1 week ago
Monday, May 9, 2011
Apa Kata Nuffang
Macam yang aku cakap sebelum ni, aku nak usaha habis-habisan untuk dapatkan Buffered Earning(BE) atau CPM dari Nuffnang. Mula-mula sekali confirm la blog kita kena sentiasa aktif, entry slalu update dan mempunyai traffic yang tinggi. Pasal traffic tu, ada tnya Nuffnang satu soalan, alang-alang tu aku tnya la pasal BE tu skali soalan aku:
1) Boleh tak guna traffic exchange website untuk naikkan traffic kita (untuk yang tak tahu, traffic exchange web ni macam Traffic-Swarm, Traffic-Splash..bila kita join, kita wajib klik url member lain, dapat member lain wajib klik kita punya, kalau kita tak klik, takda la orang klik kita punya, tu la traffic exchange)
2) Apa detail requirement untuk dipilih oleh Nuffnang untuk diberikan CPM/BE
Jawapan (ringkasan)
1) Tak boleh guna.
2) Yang pilih untuk BE tu adalah pihak pengiklan, pihak Nuffnang hanya mencadangkan blog-blog yang berpotensi. Pihak pengiklan tu akan tengok kat kita punya survey dan profile yang kita isi time daftar nuffnang, kalau survey yang tak lengkap tu, pihak iklan selalu buat tak tau ja, jadi, kalau nak perhatian dari pihak pengiklan, korang kena la sentiasa update tinjauan/survey tentang blog korang dari semasa ke semasa; tunjuk skit yang korang aktif, bukan setakat update blog je..hehe
Lagi, tempat nuffnang diletakkan..kalau boleh korang letak ketiga-tiga jenis nuffnang tu, skycraper, learderboar dan large rectangular tu...posisi pulak mesti paling jelas dilihat..;
skycraper: posisi paling atas kat side bar korang (macam aku, jenis floating, lagi jelas la..hehe)
leaderboard: kat header blog korang
large rectangular: selepas entry pertama korang
Lagi satu, kalau korang letak ketiga-tiga jenis tu, lagi byk bleh dapat earning, setiap satu ada budget bayaran masing-masing.
Untuk yang terdekat ni, memang aku kena sentiasa update selalu la, bagi mantap traffic..hehe..yang masih baru pun berpeluang nak dapat BE ni, walaupun follower korang 100 lebih atau 200 lebih je..ada 2 3 blog yang aku terjah, diorang follower skit ja, tapi dapat BE...jeles betul..hehe
untuk nak detail lagi, tgk la screenshot email dari Nuffnang kat bawah ni:
(klik gambar kalau kurang jelas)
Ni sikit je, kalau nak byk lg korang kena rajin search kat blog-blog orang. Selamat berjaya untuk kita semua. =)
3 comments:
tengah berusaha skrg menggunakan nuffnag..nak tggu cash out yg pertama
nuff lmbt sket neh..penat tunggu.. br dpt 25sen..haha.. skg tukar guna advertlets. xD
tp advertlets rata-rata org cakap payment diorg lambat..4 bulan-2 tahun..tu pun ada yg still x dapat lg payment cek
Post a Comment