Sunday, May 22, 2011

Sesat kerana berlagak pandai

pic: google

Aku cukup tak suka bila tak tahu tentang sesuatu, tapi orang tu tak nak mengaku tak tahu, sebaliknya dia berpura-pura tahu semuanya...kalau time aku sekolah dulu, kami panggil jenis macam ni jenis "buat pala tau" = "buat kepala tahu"....maybe nak tunjuk hebat la kot..

Entry sebelum ni aku ada cerita time aku buat part time kat shah alam kan? entry selepas tu lak ada watak abang Am yang buat burger kan? Abang Am tu la selalu sangat buat pala tau...

Selalunya abang Am ni abis kerja kul 12 malam, tugas dia hantar pekerja lain balik rumah dengan van syarikat..tapi malam tu ntah camna, orang lain yang hantar..aku dah lupa sebab apa...jadi, bos suruh dia balik ngan aku dan member aku (Saini dan Haziq)...oh..dia tumpang kami sebab kami ni bos bagi pinjam kereta waja syarikat, buat transport..hehe 

Masa dia tumpang kami tu, dia ajak kami pergi uptown damansara, dia cakap nak bawak kami pergi jalan-jalan kat sana..kami pun excited la..haziq yang drive..Abang Am cakap dia memang pakar jalan situ..bagitau ja nak pergi mana, dia bleh tunjuk...kami ni percaya la..dah dia memang lama dah kerja situ..kami ni baru lagi

Rupanya dia tak ingat jalan, dia pergi situ pun sebelum ni orang lain yang bawak dia..tapi tak nak mengaku..dia cakap "jangan risau la, selagi aku ada kita takkan sesat punya"....sementara nak sampai tu, ntah cmna aku bleh lak tnya soalan yang tak da kaitan:

Aku: "Weh, yang orang cakap kena tembak speed trap tu apa?"
Saini: "maknanya polis dah tangkap gambar nombor plat kereta tu, awat?"
Aku: "aku dok ingat polis tembak tayar kereta tu kalau lebih had laju"
Saini: " gila hang..mau kalau macam tu, hg bayangkan kita tengah drive elok-elok kat jalan, tetiba sebuah kereta melambung, tergolek-golek..pastu semua orang yang tengok kejadian tu cakap -ah, kena tembak la tu, lebih had laju-..."
Aku: "betul jugak kn"

Dah asyik bergelak tu, aku tengok kat luar tingkap kereta...

"Macam kenal je bangunan tu..eh..menara KL tu..."

Saini pulak tengok sebelah kanan..

"Sebelah aku ni KLCC"

Haziq lak perli abang am "abang am ni hebat la, bawa kami pergi damansara dari shah alam melalui KL.."

Abang Am: "aku mana ingat, lama dah tak p situ"

Dah sesat baru nak mengaku....kami kena cari jalan pulak la nak keluar dari KL tu..dah la semua jalan banyak one way...tak percaya dah kat abang Am..

Alhamdulillah, lepas kami patah balik..secara tak sengaja jumpa signboard uptown damansara...sampai la jugak hajat nak pergi situ..tak la sia-sia sesat sampai KL kan..hehe..

Jadi, jangan la nak tunjuk pandai, nanti Tuhan uji macam-macam untuk tunjuk yang berlagak pandai kita tu hanya akan menyusahkan orang...


10 comments:

CintaZulaikha said...

hikhihik..paling tak bley blah ngn org yg sesat, tp dok diam..bikin panas kekadang~~

Unknown said...

tunjuk pndai biarlah kena pada tempatnya...Kn?Moral of the story, kna low profile selalu.. :)

snOw sakura said...

btol2, sgt setuju.. wahh, cta bersiri ke ni?? hehe..

shafmechy said...

bersiri setakat yang boleh je..=P

safurara said...

hehehhehe kat KL mcm tu lah.kalau rara dulu 3 jam nk cr jalan balik rumah.ehehhee

so kt kl ni kalau dh lama tak dtg jgn lah BUAT PALA TAU.kalau tak.pusing klcc lah jawapnya.hehehehe

Liyana Zahim said...

GPS amerika hade? Keep left keep left! Ahaks..

aindzaya said...

kalau abg am ngaku awal2 tataw..kantoi r! dy en driver berwibawa...hikhikhik...nak g damansara lalu KL.. teroorr la!! nasib bek sampai gak uptown..

aindzaya said...

kalau abg am ngaku awal2 tataw..kantoi r! dy en driver berwibawa...hikhikhik...nak g damansara lalu KL.. teroorr la!! nasib bek sampai gak uptown..

izyan yasmin said...

ahaha . abis sesat ~ tapi kdg rasa nak sekeh sekeh jer yg berlgk tau nihh . tp pglmn kot sesat tuhh . bukn sng nak sesat :P

myzziema said...

haha. kesian abang am kalau dia baca entry ni :P

ekceli saya pun ada cerita jugak tapi adik saya punya cerita lah. dia keje as pak guard dekat apartment dekat setia wangsa. satu hari tu, ada driver tanya dia jalan nak pegi mana ntah.

adik saya dah lah baru dtg KL. nak tau dia cakap apa dekat driver tu? abang terus lepas tu belok kiri. padahal dia tak tau pun jalan yang driver tu tanya.

saya pun marah lah adik, kenapa buat mcm tu. kesian org tu. dgn selambanya dia jawap 'ORG TU TAK PATAH BALIK PUN. BETUL LAH TU KOT'. hahaha. jahat tak? kot2 org tu sesat dia bukan tau. sabar je lah.