereta, buka yang besar punya la, jangan ingat tauke bengkel pendapatan sikit, banyak tau tauke bengkel kereta ni dapat, tapi kena buka bengkel besar la. Standard gaji permulaan engineer ni aku pun tak pasti, kalau ikut research aku dalam RM2300-RM2700 (lepasan ijazah) untuk syarikat swasta, tak termasuk elaun. Minta maaf kalau salah, aku pun masih belajar kan. Kalau ada nak tau lagi, boleh la tnya.

227 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 227 of 227   Newer›   Newest»
Anonymous said...

Salam ..bang.. kalau yang rabun warna boleh tak apply blajar mechanical ingineering..

Unknown said...

Salam. Saya pelajar lepasan Spm. Dan saya apply politeknik dan dah dpt da pon..kos Mechanical Engineering. sye harap.. sbgai seorng prempuan,saya mmpu dan boleh untuk memasuki bidang ini.hehe..

Unknown said...

Sye xde basic bljr Fizik..addmath.. tapi math sye time result spm tu hari Lulus la.. kira bole laa nak main no.. tp kne relax..x ley preasure.. huhu risau jgk sbnrnya.. tapi disebb kn minat.. sye nak jugak msuk politeknik amik bidang..

Unknown said...

Kalau ambik kos diploma kejuruteraan mekanikal automotif tu time beljar nnti kena guna autocad ke or software lain?

Anonymous said...

Salam bro ni nak tanya kalau ambik kos diploma kejuruteraan mekanikal automotif tu nnti time kita study kena guna software autocad ke or guna software lain?

Unknown said...

Assalamualaikum.. sya dulu time secondary school sya amk course account.. then skrang nih sya ditawarkan dip course mechanical eng (manufacture) so nk tnyaa ,, course nih belajar apaa yaa?? Fizik smuaa tuu belajar tak?? N course nih sesuai kaa tidak yaa kat perempuan.. sbab adaa yg kataa x ramai perempuan yg amk course nih.. harap dapat beri pencerahan sikit.. tgh dilema skrang nih sama ada nk p kaa tidak..
ty..

Unknown said...

Salam shafmechy... Saya faisal dan saya tlah dpt diploma kejuruteraan mekanikal pembuatan. Jadi saya nk tnya kelebihan dalam jurutera pembuatan ni mcm mna ye? sbab tngh pening dgn bidang ni, nmpak mcm best keje ni tpi rasa kurang pasti nk ambil. Dan satu lgi tntang syafmechy tulis dalam blog ni iaitu bila sem akhir tu bleh pilih mna2 bidang yg dminati... jadi btul ke sdangkan saya dpt kejuruteraan mekanikanl pembuatn bleh ke pilih yg lain... mohon balas... .

Unknown said...

Sy dpt kos kejuruteraan mekanikal di polisas so sy jenguk la blog ni.baca komen2 pun dh tjawab soalan2 sy. Thank u vry much abg shafiq ats sume penerangan2 kat soalan2 mrk ☺😊

shafmechy said...

Slam semua...maaf sibuk sikit, tak sempat nak reply..semua dh berbulan, maybe agak lambat utk reply...kalau ada nak tanya boleh direct mesej di facebook..sebab blog saya jarang bukak...kesian korang saya tak sempat jawab

saya jawab utk beberapa:

rabun warna takda pulak dlm syarat kemasukkan, so boleh je

diploma di uitm penang, 3 tahun...tapi degree uitm yg saya tahu setakat ni takda automotif melainkan yg special case under program tertentu. termasuk degree, total 6 tahun.

dan yg terakhir, selain mekanikal saya tak tau sangat..apatah lagi bab2 gaji...tu semua ikut company...

tak power mengira pun, kalau rajin belajar xda masalah...semua course ada assignment dan presentation..

...... said...

More kepada design belajar

...... said...

Mech engineering ni umum. Kos yang awk dpt ni salah satu minor dalam mech engineering. Dia bahagian automotif. Subjek core sama jaa. Unikl org kata bnyk praktikal tu tak semestinya kerja bengkel bnyk. Dia punya carrymark 60% and final exam 40% so kalau belajar mmg susah nk fail. Kalau xminat jng msuk . Eng tech nnt xda ir mcm eng pure

Anonymous said...

sy amik perdangangan,tapi dapat tawaran dari politeknik kejuteraan mekanikal.haha.punah

Hadzrin said...

