Thursday, May 26, 2011

Fakta Mengarut Bila Boring

Yang ni dah lama aku letak kat note facebook aku, tadi kebetulan aku terbaca balik, aku dh lupa ambik mana, so tak tau nak credit kat sapa...tak ramai yang tahu rasanya...mungkin jugak ramai yang dah baca...yang belum baca lagi, jom baca sama-sama sampai habis...

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?





P/S: Minta maaf untuk post mengarut ni...sekadar untuk gurauan..

20 comments:

Unknown said...

Statement num 14 tu, eza x try pon..Tq! At least this entry made me laugh ;)

myzziema said...

DAN SAYA SALAH SEORANG PEMBACA YANG BERUSAHA MENYENTUH TELINGA MENGGUNAKAN SIKU. HAKHAK.

terataiflowerz said...

xpe...gelak sorg2 bce fakta ni

wunny said...

cicak rasa dia pandai ke buat gitu? ahaa~

Anonymous said...

wakakaka..terasa lak bile bce no 14 tuh

nanad said...

err..thanks for the info

shafmechy said...

first sy baca pun terkena jugak tahun lepas..hehe

enjoy =)

Alin said...

kesemua diatas rasa tahu kot. hehe ^_^

Aisyah Aina said...

awesome!
no 14 tu...OMG! haha :D

myezatul aQma said...

hahahaha..lawak3.gelak tak berenti baca ni(^__^)

redo amin said...

aku x buat sebab aku pakai earphone...hahahah

Bercakapdengankaki (BDK) said...

demmm~ mmg nak kene sepuk fakta no 14 2 sebab saya baru je buat -_____-"
*majuk*

http://bloknoktah.blogspot.com/2011/05/movie-cartoon-yang-super-besti-want.html

inche hlovate said...

cis...gua terkena..xpe at least sya cuba haha

bawal crepe putih said...

statement no. 14 - x cuba, tp bayang.. then gelak sndrik.. haha xP

misyamissyou said...

hahaha..xbuat pon no 14 tu..

ct nuur' ain said...

hahaha.... Buat sy tersenyum...
^_^hahaha..
tp no 14 my frend la yg wat cos sy tukang bacer... hahahaha

izyan yasmin said...

ahaha . sabo jela . tak sentuh pun tinge guna siku . mesti shaf try kan dulu .

CintaZulaikha said...

hahhahhha...klu buat yg no 14 tuh, pasti tros masuk icu...kehkeh

shafmechy said...

terkena jugak la sy time first baca dulu..hehe

tia @ Ini Kisah Tia said...

tahukah anda , saya antara yang mencuba menyentuh telinga menggunakan siku .. hahaa !