1 week ago
Monday, May 2, 2011
BEN ASHAARI CARI ENTRI BEST
Abg Ben buat segmen la mlm ni, jom join. cepat-cepat sebelum terlambat ye. kalau nak join klik banner abg ben kat atas tu ye.
Untuk segmen kali ni, abg ben mintak kita cari entry kita yang kita rasa paling best. Bagi aku, aku nak pilih entry aku yang bertajuk "Dunia Dah Terbalik: Perempuan lak kacau lelaki". Mengapa aku memilih entry ini. Bila aku baca balik entry ini, entry ini dapat tunjuk kat aku yang sikap/perangai manusia ini adalah kerana hati masing-masing, bukan kerana jantina. Berkisarkan tentang seorang budak perempuan yang dapat no telefon aku hasil daripada main tekan-tekan. Pada mulanya, dia kata nak berkawan, tetapi makin lama makin pelik pula cara dia berkawan. Seolah-olah dia menganggap aku ni boyfriend dia, mula bertanya soalan yang tak sepatutnya. Itu pun hanya selepas 2 3 hari mesej dengan aku. Dalam entry tersebut disertakan bersama sedutan-sedutan SMS aku dgn dia. Nak baca klik la link di atas tu. Entry aku tu menjadi bukti yang tidak semestinya lelaki sahaja selalu kacau perempuan, perempuan pun ada yang kacau lelaki. Tetapi, mungkin bilangannya sahaja sedikit. Jadi, kita kena buka mata, dunia ini luas, penuh dengan manusia yang pelbagai ragam.
2 comments:
tajuk entry kau tu terbaik lahh..
gudluck haha =)
mcm x dapat ja..
Post a Comment