Salam, nak tanya ramai tak student dari politeknik sambung degree kat uitm dalam bidang mekanikal?

Hadzrin said...

Macammana nak contact bro ya? Nak tanya lebih lanjut ni

shafmechy said...

Hadzrin: Ada jugak..mostly intake bulan Mac..byk jugak la
nak contact, boleh PM kt FB..tgk kt sebelah kanan blog ni

nurain said...

Assalamualaikum .. Saya nak tanya sikit. . Saya mint sngt² degn superbike . Motor kereta . Semua yg berkaitan lah . Seng cerita saya suke kerja yg lasak dn berkaitan mekanik . Saya nak ambik mekanikal but saya perempuan . Saya tkut saya tk dpt tempt dlm kerjaya saya if saya ambk mekanikal . Sebb mentality manusia pool erempuan tu lemah dn tk sesuai degn kerjaya sebagai jurutera mekanikal nie . Second saya belajar sc tulen . Biologi . But saya tk suke kimia . Jadi kalau kimia saya gagal , saya layak tk dn diterima tk dlm jurusan kejuruteraan mekanikal nie . ? Harp dpt beri penjelasan .

nurain said...

Saya minat gila mekanikal . But saya perempuan . Saya tkut saya tk dpt peluang dlm kerjaya sebagai jurutera mekanikal nie . So how ?

Anonymous said...

Assalamualaikum bang. Saya dapat tawaran kejuruteraan mekanikal. ( pembungkusan ). Saya tinggal brapa hari saja lagi nak pergi. Saya mmg tak pernah belajar fizik kimia semua tu. Kalau saya pergi, saya struggle. Adakah kemungkinan saya boleh berjaya ? Urgent. Isnin depan saya pergi, skrng nak kena settlekan. Sebelum tu, skrng ni saya student uitm kos public admin. Adakah patut saya pergi lebih mencabar seperti kejuruteraan mekanikal pembungkusan di poli ni.

Unknown said...

Salam...klau amik diploma kejuruteraan mekanikal 3 tahun..pastu degree jdi brapa tahun.?

Hakimzs said...

Kelayakan untuk amik course ni ape ek..

Unknown said...

Salam...sy lepasan spm dan masih menunggu keputusan...sy sgt minat pada engineering mekanikal ni..tpi sy kurang pasti la ua mana yg patut sy apply...mohon nasihat..hehe

Anonymous said...

Assalamualaikum kalau nak ambil kos engineering mechanical automotif result spm kene lulus subjek apa ??

Akidzzz said...

Assalam bang..sya nak tnya..sya dapat politeknik konvensional utk kos automotif kat upu.so dkt sini sya nak tnya yang kos sya tu susah tk?sya minat kereta tpi xprnh la pulak bukak enjin smua tu lagi..jadi apa pendapat abg?terima kasih..

Amiera said...

Ambil kejuruteraan mekanikal astuu nantu subjek apa yg paling ditekankan ???banyak kaa yg perluu dipelajariii ???macam susahh ja...kimiaa banyak takk guna dalam kos nii ??

Anonymous said...

Assalamualaikum,kalau ambik diploma kejuruteraan mekanikal (plastik) susah x??

Shaq ik said...

Diploma mekanikal ad pelajari pasal oil and gas ke? Just nak kepastian. Sbb minat offshore. Emm

shafmechy said...

Maaf, saya jarang buka blog dah skrang, tak semua sy boleh reply..so saya reply secara kasar,

Tempoh belajar, bergantung kepada universiti/kolej...mostly 4 tahun

Bidang lak, pun bergantung kepada universiti, ada ditawarkan ke tak..yg tu boleh check kt website universiti

Masalah rabun warna..tak sure...macam boleh

assgment ngan present? semua kos ada...tak boleh lari beb..itu softskill, tu yg paling penting..kerja nanti org byk tgk yg tu, keputusan korang sekadar support je

«Oldest ‹Older   201 – 227 of 227   Newer› Newest»