Friday, May 20, 2011

Entry lepak: Penting diri

pic: google

Dalam sehari berapa kali korang terpaksa berdepan dengan orang yang pentingkan diri sendiri bila korang keluar rumah? Tak terkira? hehe..

Tadi aku baru balik kelas dalam pkul 12.45 camtu..kelas habis lambat...on the way balik tu aku singgah stesen minyak, waktu puncak camni ni ramai la orang isi minyak.. aku beratur tunggu, bila tiba ja giliran aku...tetiba sebuah kereta viva berwarna hitam, ntah mana datang, terus masuk kat tempat aku...'tersentap hati mak nak'

Nak kata dia tak nampak aku, dia tengok aku time tu, aku pun tgk dia..tapi dia buat bodo je...mentang-mentang la aku bawak motor je, dia lak kereta..tak dapat nak melawan...=(  kalau nak cepat pun, fikir orang lain sama, orang lain tunggu punya la lama...orang lain pun nak cepat..orang lain pun nak sembahyang jumaat jugak...bukan dia sorang..

Aku tak kisah la, benda remeh..takdak masa aku nak turun sound dia..hari yang mulia camni, lebih baik banyak bersabar kan, dapat pahala lebih..=)

Aku teringat yang aku pernah baca, dikatakan pada zaman pemerintahan Imam Mahdi nanti..bumi ni sangat aman, diumpamakan sehingga kanak-kanak perempuan kecil boleh bermain dengan harimau...mesti best zaman tu, takda pergaduhan, semua orang bertolak-ansur, saling tolong menolong...aku berharap sangat dunia kita skrang ni macam tu...

6 comments:

noreenrara said...

skrg kebnyakkn org penting kan diri maseng maseng..mmg tension..heh ~

jeely jelly said...

ha.. mcm nie lah yg x best.. diorg selalu pandang rendah pada sesape yg bawak kenderaan lagi kecik dr diorg.. adoi.. bg mereka2 tu, tolonglah ubah pemikiran anda..

Emma Nyiu said...

uik, nak berebut ker?

Anonymous said...

harap2 pembaca y mmbce entri tdk bersikap mmentingkan dri sndri.. aminn ~

nurul fathasshah said...

entry yang ni best !
mmg sekarang susah na cari orang yang
ta penting kan diri kann ..
haiyaa..

Ms.ze said...

kanak2 bermain dgn harimau?
aman nye rasanye..