Sunday, May 8, 2011

Birthday Kita; Orang Lain Yang Patut Dapat Hadiah



Pasal birthday ni kan..camna korang sambut birthday korang, atau pun member/family korang sambut birthday korang? buat jamuan ke?...aku ni takda kisah sangat bab-bab sambut birthday ni, dari kecik kalau birthday pun, ayah aku beli kek atau KFC je makan-makan dengan family..

bila aku masuk universiti, aku nampak la dua budaya sambut birthday yang berbeza, satu sweet, satu lagi nakal/kejam ..aku dengan member aku jenis kejam tambah sweet..ni time diploma dulu..kalau birthday sesapa je, dia kena belanja makan untuk 6 orang..haha..nasib la sapa birthday time duit ptptn baru masuk..kalau hujung-hujung sem tu tak leh la..yang sweet lak, ada la member kena penangan sweet tu..kami beli kek, pastu pergi kat dia nyanyi lagu birthday ramai-ramai..orang suma tgk kami, member kami tu dah malu-malu kucing dh..aku lak diorang penah wish guna SMS sbb time tu aku kuar, tepat kul 12 mlm je aku dapat msg..bukan satu tapi lima..msg pertama hanya ada "selamat" kedua lak "hari" sampai yang kelima, semua satu perkataan je, gabung-gabung semua skali dapat la "selamat hari lahir kepada shafiq"...tergelak aku time, mana la dapat idea buat camtu...tp sekarang takda dah..wish kt facebook ja..

yang kejam lak camna lak camna? haa..yang ni aku tak pernah kena, tapi selalu member-member aku la cerita, diorang banyak kena..kul 12 mlm ja, ada la yang kena baling tepung, baling telur...selalunya time birthday diorg, sebelum kul 12 mlm mesti cari jalan nak lepaskan diri...member aku pernah cerita, dia kena blacklist dari kolej sebab orang sambut birthday baling telur, kotor lantai kolej..disebabkan birthday dia, dia la bertanggungjawab..kena blacklist..tak pasal-pasal..kalau dengan bf/gf lak, mesti ada yang prepare hadiahkan? aku tak tau, orang single...tapi, sweet ke kejam ke, nanti yang tu la akan jadi kenangan di hari tua kelak kan..

haa..dah melalut panjang dah ni..ok la, slalu time birthday, ada tak korang dapat hadiah? mesti ramai yang dapat kan? kalau kalangan blogger ni, yang aku tgk, kebykkan diorang buat Give Away sempena birthday diorang..TAPI, pernah tak korang terfikir yang sepatutnya korang bagi hadiah kat orang lain time birthday korang?? kat siapa? ada seorang manusia paling layak untuk diberi hadiah pada birthday korang...orang tu ialah.....................



Yaa...IBU anda...kerana pada tarikh birthday anda itulah tarikh dimana dia mempertaruhkan nyawanya untuk melahirkan dan menjaga anda sampai sekarang..adanya hari lahir anda setiap tahun kerana IBU anda...pernahkah ketika hari lahir anda, anda mengucapkan "terima kasih ibu"..?? Maybe ada yang pernah, tapi aku rasa tak ramai...lebih ramai yang tak pernah terfikirkan?

Sebab itulah, adanya Hari Ibu...untuk ingatkan kembali kepada pengorbanan seorang IBU yang sering kali kita lupa...awal atau lewat tak kisah, sama-sama kita ucapkan untuk ibu kita:

~SELAMAT HARI IBU~


6 comments:

nurshaf said...

yang perempuan , sambut yg sweet2 je kot.
yang lelaki la yang seleb kejam2 tu.....hahaha.
ade aku dengaq cerita sampai bufday boy tu kene kencing doe.ganas seyh

Far8 budak baik said...

waaa..mesti yg sedih je ayat tu..
kau boleh tak buat yg hepi haha
selamat hari ibu jugakk

SakuraQis said...

woah!! sampai terkencing? dasyatnyer! haa, tapi cool ape.. at least ada pengalaman yang lain drpd lain, nanti cerita kat cucu cicit. ekeke..

haziqa said...

sweet n kejam . dua2 da pernah buat dan dah pernah rasa...

and bertuahnya ziqa sbb bufday ziqa dgn hari ibu selang 4 ari je :)

jadik,,bule la smbut sesama :)

happy mother's day jugak yaa !

r.i.n.a said...

wah tacing nye yg last tu..kite xde ibu da..sdey plak rase...huhu

erleena said...

kejam pnye tak penah rase haha sbb sye baik haha :PP

skarang da bosan sb asek dpt wish kt fb je..x bmkne dah..rndu zmn dlu ..msej btimbun2..siyes epy kan haha :D