pic: google
Dalam kehidupan harian kita, mesti banyak yang kita nak kan...nak itu, nak ini..tapi tak semua yag kita nak tu boleh dapat...TAPI, tahukah anda, hampir kesemua yang kita nak kita boleh dapat jika kita betul-betul usaha tanpa putus asa..istiqamah..dan kemudian bertawakal...
Aku berpegang kepada prinsip "when nothing is sure, everything is possible"..maknanya, bila kita tak boleh pastikan sesuatu, segalanya mungkin terjadi...kalau dalam dunia blogging kita, korang sure ke yang blog korang takkan femes? mesti tak..tak da sapa pun tau future selain Tuhan...
Kalau ada yang fikir nak mula buat bisnes, tapi takut tak berjaya..memang sure ke tak berjaya? yang ada cuma kemungkinan...Kemungkinan besar takkan berjaya kalau takda usaha..kalau buat sesuatu hangat-hangat tahi ayam saja...Kalau ada yang cakap "aku dah habis usaha, tapi tak berjaya pun"...cuba tengok balik..betul ke dah habis berusaha? atau betul ke usaha yang kau buat tu? kalau nak jual komputer, tapi usaha masuk kampung pendalaman jauh-jauh nak jual komputer, memang sia-sia la..tak kena tempat usaha tu..
Kalau tak tahu, bertanya..itu pun dah dikira usaha..belajar sampai mahir..usaha tu..buat sesuatu tanpa pengetahuan susah nak berjaya..mungkin juga tak berjaya..kalau ada pengetahuan, tapi takda usaha yang istiqamah, pun takkn berjaya la kalau mcm tu..Contoh kisah tentang aku berusaha:
Masa sekolah menengah dulu, tingkatan 5, aku berazam nak at least satu pingat dari hari sukan, pingat untuk sukan..sekolah rendah ada, takkan sekolah mengah takda pingat untuk sukan..memang aku nk sangat..tahun tu pulak tahun terakhir aku kat sekolah menengah..takda sukan yang aku terer..tingkatan satu aku pernah lawan hari, dapat nombor last..tingkatan 5 ni yang ada kekosongan cuma acara lari...sebab rumah sukan aku memang kekurangan pelari..so, aku ambik semua la acara lari yang ada..3 individu, 2 acara berkumpulan... 100 meter...200 meter..400 meter..4x100 meter...4x200 meter...dan aku berazam nak dapatkan at least satu pingat gangsa..
Tapi aku lari tak laju? camna nak menang? Tapi aku kan ada prinsip "when nothing is sure, everything is possible"..tiap-tiap petang aku akan berlatih lari..tapi aku tau, hanya berlari tiap-tiap petang, takkan sempat nk kuatkan otot kaki, takkan sempat nak lajukan larian aku..masa tinggal tak sampai sebulan..pastu aku ternmpak junior aku pakai pemberat kat kaki, aku pinjam test tengok..lepas tu aku pinjam duit ayah aku, beli pemberat tu, yang paling berat kedai tu ada...
Aku memang sentiasa pakai pemberat tu...pergi kelas malam aku pakai (aku tinggal kt asmara penuh)..kelas pagi ja aku tak pakai...petang-petang aku pakai pemberat tu sambil lari pecut 100 meter...sampai la hari nak lawan...
100 meter final: dapat no 6
400 meter final: dapat no 5
4x100 meter final: dapat no 6
4x200 meter: aku tak ingat..untuk acara berkumpulan memang aku letak harapan sebab bukan pelari yang masuk tu, hentam boh nama ja..
dan...200 meter ni la aku berjaya dapat gangsa...rasa time lari tu lama sangat, aku boleh fikir macam-macam time tengah lari..aku ingat lagi time nak dekat dengan garisan penamat, aku berada no 4 time tu, aku fikir "ini acara terakhir, macam mna pun aku kena potong juga orang depan aku.." memang aku push to the limit la orang kata..memang dramatik, betul-betul kat garisan penamat aku berjaya potong dia..sipi-sipi..aku pun tak sure sapa yang sampai dulu sampai orang umumkan keputusan, aku dapat no 3...bersyukur sangat-sangat...
Aku berjaya buktikan, orang yang tak laju pun berlari pada asalnya, bleh ja dapat pingat walaupun gangsa..memadai la dengan masa 2 minggu saja training..yang perlu ada usaha yang betul, istiqamah dan tawakal..macam aku cakap tadi, kalau dah berusaha tapi tak berjaya, tengok la balik usaha tu..mesti ada yang tak kena atau pun anda sedang diuji olehNya, maka janganlah berputus asa, itulah sebab aku tekankan istiqamah iaitu berterusan dalam sesuatu perkara...
~sekadar perkongsian daripada saya~
16 comments:
tul mmg kene usaha
aku nak macam2.tapi malas nak usaha..
aku lak punya push paling ingt adlh time pmr...seminggu serius x tdo..sampai mak aku risau..sbb aku trial xdr A.....last2x lepas seminggu tdo trus cm pengsan 2 hr atas katil.... result dia... cuma 5A... BM,BI and AGAMA iSLAm x 'A' sebab tiga subject ni aku biar je x peduli...amik time utk rest..bc subject penting je...hahaha
usaha tangge kejayaan..haha..waaa hebad nih dlm lari2 :)
betul-betul, selagi ade usaha, ALLAH tak kan mengecewakan hambanya, yang penting usaha kena dtg dulu then baru berjaya..ni tak, dok twkal jer hampeh lah abuk pn takdak :D
usaha memang berat.. tapi sekali dah dapat hasil, memang gembira..penat dah tak rasa :)
Betol tuhh . mimin sokong :)
pergghhh. terer seh mamat ni..hehe.
betul tu. kejayaan bukan turun dari langit macam tu je. nak kaya? kena la rajin cari duit. nak dapat pingat, kena la berlari dan berlari macam shafmechy. kan?
entri cool :)
dimana ada kemahuan disitu ada highwayyyyyyyyyyy.
eh salah, ada jalan.
(-_-"). hehe.
Love it =)
wah, bgus laa awk...Bg motivasi kt blogger macam Eza ni..pentingnye USAHA tu utk berjaya kan..awk budak sbp jgk ek?? patut laa..mesti budk pndai ne...Btw, eza doakan awk xkn penah give up utk apa2 jer yang awk usahakan ek..:)
sungguh bermoral entry ni.gud2. XD
Byk bg kesedaran kat aku cter kau,walaupun aku dah sedaya upaya study tetapi ttp jgk failed subjek yg sama dan terakhir buat aku kalau failed jugak kali ni bye2 politeknik merlimau tetapi aku yakin Dia sdg uji aku dan insyaalah Dia jgk akan bantu pada masa akan atas usaha dan pengorbanan aku
Alhamdulillah..semoga berjaya dan jangan lupa kepadaNya
Assalam..nak tanya beli pemberat kaki tu kat mane?ade jual online tak?tq..^^
W'salam...ada ja..search ankle weight...
lelong.com.my ada mcm link bawah ni
http://www.lelong.com.my/rcl-aww2525-ankle-wrist-weight-2-5-lbs-x-2-actiffsports-169851888-2016-11-Sale-P.htm
Post a Comment