Wednesday, May 4, 2011

Adilkah Tuhan?

Eh, tajuk entry macam sensitif ja kan..tak..tak pernah terlintas untuk mempersoalkan keadilan Allah s.w.t. Yang Maha Adil. Entry ini cuma sebagai tazkirah; ingat-mengingati antara kita.

Pernahkah anda berusaha dengan teruk tetapi tetap gagal ? sedangkan orang yang berusaha sedikit sahaja boleh berjaya?

Pernahkah anda tertanya mengapa bukan Islam lebih berjaya berbanding orang Islam?

Pernahkah anda tertanya mengapa anda ditimpa pelbagai musibah? sedangkan orang yang tak pernah sembahyang tak pernah ditimpa kesulitan?

Kita Islam sebab keluarga kita Islam. Bagaimana dengan orang dari keluarga bukan Islam. Dia tak dapat mengenali Islam. Adil ke begitu?

Adakah soalan-soalan lain yang mempersoalkan keadilan Allah Maha Adil pernah anda tanya ??

Jika pernah walaupun sekali terlintas di hati anda tentang urusan Tuhan, marilah kita saksikan video yang aku dapat dari facebook member aku. Semoga terhapus segala persoalan itu dari hati dan fikiran kita, semoga kembali teguh iman yang lesu. Kisah benar seorang remaja yang yang hampir hilang imannya kerana terlalu banyak mempersoalkan urusan Tuhan sehingga dia mendapat hidayah yang menjawab segala persoalannya. Jom tengok. 

7 comments:

nfatin said...

tersentuh dengan video ni..

terima kasih atas perkongsian..

Xyz said...

Ya allah. terima kasih dengan post vid ni. boleh share ke ? mcm x je. tersentap memang tersentap :|

shafmechy said...

u r w'come

nadbaptist said...

assalammualaikum dik,

cantik sungguh perkongsian ini..Allah senantiasa dekat dgn kita..tetapi kenapa kita menjauhiNYA?? hanya kerana kegagalan kita dalam hidup..kita seolah menyalahkanNYA..MasyaAllah!Muhasabah diri..pohon ampun serta taubat padaNYA..alhamdulillah syukur kerana dia mendapat hidayahNYA.

nadbaptist said...

assalammualaikum dik,

cantik sungguh perkongsian ini..Allah senantiasa dekat dgn kita..tetapi kenapa kita menjauhiNYA?? hanya kerana kegagalan kita dalam hidup..kita seolah menyalahkanNYA..MasyaAllah!Muhasabah diri..pohon ampun serta taubat padaNYA..alhamdulillah syukur kerana dia mendapat hidayahNYA.

Unknown said...

i'm crying for the last 3 minutes..thnks for the vid :)

sabree hussin said...

cantik intipati video ni