pic: google
Pernah dengar tak cerita kampung selipar terbalik? cerita ini merupakan cerita yang berunsur nasihat la..kalau tak pernah dengar, meh aku cerita..
Kisah bermula apabila seorang permuda keluar mengembara. Setelah jauh berjalan, dia ternampak la sebuah kampung dari jauh. Dia bercadang untuk singgah di kampung tersebut. Semasa dalam perjalan menuju kampung tu, dia ternampak seorang budak pakai selipar terbalik. Dia pun bertanya:
Pemuda: Adik, kenapa pakai selipar terbalik?
Budak: Mana ada, betul la saya pakai selipar ni.
Pemuda: Salah la adik, terbalik selipar tu.
Budak: abang ni gila kot...
Pemuda diam, dia fikir mungkin budak tu tak betul sikit. Dia terus berjalan lagi. Hampir saja sampai kat kampung tu, dia ternampak seorang pak cik tua, juga memakai selipar terbalik. Dia pun tegur:
Pemuda: Pak Cik, terbalik selipar tu. patut yang kanan tu dok sebelah kiri
Pak Cik: Kamu la yang pakai selipar terbalik. cakap aku pulak.
Pemuda: Mana ada pak cik. semua orang pakai macam saya. pak cik silap pakai
Pak Cik: Dah-dah. Pergi jauh-jauh la wahai pemuda gila.
Pemuda bersabar je la sebab orang tua, dia fikir mungkin orang tua tadi nyanyuk..Dia terus masuk dalam kampung..Pemuda tu sangat terkejut bila melihat semua penduduk kampung tu pakai selipar terbalik. Dia perasan semua orang kampung tengok dia dan ada yang berbisik mengata "pemuda gila ke, pakai selipar terbalik.." tak kurang juga yang berkata "budak gila mana pakai selipar terbalik masuk kampung kita ni"..
Pemuda tadi pun dengan muka yang malu, menukar selipar yang dipakainya agar menjadi terbalik juga keran malu, yela kan, dia sorang je yang pakai camtu. orang pulak mengata.
Apa yang korang faham motif cerita ni? Bagi aku, cerita ni nak bagitau, tak semua benda yang kita rasa betul adalah betul. Tak semestinya juga benda yang hampir orang semua cakap betul tu adalah betul..pendirian kita juga kena kuat, tak boleh mudah terpengaruh...
6 comments:
yup, that's right. pendirian mesti kuat, even semua orang cakap kita gila. hohoho.
tadi singgh blog fara kan ..here i come ..hehehe ..tq sgt2 dtg blog fara ...ok,selipar terbalik ??hehe ..mcm2 hal ..
tapi kenapa sebenarnye diorang pakai selipar terbalik?huhu
hhaha..tu sekadar cerita untuk menggambarkan sekelompok orang yang anggap satu benda yg salah tu betul, tapi yang sorang tu yang dah betul lak terpengaruh..=P
SUKA ENTRY NI....
=)
thanks =)
Post a Comment