Tuesday, May 24, 2011

Jangan Beri Harapan Jika Tak Suka

pic: google

Alhamdulillah..demam aku makin kebah..ada la tenaga sikit nak taip entry untuk hari ni..

Entry hari ni berbaur jiwang sikit la...Aku nak sentuh sikit bab memberi harapan kepada seseorang yang sedang tackle kita...disebabkan aku ni lelaki, so aku bercakap dari sudut pandangan aku sebagai seorang lelaki la..

Memberi harapan yang aku maksudkan kat sini adalah apabila seorang lelaki mengorat seorang wanita, tapi wanita tu tak sure nak ke tak..dari pemerhatian dan pengalaman serta survey aku..aku hanya dapat kenal pasti dua situasi berdasarkan dua kes..banyak lagi, tapi aku ambil dua ja la ye..

Yang pertama...lelaki dan wanita ini dah kenal lama..pastu bila lelaki ini mintak nak couple atau istilah geng-geng aku kata nak declare..wanita tu nak tolak, tapi takut lelaki tu sakit hati, nak accept pulak, hati dia lebih kat orang lain..jadi dia suruh lelaki tu tunggu sampai dia ready dulu..

Kes ni terjadi kat member aku..complicated diorang punya love story..si lelaki dua orang yang terlibat tu member aku, katakan la nama diorang A dan B ( A dan B tak kenal sesama sendiri, diorang bukan kawan, aku je yang kawan diorang )...wanita tu plak nama C..wanita tu pun member aku gak...sebab tu aku tau kisah mereka sedikit sebanyak..first si A ni mengorat C ni..dok macam bercinta jugak la...tapi C cakap kat A suruh tunggu dulu...pada masa yang sama, C ni bercinta ngan B..tapi tak couple..dalam proses jugak la..tetiba aku dapat tau C couple ngan D...si D tu memang aku tak kenal la...kesian kat A dan B...masing-masing diberi harapan palsu...(aku hanya pemerhati kisah mereka, tak masuk campur)

Kes yang kedua, wanita baru knal lelaki menerusi internet ke apa ke..tapi bukan menerusi kawan..maknanya bukan member diorang yang kenalkan la....faham?..tapi mula-mula kenal biasa je, lama-lama wanita ni suka la kat lelaki ni, lelaki ni pun suka kat wanita tu..bercinta la diorang, tapi bila lelaki nak declare, girl tu bagi alasan untuk lambat-lambatkan...kalau kes aku ni, dia cakap jumpa dulu, pastu declare face to face..tapi bila lelaki tu nak jumpa, ada ja alasan yang wanita tu bagi...last-last wanita tu couple ngan orang lain...maybe dia tak percaya kat lelaki tu, yela, kenal dari sumber yang tak pasti..tapi masalahnya, kenapa nak bagi harapan kalau dari mula dah tak percaya kan...

Mungkin korang nampak kes yang aku cerita kat atas tu macam biasa ja, tapi aku cuma nak bagitau, jangan bagi harapan kalau korang tak sure nak terima ke tak..mungkin korang rasa kalau tolak terus takut dia kecewa...tapi kalau korang beri harapan, kecewa tu lebih teruk dan bertambah dengan sakit hati..

Korang kena ingat, semakin besar harapan, semakin besar kekecewaan kalau harapan tu hancur...kalau tak nak ke tak sure ke, terus tolak secara jujur...rasanya kebanyakkan lelaki aku tanya,  bukan semua tau, kebanyakkan lebih suka kalau girl reject diorang secara direct daripada beri harapan yang girl tu sendiri tak sure..mungkin niat baik, tak nak sakitkan hati kalau reject direct..tapi tanggapan tu salah...kesannya adalah terbalik dengan niat tu..

Mungkin kes ni juga terjadi dari sudut pandangan girl jugak kan? aku tak tahu la, aku nak kongsi dari sudut pandangan aku je.. ^.^

P/S: aku buat entry ni bukan sebab baru kena reject, nanti semua fikir aku baru lepas kena reject lak..aku dah lama tak mengorat girl. =P

18 comments:

Lin said...

bile bace tajuk tadi ingatkan baru lepas kene reject. hehe

btw, betul sangat tu. biar kecewa mula2 drpd dah menaruh harapan baru kecewa. lagi parah.

tapi kan, ade jugak kes yang die bukan tak sanggup nak reject tapi nak jadikan spare part utk pilihan kedua in case pilihan pertama tak jadi.

Kyra said...

nice entry. suke2. kalau suka kata suka. kalau tak, cakap je lah tak. kesian kat orang yang tunggu tuh kan. ehehe.

jeely jelly said...

haha.. baru nk tny..awk nie baru pas reject ke.. haha.. entry len mcm je..

oo..yg pasal A n B tu.. saye rase kan..C serba salah, tu yg die cple ngn D . kalau saye, saye pun wat cmtu kot.. yela.. A n B member kan .. huhu. x nak lah A n B bergadoh sbb C..

