Friday, June 24, 2011

Entry lepak: Hari yang penat

Baru sekarang aku boleh luangkan masa untuk blog, sorry tak dapat balas jejak korang dari awal pagi tadi...tak tahu la kenapa hari ni badan macam tak larat ja...maybe tidur tak cukup kot,..

Pagi tadi aku berusaha bangun seawal yang boleh semata-mata nak dapatkan pas untuk ke final maharaja lawak, pusing punya pusing kat stadium melawati tu, bila dah jumpa, tanya punya tanya rupanya pagi tu untuk yang daftar astrolife saja dapat pas masuk...yang orang biasa kena datang petang sikit..ada game atau cabutan bertuah..aku memang tak leh la, ada meeting...jadi terpaksa pulang dengan hampa..teringin la jugak nak tengok show live, tak pernah lagi...kalau konsert menyanyi aku memang tak minat, maharaja lawak takpa la..

Tadi pun balik sembahyang jumaat terus tertidur...letih punya pasal..sedar-sedar ja dah pukul 4 petang, mula la gelabah, dah la baju pemenang contest aku tak pos lagi...seperti yang dijangka...sampai pejabat pos, kaunter untuk pos laju/pos ekpress dah ditutup...kalau boleh nak pos hari ni ja, sebab Ahad ni aku balik kampung, susah sikit nak dapat transport nak cari pejabat pos yang ada pos ekpress..

Patah balik tentang maharaja lawak, rasanya hampir semua yang baca entry ni sentiasa follow kan perkembangan maharaja lawak..agak-agak siapa yang bakal jadi juara malam ni? kalau dari segi populariti, nampak seakan-akan jozan yang bakal jadi juara...nabil pun ada populariti dia yang telah banyak membantu dia stay sampai final...tak kurang juga jambu dan sepah...tapi kalau peringkat final ni, populariti dah tak boleh menolong dah bagi pendapat aku..

siapa yang berjaya buat orang gelak sampai nak pecah perut, yang tu la bakal juara...kalau lawak kurang sikit, memang takda harapan la....perlu ingat, jozan dan nabil pun pernah dipanggil bottom 3..jambu pun...sebab tu aku kata populariti dah tak menjamin kemengan diorang untuk final ni...malam ni dari pukul 9.30 malam sampai kul 12 tgh mlm, aku memang takda depan laptop..ada kat kedai makan...cari astro warna..hehe

15 comments:

Unknown said...

wah,bestnye..nanti tgok maharaja lawak ek..Eza sokong sapa yang menang.Haha.hope jozan menang la..:)..Minat sgt kt incik Johan ^_^

FizA said...

jom ramai2 tgk maharaja lawak..heheee

budak katak said...

haha.my mom minat sangat kat mak jemal tu.tension2.tp tak tau la mlm ni sape mng,sbb sume hebat2 tp bak kata omputih,best man wins

ekin alias said...

jom tgok ramai2 di kedai mamak haha

Unknown said...

jozan lah menang :D

yasmine danny said...

Bestnye Maharajalawak.. =D
x kesah Laa sape pun yg menang... ^^

:: cikNuurul :: said...

nnti post entri spe yg mnang ek,.hehe,.

izyan yasmin said...

sabar jela shaf . tgk kat tv^^,

Liyana Zahim said...

Semangatnyerrrrrr!! Hehehehehehehe~

snOw sakura said...

blk kmpg trus smpai raya ek?? dh habis short sem ke?? btol, setuju! mmg populariti x mmbntu dh final.. =)

Asyila Zainuddin said...

haha.. sepah dh menang..

shafmechy said...

yup2..sepah la..byk peminat jozan kecewa tadi...n baru tau ada 800 seat disediakan utk yg takda pas masuk...=(

NurAfeeqah said...

tak dapat jadi 800 tu, jadi tengok kat kedai pon untunglahhh ! hoho

Unknown said...

fee dah agak mmg sepah akn menang..mmg follow dia dari awal..hehe :)

redo amin said...

u tube sude!!!...hahaha