Tuesday, May 3, 2011

'Eksyen' lagi, kan dah accident....

Aku bukan apa ni, nak dapat mood study bukan senang, study advance calculus lak tu..dah la tutorial tak ada jawapan, lagi malas la aku nak buat..keluar ke ruang tamu lak..kot dapat mood kat situ..

Kalau kat ruang tamu aku tu, kena tahan bunyi bising la..bunyi kereta, bunyi motor..yang geramnya, ada ja setiap masa kereta atau motor yang bawak laju, dengan enjin yang bunyi kuat, pastu main 'remp-remp' lak kat situ..patut la member aku yang study kat ruang tamu ni pakai earphone dengar lagu ja memanjang, taknak diganggu...tak cukup dengan tu, bleh dikatakan 24 jam mesti ada ja bunyi 'remp' tu..kekadang aku ngan housemate pun geram la jugak, sekali skala terkluar gak dari mulut kami "amboi, tunjuk hebat la tu, accident skali baru depa rasa, kot serik dah pastu"...

haa..mmg btol la..time aku baru ja dapat mood study tadi..dengar la bunyi enjin sebuah kereta ni, berderum2..tetiba ja bunyi yang berderum kuat tadi dari bertukar jadi bunyi benda terseret..kuat bunyi tu..member aku kat bilik semua pakat keluar tengok kat tingkap, terkejut ngan bunyi tu..nampak la sebuah kereta dah terbalik..tak tahu camna bleh terbalik..tak ada pun langgar ngan kenderaan lain..member aku kata "tu la, kalau selalu ganggu ketenteraman orang ni, kena pulak orang ramai-ramai menyumpah, memang accident la"..btol la jugak, kata-kata orang tu ibarat doa..

Seperti biasa, kalau accident ja jalan mesti 'jam'..mana taknya, semua pakat slow kenderaan nak tengok, ramai lak tu yang berhenti tepi jalan, yang dalam rumah flat ni pun sanggup turun ramai-ramai nak tgk..aku yang tgk dari atas ni mmg nmpak jelas la betapa ramai orang berkerumun kat tempat kejadian, macam ada jualan lelong satu barang RM1 la pulak..hehe..aku ni nasib dok tingkat 5 ja tak larat turun..hehe..takda la, kalau aku dok tingkat bawah pun, malas la nak keluar hanya tengok benda tu ja..cukup la tgk kat tingkap, sekadar tahu apa yang terjadi...

Moral: korang hati-hati la kalau memandu, malang tak berbau, jangan lupa doa naik kenderaan. Jangan tunjuk hebat sampai ganggu ketenteraman orang lain.

3 comments:

Anyss FidoTydo said...

rumah dekat dengan jalan raya memang kena banyak sabar awak.. hehe xD

Cik SHiNJU said...

Masin mulut korg ekh..heheh..
Mmg geram ngn org yg x pedulikan ketenteraman awam camtu...semoga jadi pengajaran buat beliau!

FizA said...

org mlysia kalau acdnt msti kalut pnya.. haha.. (trmsuk aku) xD