Saturday, April 30, 2011

Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?

From Amirah Emir: Facebook (dia suruh share)





"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"
...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."

12 comments:

Unknown said...

jawapan yang bernas...
bab tauhid kena orang yang arif berhujah.

haney said...

entri yg menarik :)

cik kite said...

thanks share..like3...:)

Fara VavaVoom said...

best =D pemikiran yg inovatif :)

Nasuha Suhada said...

nak share :)

FizA said...

agak menarik entry ni..kehkehkeh..

myzziema said...

sangat bernas jawapan tu ;)

Elie Lily said...

terbaik!! :)

Unknown said...

ala,,xdk button nk like hihi

neway hujah yang bernas..thumbs up for you

mira said...

relevan dan munasabah.:)
terima kasih di atas perkongsian. dlm novel 'Bumi Cinta' Habiburrahman al-sherazy pun ada berdebat pasal isu ney. sgt best! :)

SyaA_eEAa said...

n3 yg bgos..
thnks yee :)

shafmechy said...

itu pun share dari org lain..=)