Unknown said...

Hm..mmg selalu mcm ni kan..Eza pun xda pengalaman..eza jnis yg direct..

najihahfara said...

opss dah lame x ngorat ye hihi.
em tu lah..kadang2 si pemberi harapan pun salah sebab ada yg tersilap buat keputusan & pilihan..
kalau x suke kate x kan at least x menyiksa si penunggu :)
nice entry

shafmechy said...

Miss El: maybe jugak C fikir cmtu, buat spare part..sy tak tnya la pulak kt dia..hehe

kyra: betul tu..

jeely jelly: tak..diorang tak kenal sesama sendiri..jap nak edit post..hehe

Eza: kekalkan direct anda..hehe

myzziema said...

Hahah. yang last tu memang tak boleh blah. maybe gurl bagi harapan dulu sebab dia tak sure mana satu yang dorang nak pilih.

kalau saya lah kan, saya memang layan as friend. mmg betul2 kawan. kalau si dia tu ada belok2 sikit, saya terus tukar topik.

NuryBella said...

Setuju....! Aku sbg pmpuan pn x faham kenapa ade ny golongan2 yg ske bg harapan palsu nih? Boleh x korg (x ksh laa lelaki ke pmpuan) fixed dgn pendirian teguh sndri? Klu ske n nak org tu, go with it...klu rse xnk, selesa jd kwn je, ble org mntk couple tu jujur je laa ckp prefer kwn je...x jd kuman pn klu korg reject org tu jd couple korg...keep in touch as kwn pn okay pe.
P/s: JGN TAMAK DGN PERASAAN SENDIRI. Org laen pn nk bercinta gak.....hehe

Shaherah said...

betul2.. jangan bg harapan.. shera pernah rasa.. perit woo..

shera kawan dengan lelai a ni sebab dia ex kawan shera.. tup tup.. die nak kapel ngan shera.. tp shera x nk.. sbb dieorang bru pts.. lame2 shera dh mcm suka.. Dia pun dah start pnggil sayang2 semua..

Tup Tup.. Dia dah couple dengan orang lain dah nak masuk 4 bulan? Pehh.. serius frust menonggeng..

shafmechy said...

myz: most of the cases mcm tu la kan..tak tau mana nak piliih..hmm

noorie: maybe macam sebab myz kata la kot, tak tau nak pilih...as u said, pendirian tak teguh..

shera: geram kan kalau org bagi harapan kt kita tapi harapan tu palsu..sy pun pernah kena dua tahun lepas =P

safurara said...

betul tu.rara sokong sgt2.jgn lah diberi harapan,jgn nk anggap yg kena terima sbb takut mamat tu kecewa.dr kecewa kemudian.baik kecewa dulu.jgn mainkan hati org.begitu juga utk lelaki ye.

p/s : simpan duet taw.hantaran mahal.hehehe

NuryBella said...

ahahaha...back to IMAN as basic...muda2 dah kecelaruan perasaan..dah keje nnt lg laa rambang mata xtau nk plih mne satu as calon suami/isteri..keh3

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

kena ada cara yg betul nak menolaknya....

nurulain1011 said...

owohh..
betolbetolbetol..
tak baik wat gitu.
nanti luka makin parah. dah la obat hospital zaman sekarang mahaimahai..
hehe...

=D

NUR AIN MD NOH said...

bukan ko bru je usha org ke mse g bbq ritu..haha..

ak penh tgok mende nie jdi..mmg sian kt dak laki tue..tpi bende x jdi x leh wat pe..dugaan~

Reen Rostarizam said...

hurm..tulah sekali sekali dgn den pun emosi...hik hik..senang cite,jgn bg harapan kat org,tak baik...kalau xnak ckp je tak nak..

Anonymous said...

actually lelaki pun sama. kawan dengan perempuan lama-lama and dalam masa yang sama dia bagi harapan bagai but actually dia tak sedia pun lagi untuk kahwin.. tapi kenapa dia bagi harapan kat perempuan.. kalau dia anggap perempuan tu kawan, kayan la macam kawan tapi tak. lepastu macam bagi hint yang dia suka.. semua lelaki memang macam ni ke? suka mainkan perasaan perempuan.. kalau suka cakap suka... tapi kalau suka as a friend, jaga la batas-batas anda. jangan buat perempuan mudah dibuai perasaan sebab perempuan ni cepat cair ........

shafmechy said...

Hal ni memang subjektif, sebab depend kepada hati individu bukan kepada jantina..kalau mangsa adalah lelaki, dia akan salahkan perempuan, kalau mangsa perempuan, dia akan salahkan lelaki...sebab tu la kena jaga batas pergaulan selagi tak diijab kabulkan