Friday, June 3, 2011

Ketika sembahyang Jumaat.....

Tiap minggu aku pergi sembahyang Jumaat, kat mana-mana pun, ada dua perkara utama yang merunsingkan aku....saf yang tak lurus..dan saf yang tak rapat....

Kalau kita belajar time sekolah dulu...tak bleh kalau saf yang bengkang bengkok..yang renggang ni...kalau tak, imam tak suruh la "rapat-rapatkan saf, lurus-luruskan saf"...pergi la  masjid mana pun...majoriti saf memang tak lurus dan bengkok camni bawah ni...



Daripada Abu Masud, katanya: "Rasulullah SAW menyentuh bahu kami sebelum solat sambil berkata, luruskan barisanmu (saf), jangan bengkok, nescaya yang menyebabkan hatimu berpecah-belah." (Hadis riwayat Muslim)


Anas Malik berkata, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Luruskan saf kamu, kerana saf yang lurus termasuk solat yang sempurna." (Hadis Riwayat Muslim)




itu satu hal...yang paling teruk...bukan setakat rengang sikit macam tu...yang aku tgk kt masjid yang aku sembahyang tiap-tiap hari ni...saf terputus terus...ada ruang kosong besar diantara saf..bleh muat dalam 6-10 orang lagi kt ruang kosong tu...kenapa jadi camtu? satu sebab...KIPAS...yang terputus tu adalah saf yang tak nak rapat dengan saf utama, yang tak nak penuhkan saf dihadapan sebab nak dok bawah kipas....ada segelintir macam tu..Baru panas dunia..baru panas sikit saja nak abaikan pasal kesempurnaan solat...


itu yang dalam masjid...yang luar masjid pun ada...tau la masjid tu selalu full...tapi full yang belakang ja..yang tgh-tgh saf tu kosong...bleh pulak ada segelintir hamba Allah ni, bawak sejadah, hampar bawah pokok..sembahyang ikut Imam dari situ...camna tu? tak ke macam sembahyang sorang-sorang? sah ke solat Jumaat dia? kena tanya ustaz ni....rugi la dia datang masjid tapi solat Jumaat tak diterima.....kalau la boleh buat cmtu, orang yang tinggal tepi masjid tak perlu datang masjid, solat je ikut imam dari dalam bilik...bleh camtu?....mana boleh...


kalau ada antara kaum Adam yang baca entry ni yang buat cmtu...sila la rujuk kat mana-mana ustaz...tanya betul tak apa aku bagitau ni..kalau apa yang aku kata ni salah, maklumkan kat aku..sebab selama aku belajar, tak boleh terputus saf..tak tahu lah kalau aku yang silap belajar...


Sumber gambar dan hadis aku google dari blog http://waghih.blogspot.com/2010/08/solat-jemaah-sentuh-bahu-ubat-pelbagai.html

14 comments:

Unknown said...

untuk sembahyang jumaat saja ke? hahahaa...

shafmechy said...

semua sekali la...cuma yg ni nampak ketara tiap2 minggu..tp sy sembhyang jemaah kt surau2 kecil ok je macam kat fakulti sy..saf rapat dan lurus..

Unknown said...

hmm orng skrng pentingkan kselesaan individu.. dia xpedulik klu orng len xdpt dlm saf.. sbb mostly xkn dok rapat mcm tu.. hmm

shafmechy said...

yup..tu la pasal..bila kita rapatkan, diorang renggangkan balik...maybe geli kot laki sentuh laki or tak selesa rapat2..

Liyana Zahim said...

Boleh tak sarankan kutbah jumaat tu cite pasal saf? Mgkin rmai lg tatau kot? Hehehe..

Sesopie said...

Boleh pulak putus2 haih.. Kita belajra dulu kena rapat2.. Aduhai laki laki sentuh bukan haram oun

myzziema said...

sekarang org semayang semua nak selesa. tak nak duduk rapat2 sebab sempit (kononnya). bukan semayang jumaat je, semayang raya or tak kira lah semayang berjemaah mesti ada je saf yang terputus.

Unknown said...

penting untuk muslimah jgk..:)..Kalau asyik cari port depan kipas, alamatnya lobang-lobang la saf...

noie said...

hehehe betui2!

Unknown said...

betol2..bende nih selalu jadi..bukan setakat solat jumaat je..

Ain Zulaikha said...

dulu masa kecik2 belajar rapatkan saf, setiap kali tak rapatkan saf sebab ustaz cakap sebelah ada saitonnnn

AzwaZynal said...

kadang kadang jemaah perempuan pun macam tuh.. selalu jugak jadi depan mata..

adi hj bosro said...

ustaz azhar idrus kata: kalau masjid yg besar, kadg2 tak sempat nak smpai kat imam, cntoh masjid nabawi..di bolehkan smbahyg jauh dibelakang. jugak kalau darurah, dibolehkan..contoh: tak rapat saf sebab nak jauh dr gaun, kalau dkat sgt takut jatuh, mati.kalau pasal kipas tak bolehla.+setahu sya masih sah solat, tapi tidak sempurna...perlu kepastian dr ustaz lagi..Wallahu 'alam..

shafmechy said...

Thanks utk info...Wallahu 'alam =)