1 week ago
Monday, June 13, 2011
Bila Aku Kena Cari Penaja
Kalau ada yang pernah baca entry aku pasal ke Kemboja tu, ni kesinambungan dari entry tu...nak pergi luar mesti kena guna duit kan..menjadi lumrah kebanyakkan persatuan akan mencari penaja untuk program yang guna duit banyak..kami pun kena jugak cari penaja...ada 2 orang AJK bahgian penajaan, tapi senarai syarikat banyak, berpuluh-puluh, memang diorang tak larat la nak contact semua tu..
Jadi untuk meringankan beban, AJK yang lain diberi la dalam 2 buah syarikat sorang untuk contact..yang dah berpengalaman handl program diorang handle lebih dari 5 buah syarikat..aku 2 je la sebab memang takda langsung pengalaman..hari Khamis ni meeting, aku baru sempat contact syarikat tu petang tadi..(baru topup)
Disebabkan aku takda pengalaman contact company untuk tajaan ni, memang nervous la petang tadi..bukan apa..bila kita call company luar..kita call atas nama fakulti, atas nama universiti..jadi, kalau ada silap ke apa ke, fakult dan universiti yang busuk nama..nama kita bukan diorang nak ingat..
Dok pening nak cakap macam mna..takut tetiba otak blank taktau nak cakap apa..sah-sah orang yang akan kita deal tu orang penting dalam company tu kan...klu tengok kt gambar atas tu, aku cuba untuk menjadi skema, catat apa yang penting untuk aku cakap..
Tapi bla call, aku tak tengok pun kertas tu..penat je aku menulis ye..first aku call company yang kat kedah...orang tu takda kat pejabat, kerani dia bagitau, dia memang jarang ada kat pejabat..maklum la..big boss kn, mesti sibuk...kerani dia bagi nombor handphone bos dia kat aku...bila aku call, explain apa suma..malangnya, ayat dia last skali memang dia taknak la..nak buat cmna..bukan senang nak mintak tajaan..duit tu..
yang kedua pun sama jugak..taknak..rupanya susah nk dapat tajaan ni ye...kalau yang contest aku tu tajaan DropletHouse, itu lain cerita..tu aku tak perlu formal..rileks ja...camna pun, nervous tetap ada bila nak mintak tajaan tu..
Tapi, selaku seorang pelajar yang akan tamat belajar 2 tahun lagi..(lambatnya) aku perlu berlatih untuk deal macam tu, berlatih komunikasi dengan pihak luar..penting untuk minta kerja nanti..antara faktor penganggur banyak sebab kurang kemahiran komunikasi la kn...
27 comments:
memang susah nak berkomunikasi dengan orang luar. tambah2 bab duit ni. so, usaha je. betul. nnt kerja kena jumpa ramai orang dan pe'el orang. so, komunikasi tu pntg. xda la gelaran kera sumbang.hihi :) gudlux okei! ;)
Relaks ah bro, maybe kali ni takde rezeki lagi, awat tak pakai ayat manis yang dah karang tuh? hahaha..arini jadikan as pengalaman utk akan datang, maybe next time da terer nak tackle penaja.. Pengalaman mmg penting.. tak try cne nak tau kan? :)
wahh shafiq ade pengalaman unit penajaan ni... nt boleh tny macam2 :)
semoga berjaya shaf :)
takpa..jangan give up naa :)
soft skills tu penting..never give up, ya! InsyaAllah ada tu nanti yang sudi beri tajaan..:).
penah try gak..btl! mmg ssh
bkn senang2 org nak bg dwet huhu
ko gune malay ke english?? ak x contact lgi..ngeee~
thanks for the wish =)
ain...ikut bos, aku kena bos melayu..so ckp melayu
gile kesian..tp baguss :)
Selalunya penaja ni akan bg tajaan kalaw aktiviti kita tu akan dapat bg pulangan lumayan kat depa.. ;)
MySuaraBlog: Perhimpunan BERSIH : Bersih Sangat Kah?
tu masalahnya...setakat pengecualian cukai bleh ja diorang dapat..nak bg yg lagi lumayan kami tak mampu la..=P
mmg susah...
rasa macam meminta minta pulak kan?..
:)
tu la pasal..haha
salam. thanks for sharing.. nk tny, ad simpan lg x senarai syarikat syarikat tu semua ? nk try luck minta sponsor program gak ni. tp xthu nk cekau mana. huhu, kalau ada, mohon share ke nuraimi.athirah1993@gmail.com deh :) thanks.
saya pun tak ingat dah sy letak mana..most company akan reject sbb diorang x nmpak benefit utk diorg, so, cari company yg awk rasa diorg bleh dpt benefit dari program awk..klu x jadi mcm sy, kena deal dgn company jual accessories wanita..mmg diorg xnk taja aktiviti engineering..
Nak list syarikat please. Kami sangat perlukan sponsor
minta maaf, dh bertahun dh..list suma tak simpan pun
nak handle program . tapi tak pandai.
Salam . boleh saya mintak tips untuk cari sponsorship?
Amalina:
saya pun tak pandai..cuma klu nak sponsorship,
1. cari berbulan2 awal
2. kena tahu company tu boleh dapat apa klu diorg sponsor, org takkan sponsor mcm tu je..diorg nak something dari kita..
3. Cari company yg ada kaitan, contoh awak anjur sukan, so cari la company 100Plus, Milo..jgn cari company xde kaitan ngan sukan, susah la nak dapat, sebab program kita bukan masuk TV..
Maksud diorg nk something/benefit dri kita tu contohnya?
saiful: something/benefit yg boleh menaikkan nama diorg..contoh kita offer nk letak logo/nama company kt baju....contoh plg senang, Dato' Vida Qu Puteh, taja Pasukan Kelantan, mintak jersi warna pink...masing2 ada permintaan masing2 la, sbb diorg dh bg duit..
memang x dinafikan sangat susah nak dptkan sponsorship dari memana company apabila kite bergelar student.. sbb company x nampk profit yg kita akn bagi pada company dia... pengalaman buat 3 program yg perlukan sponsorship... sgt lah memerlukan topup yg banyak + kesabaran yg tinggi..
memang x dinafikan pon..susah company nk bg sponsorship pd kita yg bergelar student sbb benefit yg kita bagi pd company diorg tu x membawa apa2 profit pd diorg... tp tu lah.... pengalaman nk berhubung dengn org2 besar ni susah nk dpt.. so... bile da ade pendedahan camni masa study..grab la.. huhuhu...
salam. thanks for sharing.. nk tny, ad simpan lg x senarai syarikat syarikat tu semua ? nk try luck minta sponsor program gak ni. tp xthu nk dpt mana. huhu, kalau ada, mohon share ke mohammadwildanmsis77@gmail.com deh :) thanks.
Salam,boleh x share tips nak ckp mcmne time nak mintak sponsor..sbb kami semua xde pengalaman lgsg..so xtau ape yg prlu dan pnting time brhubung dgn company..jd nk mintk tunjuk ajar..huhu..hrp dpr mmbantu..terima kasihhh
Post a Comment